10

5.4K 333 16
                                    

Mengalir air mataku apabila selafaz sahaja aku sah menjadi isteri kepada Nazmi Adhwa. Tidak tahu mahu menggambarkan air mata sedih atau air mata gembira. Aku betul-betul keliru. Bagaimana Naz boleh mencari bapa kandungnya yang telah lama pergi membawa diri? Memang papa tak akan cakap apa-apalah kerana dia memang tidak pernah kisahkan kami hal dua beradik, yang dia sayang hanya anak-anak dia dengan isteri mudanya. Nasib baiklah mama sudah pulang ke rahmatullah.

"Apa yang awak buat ni, Naz?" Tanya aku saat sesi pembatalan air sembahyang.

"Inikan apa yang kau nak, so bersyukurlah."

'Ya Allah, bukan ini maksudku. Aku tidak mahu jika perkahwinan ini tanpa ada cinta dalam hatinya untuk aku.' Bisik hatiku.

"Tahniah, cik Laila, boss." Ucap Arabella. Aku tarik dia ke satu sudut.

"Apa semua ni, Arabella? Cincin ni? Baju ni? Hantaran semua ni?"

"Ok, saya mengaku barang dan segala apa yang kita beli pada hari kita keluar tu semuanya adalah barang perkahwinan cik Laila. Saya hanya mengikuti arahan boss untuk pastikan semua barang kahwin hari ni semua bercitarasakan cik Laila sendiri. Jadi, saya minta kebenaran dari boss untuk bawa keluar cik Laila hari tu dan semua barang ni memang cik Laila sendiri yang pilih."

Ya, keseluruhan barang yang diambil dan dipilih oleh aku walaupun aku sangka hari tu cumalah barang perkahwinan Arabella. Aku percaya bulat-bulat apabila Simon mengatakan yang dia memang akan melansungkan perkahwinan dengan Arabella. Aduhai, bagaimana aku boleh lupa yang Simon is non muslim. Plus, lagi satu mesti Simon akan ajak Naz masuk minang semua.

"Arabella, saya nak isteri saya semula." Naz datang merangkul pinggangku rapat.

"Amiklah boss. Kami balik ke markas dulu lah. Kalau ada apa-apa, telefon sahaja kami."

"Markas?"

"Rumah ni milik boss. So, boss dah pindahkan markas ke tempat lain sebab dia nak jadikan rumah ni sebagai rumah untuk dia bina keluarga. Aduhai, tak sabar nak tunggu junior cik Laila dengan boss." Arabella dah menayangkan muka terujanya.

"Bye, cik Laila. Bye, boss." Aku melambai semula ke arah Arabella.

"Nah, aku izinkan kau cakap dengan abang kau." Aku menyambut telefon yang dihulurkan.

"Hello." Aku dengar suara Adam. Air mataku jatuh. Aku rindukan abang Adam.

"Abang Adam. I miss you." Kataku sambil menahan esakan. Tidak mahu dia risau kalau dengar suaraku yang sebegini.

"Buat loudspeaker." Arah Naz yang sedang fokus memandu.

"Adik, tell me. Where are you?"

"Salam abang ipar." Naz mencelah.

"Woi, Naz. Kau lepaskan adik aku. Tiada kaitan dalam hal kita."

"No! Kau dengar sini baik-baik apa yang aku nak beritahu."

Abang Adam senyap menanti apa yang akan diperkatakan oleh Naz. Entah kenapa aku rasa tidak sedap hati menanti bibir itu berkata.

"Aku dengan adik kau sah jadi suami isteri berwalikan bapa kau."

"Shit! Naz, kau memang tak guna! Lepaskan adik aku!"

"Kau kenal sendirikan adik kau jenis yang macam mana. Bonus untuk aku apabila dia sah jadi isteri aku."

"Aku dah beritahukan yang Atilia dah sah jadi isteri aku. Kau nak apa lagi?! Lepaskan jelah adik aku."

"What do you mean by you have married Atilia?" Aku mencelah.

"Adik, I'm sorry. We have been married 1 year ago."

Aku diam. Air mata semakin laju menuruni pipi.

"Kau jangan risau. Aku akan buat kau rasa macam mana terseksanya kehilangan orang tersayang. Kau rampas kekasih aku!" Naz marah.

"So, semua ni berpunca daripada Atilia? Adik tak sangka yang abang belakangkan adik pasal perkahwinan abang. Siapalah adik untuk diberitahu tentang hari abang yang adik ada satu-satunya. Tadi, adik jumpa papa. Papa terus keluar dari masjid bila selesai je akad nikah. You know what? I wish he will hug me and say congrats. I miss him, I miss you and I miss mama."

"Laila..." Adam memanggil nama aku lembut. Tapi, hati aku dah jadi keras. Sakit. Orang yang aku sayang semua tinggalkan aku, abaikan aku. Suami aku sendiri juga tidak lansung mengaku yang perkahwinan hanya berlaku kerana dia ingin menyeksa abang Adam.

"Laila, minta abang Adam halalkan makan minum adik. Minta maaf jika selama adik jadi adik kepada abang, adik telah bebankan abang, susahkan abang atau sakitkan hati abang. Abang jangan risau tentang adik, adik in sya Allah akan bahagia. I'm married with a guy that I love. Even he doesn't love me." Aku pandang Naz yang sedang fokus memandu.

"Assalammualaikum, jaga diri. Jangan lupa makan. Kesihatan tu jaga. In sya Allah, lain kali ada masa, adik call lagi. Promise me that you will take care of yourself." Panggilan itu aku matikan. Telefon aku hulurkan semula pada pemiliknya.

"Kau dah tahukan sekarang kenapa aku kahwin dengan kau?" Tanya Naz.

Entah kenapa rasa jauh sahaja perjalanan dari masjid ke rumah banglo milik dia.

"Dah. Tapi, awak kena tahu walau apa pun tujuan awak kahwin dengan saya. Saya akan tetap jalankan tugas sebagai isteri awak. Perkahwinan adalah ikatan halal yang sangat dimuliakan oleh Allah. Saya tak mahu jadi isteri yang dicampakkan ke neraka hanya kerana suaminya tidak ikhlas dalam hubungan ni. Terima kasih Naz atas apa yang telah awak buat pada saya. If one day, rasa cinta ini mati dalam hati saya. Saya merayu, tolong lepaskan saya dan bebaskan saya." Kata aku. Badan dipusing menghadap cermin kereta melihat pemandangan di luar. Air mata tidak berhenti-henti dari tadi. Biarlah duka hari ni dan semoga esok akan ada suka untuk aku.

So, amacam entry hari ni? Please komen dan vote. I'm sorry sebab tak post semalam. Balik je dari test, nampak tilam terus zzz. Hahahaha. Broken teruk dgn paper semalam. Eh, mengadu nasib pula dekat sini.
Peringatan: Jangan lupa vote dan komen, dear.
Love, CKK.

PrimRose - I Can't Live Without YouWhere stories live. Discover now