15

5.7K 301 8
                                    

Berlumuran darah di dalam bilik Laila. Di dinding tertulis, 'KAU TAK AKAN DAPAT JUMPA LAGI ADIK KAU SAMPAI BILA-BILA'. Arabella sudah membawa Atilia keluar dari bilik.

"Siapa perempuan ni?" Tanya Simon kepada Adam.

"Aku tak tahu. Tapi, muka dia sebiji macam Laila, adik aku."

"So, Laila dekat mana sekarang kalau perempuan ni ada dekat sini?"

"Apa yang kau maksudkan?" Adam dah memandang Simon pelik.

"Dua hari lepas, Laila diceraikan oleh Naz. Dia minta aku dengan Arabella hantarkan dia ke rumah kau. Tapi, dia tak contact kami. That's the reason why we come."

"Are you sure, Simon?"

"Aku dengan Arabella sendiri nampak dengan mata kepala sendiri yang adik kau dah melepasi pintu utama rumah masuk sampai dalam."

Adam dah meraup rambutnya kebelakang. "Cerai?"

Simon mengangguk mengatakan apa yang difikirkan oleh Adam itu betul. Adiknya diceraikan sebegitu sahaja tanpa alasan yang kukuh. Kini, adik dia hilang sekali lagi tapi keberadaannya lansung tidak diketahui.

"Macam mana orang tu boleh tahu Laila ada dekat sini dan macam mana juga penculik tu datang culik Laila? Rumah aku dikawal ketat. Kecuali waktu aku keluar dengan isteri aku, tapi aku akan letak backup juga dalam dua orang untuk kawal rumah aku. Melainkan ada yang mengekori korang dari belakang dan dia dah lama tahu macam mana nak masuk bilik Laila." Panjang penerangan Adam.

Simon mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor Naz. Manakala, Adam menghubungi pihak polis untuk melaporkan kejadian. Mereka perlu merungkaikan siapa mayat perempuan ini dan siapa yamg menculik Laila.

 Mereka perlu merungkaikan siapa mayat perempuan ini dan siapa yamg menculik Laila

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sayang." Atilia memeluk tubuh suaminya meminta kekuatan.

"Lia, macam mana Lia masuk bilik Laila?" Tanya Adam lembut sambil mengusap kepala isterinya.

"Sayang, bukan Lia yang buat semua tu."

"Sayang tak tuduh pun isteri sayang ni yang buat. Cuma sayang nak tahu sahaja macam mana Lia boleh masuk bilik Laila kerana bilik adik sayang, sayang kunci. Hanya sayang dengan adik sayang sahaja tahu dimana soroknya kunci bilik dia."

Atilia menarik nafas mengumpul keberanian mengingati semula apa yang terjadi sewaktu dia naik keatas untuk mengambil tudung.
"Lia naik atas pergi bilik kita ambil tudung sarung. Waktu lalu depan bilik adik sayang terlintas dalam hati nak masuk. Tombol pintu tu Lia pulas, waktu tu Lia nampak tulisan besar dekat dinding bilik. Tiba-tiba, masa Lia masuk dalam sedikit bau darah hanyir. Lia cuba jalan sedikit dekat tilam dan selak tirai tilam. Terkejut atas tilam tu dah bewarna merah. Kaki Lia terlanggar sesuatu, rupa-rupanya ada mayat. Lia terus jerit panggil sayang."

"Sayang, tu bukan adik sayang kan?"

"Bukan. Sayang kenal adik sayang." Kata Adam memberi senyuman kepada isteri dia.

PrimRose - I Can't Live Without YouWhere stories live. Discover now