17

5.7K 275 5
                                    

Notes: Ada perubahan dgn nama Lafiya. Before-Jasmine Lafiya After-Lafiya Jasmine
Character:


Lafiya Jasmine @ Laila Jasmine. Aku tahu keputusanku untuk menyamar menjadi orang yang lain bukanlah idea yang bijak. Baru sahaja aku menjejakkan kaki di bandar Kuala Lumpur, aku sudah bertemu mata dengan Simon dan Adam. Empat tahun menghilangkan diri selepas aku berjaya bebas daripada cengkaman Farouq. Lelaki itu menculik seseorang yang salah. Dia sangka aku bodoh dan naif tidak tahu untuk melarikan diri.

"Mummy." Kasyaf memeluk kakiku.

"Hai, boy. How's school?"

"Like always." Amboi muka dia berlagaknya.

"Belajar apa hari ni?"

"Coloring. Boring."

"Pergi siap mandi sementara tu mummy masak."

"Ok." Laju sahaja Kasyaf berlari ke biliknya untuk mandi.

Kasyaf Luqman. Anak lelaki yang berusia 4 tahun itu ialah anak aku dan lelaki bernama Nazmi Adhwa. Aku ke dapur lincah menyediakan makan malam untuk kami berdua. Nasib baik Kasyaf faham dengan tugasku di kafe yang baru dibuka. Walaupun usianya masih mudah, dia sudah beriya mahu ke sekolah untuk mencari kawan. Nasib baik, tadika yang dihantarnya itu menyediakan penjagaan sehingga lewat petang. Tapi, itu tak bermakna yang aku melepaskan tangan dari menjaga Kasyaf.

"Mummy, I'm hungry."

"Come." Aku mengangkat tubuh Kasyaf dan letakkan diatas kerusi di counter table.

"Again, mummy?"

"What?"

"Spaggeti?"

"What do you want me to cook for you?" Memang banyak songeh si kecil ni. Ada je yang tak kena. Banyak sangat ambil gen si ayahnya.

"But, wait." Dia memasukkan sudu ke dalam mulut.

"Nice." Dia menunjukkan thumbs up kepada aku.

"Lain kali, rasa dulu. Kemudian, komen."

"Sorry, mummy. You're the best cooker in the world." Pandai budak kecil ini mengambil hati.

"Thanks, baby." Aku mengucup dahi anak lelakiku. Dialah racun dan dia juga penawar.

Anak beranak itu menjamu selera sambil berbual tentang aktiviti harian mereka. Gelak tawa terbit menghiasi perbualan mereka. Sekejap Lafiya disakat Kasyaf, sekejap Kasyaf menyakat Lafiya.

 Sekejap Lafiya disakat Kasyaf, sekejap Kasyaf menyakat Lafiya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hi, love bird." Adam dan Naz menegur serentak Simon yang sedang berjalan kearah mereka bersama Arabella.

"Hi, boss." Arabella melambai tangan, tapi ditarik kebawah.

"So, apa cerita nak jumpa kami berdua ni?"

"Tell, Arabella."

"Ish, iya pun tak sabar nak dengar. Cubalah ajak duduk mana-mana. Tak akan nak berbual tengah panas terik ni." Arabellah dah menghalang matanya dengan tangan melihat langit yang dihiasi dengan mentari hangat.

"Jom." Adam dan Naz yang baru sahaja beradu tenaga di padang sasar tadi mengambil tuala dan botol air. Berjalan ke pondok besar yang ada berdekatan.

"Cerita dia macam ni, kelmarin saya dengan Simon pergi satu kafe yang baru buka dekat area sini. Cuba teka, kami jumpa siapa?" Arabella masih bermaim teka-teki dengan dua lelaki

"Aduhai, budak ni aku debik juga karang. Kita dah lah penat-penat berlawan silat, dia boleh pula suruh teka-teka."

Simon terus menarik Arabella. Arabella yang tidak sempat menahan terus jatuh ke dalam pelukan kekasihnya. Dia bangun dan menepuk bahu Simon. "Dia bergula pula dekat sini. Eh kita orang tak ada masa nak tengok drama sinetron pukul 7 lah." kata Adam menyakat pula.

"Kau jangan nak debik bakal isteri aku ni. Nanti, kau yang aku debik." Simon berkata kepada Naz.

"Seorang nak debik seorang memang sampai ke sudah gaduh pasal debik ni."

"Kita orang jumpa seorang perempuan yang memang serupa dengan Laila. Tapi malangnya, nama dia Lafiya dan pemakaian dia pun tak nampakkan Laila. Sebab dia pakai tudung labuh dengan baju muslimah. Lawa sangat."

"Kafe mana ni?" tanya Naz.

"Jasmine Bookies Cafe."

"Eh, rasanya aku ada nampak waktu lalu ke sini." beritahu Adam.

"Apalagi boss. Jom kita try usha kafe tu sekarang. Waktu pun kena untuk minum petang. Alang-alang bos boleh juga belanja kami." kata Arabella dengan sengih.

Naz yang hanya melihat perangai Arabella yang kini berubah sediit perempuan itu selepas berkasih dengan Simon hanya menggelengkan kepala. Mood ceria Simon tu macam dah melekat pada Arabella. "Simon, arahkan Jefri untuk siasat siapa sebenarnya pemilik kafe yang kita nak pergi ni."

"Don't worry. Arabella dah uruskan untuk kau. Selepas sahaja kami keluar daripada kafe tu, terus Arabella call Jefri untuk selidik."

"Pantas. Bagus. Contohi kekasih kau ni, Simon. Jangan bergantung sangat pada dia." 

"Jom." Adam sudah menuju ke keretanya. Begitu juga dengan Naz, Simon dan Arabella. Simon dan Arabella menaiki sebuah kereta. Manakala, Naz memandu sendiri senang untuk dia berulang-alik dari rumah ke markas dan pejabat. 

"Eh, cik berdua yang semalam. Selamat datang, nak makan apa ye?" Amire meletakkan empat buku menu diatas meja pelanggan yang dia kenal itu.

"Terima kasih. Cik Lafiya mana?" tanya Arabella apabila mata dia yang meliar sekitar kafe tidak menemukan apa yang dicarinya.

"Cik Lafiya hari ni keluar dengan anak dia. Tak pasti pukul berapa akan datang ke kafe." Beritahu Amire dan berlalu pergi selepas sudah mengambil pesanan.

"Arabella." Naz sudah memanggil nama anak buahnya. Tak bermakna Arabella itu kekasih sahabat baiknya, dia tak boleh marah. 

"Yang itu, memang saya tak tahu. Tapi, boss. Kalau boss tengok dia pasti boss rasa memang perempuan tu cik Laila. Saya yakin dengan kata hati saya." Arabella menegas. Dia bukanlah dibayang dengan memori lama tapi memang dia yakin pemilik Jasmine Bookies ini ialah Laila Jasmine yang mereka cari selama 4 tahun ini.

"3 hari lagi, saya nak laporan daripada Jefri. Pastikan laporan tu, saya yang baca dulu ye, Arabella. Bukannya awak."

"Baik bos." Lemah suara Arabella. Nasiblah jadi kuli ni.

"Jemput makan." Amire yang menghantar makanan dipesan menghentikan perbualan Naz dan Arabella.

"Terima kasih."

Selesai sahaja daripada mereka menjamu selera, mereka pulang ke rumah masing-masing. 

Love, CKK. Sorry for the late update. Ada shj draft dlm wattpad tp sbb kn ade kekangan dengan masa dn tugas mengakibatkan sis trpaksa tangguh. So, ini utk kalian semua. Jangan lupe vote dan komen. P.S uhuks, hari ni b'day author. #babydisember

PrimRose - I Can't Live Without YouWhere stories live. Discover now