2

6.9K 351 6
                                    

Aku cuba bangun bersandar di kepala katil tapi terbatas apabila terasa pedih dibahagian lengan. "Cik Laila, cik jangan banyak bergerak nanti lukanya berdarah semula."

Terkejut aku apabila tubuh seorang perempuan duduk disofa itu sambil memegang majalah. Mungkin menghilangkan rasa bosan menunggu aku sedar dengan membaca. "Awak siapa?"

"Kenalkan nama saya Arabella. One of the team that lead by boss."

"Boss?"

"Tuan Naz merupakan ketua perisik yang paling berpengaruh dalam dunia risikan. Malah, kumpulan kami antara tulang belakang kuat pihak polis kerajaan Malaysia." Terang Arabella tanpa aku pinta.

"Sejak bila lagi penubuhan kumpulan perisikan ini ditubuhkan?"

"Saya baru sahaja 4 tahun menjadi ahli. Tapi, mengikut dari informasi Simon, boss dah menceburi bidang ni sejak dari sekolah rendah lagi."

"Maksudnya?"

"Boss bermula sejak dari umur kecil kerana arwah ibu bapa boss merupakan perisik yang terbaik juga."

"Arabella, turun." Aku melihat Naz bersandar dipintu sambil memeluk tubuh.

"Baik, boss. Kalau ada apa-apa, panggil saya." Arabella terus berlalu pergi.

"Kenapa awak culik saya, Naz?" Tanya aku sebaik sebaik sahaja dia menutup pintu bilik.

"Kau tak perlu tahu sebab apa aku culik kau. Engkau pastikan yang kau jadi budak baik bila dalam rumah ni jika kau tak nak aku mengamuk."

"Tapi, masalahnya sampai bila? Sampai bila awak nak kurung saya?"

"Sampai aku rasa perlukan kau. Kalau aku dah dapat apa yang aku nak, aku akan lepaskan kau."

"Kurang-kurang izinkanlah saya telefon Adam untuk beritahu keadaan saya. Dia mesti risau."

"Memang aku nak dia risau. Aku nak dia rasa macam mana rasanya kehilangan orang yang tersayang. Dia culik kekasih aku!" Jerit Naz.

Rasa bodoh apabila diri aku masih mengharapkan dia. Apabila melihat reaksinya yang marah itu tahulah aku bahawa dia sangat sayangkan perempuan tu. Setahu aku, abangku Adam tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana perempuan. Kalau ada sekalipun pasti Adam akan berkongsi cerita dengan aku. "Dia penting untuk awak?"

Naz membisu.

"Biar saya call Adam. Biar saya bincang dengan Adam elok-elok supaya kekasih hati awak tu dipulangkan semula dipangkuan awak." Kata aku cuba berdiplomasi dengannya.

"Kau tak akan dibenarkan menghubungi dengan sesiapapun selagi kau berada di dalam rumah ni. Itu arahan aku. Kalau aku tahu sesiapa tolong kau, dia aku bunuh."

"Naz." Namanya aku panggil lembut.

"Where have you been?"

"What do you mean by that?" Jelingannya yang tajam membuatkan aku menunduk.

"Tak ada apa-apalah." Aku mengalah. Tidak mahu soalan yang diajukan akan membuatkan dia lagi marah atau mengamuk.

"Perempuan kalau cakap tak ada apa-apa itu bermaksud memang akan ada apa-apa. Aku bagi peluang untuk kau bertanya, so better you ask me what do you want to ask for." Katanya dengan senyuman sinis. Sejak aku bertemu mata dengan dia, tidak lagi aku lihat senyuman manisnya dulu. Kalau dulu bibir itu tidak pernah lengkang dengan senyuman memikat yang mampu mencairkan mana-mana gadis diluar sana tapi kini itu semua bagai ditarik tidak tahu hilang entah kemana. Walaupun begitu, karismanya tidak hilang untuk menarik perhatian.

"Awak memang betul-betul lupakan saya ke selepas kejadian 5 tahun lepas?"

Naz yang sedang membelek-belek fail kerjanya terus terhenti kerana terkejut dengan soalan yang diberikan. "Dah, aku turun dulu suruh Arabellah bawakan bubur dengan ubat. Pakaian daan keperluan tu kau boleh ambil je dalam closet aku belakang tu." Naz terus menghilang disebalik pintu itu.

PrimRose - I Can't Live Without YouWhere stories live. Discover now