18

5.8K 276 1
                                    

"Mummy, jom lah. Bosanlah Kasyaf dekat sini." Dah mula dah mengada dia datang.

"Anak mummy nak pergi mana?"

"How about kita berlatih?"

"Now?!"

"Of course. Jom lah, mummy."

"Ok." Aku mengemaskan barangku dan bergerak ke Amire.

"Yeay. Love you, mummy." Tersenyum aku apabila mendapat cium di pipi daripada Kasyaf.

"Amire, saya keluar sekejap. Selepas habis program saya dengan Kasyaf, saya akan patah balik ke sini." Aku pesan pada Amire.

"Tak apalah, cik Lafiya. Budak lelaki bukan suka sangat duduk baca buku ni."

"Ada rezeki nanti nak buat ruang budak-budak, pasang TV untuk letak PlayStation 3." Beritahu aku.

"In sya Allah, cik Lafiya. Budak kecil tu dah beriya panggil mummy dia."

"Aduhai, sabar." Aku melambai tangan ke arah Amire dan berlalu pergi.

Di satu sudut yang menghalang mereka dari dipandang Lafiya sudah berbisik-bisik.

"Siapa budak tu?"

"Entah." Arabella mengangkat bahu.

Simon berlalu ke kaunter membuat pembayaran dan berlalu keluar dari kafe. Merea berdua masuk ke dalam kereta dan mengekori kenderaan milik Lafiya.

Kerete Lafiya berhenti di satu bangunan yang menempatkan pusat latihan ilmu seni mempertahankan diri dan tempat latihan menembak di dalam satu bangunan.

"Eh, ni bukan building yang Adam jual ke?"

"Haah kan? Owner dia lelaki. Sebab Simon ingat lagi yang Adam buat urusan jual beli bangunan ni. Naz pun ada waktu tu."

"Tapi, dia buat apa dekat sini dengan budak kecil tu?"

"Jumpa husband dia kot. Maybe lelaki yang hari tu kami jumpa ialah lelaki dia, pemilik bangunan ni. Jom lah kita balik."

Arabella keluar dari kereta itu tanpa sempat Simon itu menahan. "Ish, degilnya."

Simon pun memarkirkan keretanya dan seterusnya mengikut langkah Arabellah yang sudah masuk ke dalam bangunan itu. "Jomlah balik. U datang sini, bukan dapat apa-apa pun."

"Sekejap. Look at that."

Dari jauh mereka melihat Lafiya sedang mengajar anak kecil itu bermain dengan sepucuk pistol. Bagi mereka yang sudah lama menceburi dalam bidang ini dan telah menggunakan pistol. Pastinya tahu sama ada pistol itu pistol mainan atau pistol sebenar. Tidak terjangkau dek akal kerana budak kecil itu sudah diajar menggunakan senjata.

"Ada apa-apa masalah ke dekat sini?"

"Bang, maaf tumpang tanya. Siapa ye perempuan yang dekat hujung tu? Kenapa tak ada yang halang budak kecil tu pegang pistol?" Tanya Arabella.

"Oh, yang tu cik Jasmine dengan anak dia. She's the owner of this building and master mind of all the program that have in here."

"Are you sure?"

"Yes, cik Laila Jasmine."

"Siapa nama cik tu tadi?"

"Cik Laila Jasmine." Ulang lelaki itu sekali lagi sambil mengerutkan dahi.

"Terima kasih." Arabellah terus keluar dari bangunan itu.

"Where do you want to go?"

"Jumpa Jeff."

PrimRose - I Can't Live Without YouWhere stories live. Discover now