"Merah..."Ujar Rosel sepatah. Tangannya yang menggenggam tangan Roseanne dileraikan dan dialihkan pada bahagian belakang Roseanne yang terdedah. Kulit halus wanita itu diusap perlahan-lahan sehinggalah tiba dipangkal punggung. Tangan lelaki itu terhenti disitu.
"Ya, merah lambang berahi."
Roseanne mula asyik. Matanya dipejamkan. Tangannya merangkul tengkuk Rosel. Sebelah tangan Rosel kemudian menyentuh belakang tengkuk Roseanne. Sebelah tangannya masih lagi merangkul pinggang Roseanne. Sanggul wanita itu dileraikan. Rambutnya yang beralun terlerai sehingga menyentuh bahagian pinggangnya.
Nafas Roseanne semakin laju. Tangannya terus menekup wajah Rosel. Dia merenung Rosel dengan pandangan mata yang menggoda. Bibirnya yang merah mekar mendekati bibir Rosel.
Rosel turut merendahkan wajahnya menghampiri wajah Roseanne. Perlahan-lahan bibir lelaki itu mengusap perlahan bibir Roseanne. Hembusan nafas Roseanne semakin kuat. Roseanne mula hanyut. Degupan jantungnya kian menggila.
Terus Roseanne mengunci mulut Rosel. Dia tidak mampu bertahan lagi.
Rosel membalas kucupan Roseanne. Bibirnya berkali-kali mengucup bibir merah milik Roseanne. Nafas hangat mereka saling bertukar.
Roseanne semakin rakus dia terus memasukkan lidahnya kedalam mulut Rosel. Sentuhan lidah Roseanne dibalas Rosel. Lidah mereka saling bersentuhan.
Rintihan manje wanita tidak bermaruah itu mula kendengaran. Rosel terus menolak tubuhnya ke atas katil. Bibir yang bertautan erat terlerai.
YOU ARE READING
MAWAR SEMERAH DARAH
Mystery / ThrillerSatu nyawa telah diragut. Satu dendam telah dipersenyawakan. Satu godaan nafsu telah ditawarkan. Satu hasrat telah terpadam. Satu permainan telah dirancang. Satu perjanjian telah dirantai. Kerana sekuntum mawar merah berduri, darah merah pekat telah...