02 🌹 HANYUT MENAIKI TAKHTA

7.3K 126 2
                                    


Jari jemarinya mengusap perlahan kedua bahagian bahunya yang terdedah. Kulitnya ternyata halus dan tidak memiliki sebarang cela.

Senyuman yang mampu menodakan nafsu yang lena masih terukir lagi dibibir.

Tubuhnya dikalihkan sedikit agak kelihatan belakangnya yang terdedah sehinggalah ke paras pangkal punggung pada pantulan cermin. Kainnya yang sedia terbelah sengaja diselakkan lagi sehinggakan pehanya yang putih gebu kelihatan. Roseanne ingin meneliti tubuhnya sendiri.

Wanita jalang bertaraf rendah itu ingin memastikan setiap inci tubuhnya sempurna pada malam ini. Tubuhnya harus dihidangkan dengan penuh istimewa.

Semuanya kerana seorang lelaki yang bernama Rosel.

Nama yang membawa erti sama seperti namanya. Nama yang membawa erti bunga mawar.

"Azure kini sudah tiada...."

Roseanne berbisik perlahan dengan nada penuh bangga.

"Akhirnya tiba giliran aku menaiki takhta."

Roseanne tersenyum puas. Ketawa sinis saat melihat tubuhnya pada cermin. Lagaknya tidak ubah seperti wanita yang mengalami tekanan sakit jiwa. Terlalu asyik dan leka dengan tubuh sendiri.

Dia, wanita murahan yang sudah lama dambakan cinta dari Rosel. Namun dirinya sejujurnya tidaklah cintakan Rosel daripada hatinya. Roseanne hanya cintakan harta dan juga kekayaan yang dimiliki lelaki itu. Roseanne pula merupakan satu spesis wanita yang bernafsu buas. Tambahan pula, Rosel memiliki paras rupa dan fizikal yang sempurna. Rosel seolah-olah memiliki kesempurnaan yang diidamkan oleh setiap wanita walaupun Rosel hakikatnya adalah milik seseorang yang sa. Terutamanya wanita yang tidak bermaruah dan tamak seperti Roseanne.

Ramai sahabat Roseanne menasihati dirinya agar melupakan Rosel. Rosel yang kematian isteri tercintanya telahpun mengunci pintu hatinya. Rosel sudahpun menetapkan minda malahan jiwanya supaya hidup hanya di dalam kenangan bersama mendiang isteri tercinta.

Namun, Roseanne tidak peduli. Dia tetap mahukan Rosel. Dia ingin memiliki segala-galanya tentang Rosel.

Malahan, Roseanne sanggup melakukan apa sahaja asalkan Rosel mampu menjadi miliknya. Walaupun ianya akan melibatkan pertumpahan darah. Roseanne tidak peduli.

Roseanne juga percaya suatu hari nanti pasti Rosel past akan terpikat pada dirinya. Tiada siapapun tidak pernah terpaku melihat dirinya. Setiap lelaki yang melintas di sisinya dihadapannya mahupun terserempak dengan dirinya pasti akan terhenti dan terpaku meneliti setiap inci tubuhnya.

Roseanne menganggap dirinya sebagai lambang keghairahan.

Jadi apa bezanya dengan Rosel?

Dia juga seorang lelaki.

Lelaki yang bernafsu.

Lelaki mana yang mampu menyekat nafsunya apabila didatangi godaan.

Rosel pasti akan terjatuh kedalam perangkapnya. Rosel pasti akan tertewas.

Dan sangkaannya itu benar....

Bunyi ketukan pintu kedengaran samar-samar ditenggelami air hujan yang mencurah-curah menimpa Kerajaan Uldorin.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MAWAR SEMERAH DARAHWhere stories live. Discover now