Hujan turun mencurah-curah menimpa Kerajaan Uldorin. Malam yang sunyi hanya dilimpahi dengan bunyi air yang datang dari langit gelap.
Kerajaan Uldorin sepi tanpa seorangpun penghuni yang berkeliaran. Semuanya kerana tirai malam sudahpun dilabuhkan.Roseanne berada di dalam kamar tidurnya yang hanya diterangi cahaya pelita. Wanita anggun itu sedang duduk berhadapan dengan cermin. Dia mengenakan gincu merah menyala pada bibirnya. Rambutnya yang bewarna coklat gelap itu disanggul kemas. Dia merenung wajahnya pada cermin dengan senyuman menggoda. Mata birunya yang menawan asyik merenung wajahnya sendiri. Jari jemari yang runcing bersama kuku yang diwarnakan merah yang panjang menyentuh wajahnya sendiri. Roseanne berpuas hati dengan rupanya yang menawan.
"Siapa kata aku tak mampu memiliki Rosel?"
Roseanne ketawa sinis. Wanita jalang itu kemudian berdiri namun dirinya masih lagi berhadapan dengan cermin. Dia melihat tubuhnya yang disarung dengan pakaian terdedah bewarna merah semerah godaan mawar yang mampu merangsangkan nafsu bagi setiap mata keranjang yang melihat.
YOU ARE READING
MAWAR SEMERAH DARAH
Mystery / ThrillerSatu nyawa telah diragut. Satu dendam telah dipersenyawakan. Satu godaan nafsu telah ditawarkan. Satu hasrat telah terpadam. Satu permainan telah dirancang. Satu perjanjian telah dirantai. Kerana sekuntum mawar merah berduri, darah merah pekat telah...