67. Ditampar dua kali!

Start from the beginning
                                    

Rena cuma pengsan sahaja. Dia tidak apa-apa. Tak ada mengalami sebarang kecederaan pun. Mungkin Rena hanya terkejut sikit, atau Rena terlalu letih. Rena ada masalah ke? Setahu dia Rena seorang gadis yang kental dan kuat. Setakat serangan macam tu apalah sangat.

Irene beralih pada tingkap kaca. Suasana diluar menjadi tatapan mata. Eicland, negara asalnya. Tempat asal usul belah ayahnya. Tapi yang menjadi tanda tanya sekrang ini, dari mana ibunya datang? Menurut aunty Sophea, ibunya berasal dari dimensi lain. Tapi di mana? Ah, teringin juga dia nak tahu.

Irene menolak ke belakang rambut hadapannya yang menutupi dahi. Dia mengeluh. Tiba-tiba dia teringatkan bisikan Viez. Ayat itu seperti menari-nari di ruang fikirannya. Viez seakan mengejarnya. Semakin dia lari dari lelaki itu, semakin lelaki itu mendekati.

Argh! ayat Viez menambahkan lagi kekusutan yang ada di kepalanya. Semak! Beraninya dia cakap macam itu!

Irene menarik nafas dalam sebelum menghembus keluar. Dia memusingkan badan lalu mengatur langkah keluar dari bilik tersebut. Ketika dia mahu ke biliknya, dia berjalan melintasi sebuah bilik yang pintu tidak ditutup rapat.

Langkah Irene terhenti tatkala tiba di hadapan bilik tersebut. Dahinya berkerut apabila terdengar suara lelaki bercakap seorang diri. Dia memejamkan mata buat seketika untuk membaca fikiran.

"Bodoh, kenapa kau cakap macam itu! Argh, takguna betullah! Tengok apa sudah jadi? dia semakin benci dekat aku. Benci! dia cakap dia benci aku!"

Irene membuka mata saat jantungnya berdetak laju. Dia menghampiri pintu dan mengintai sedikit di sebalik celahan pintu yang terbuka.

Kelihatan Viez sedang meramas-ramas kepalanya beberapa kali sambil berjalan ke huku hilir. Sesekali tangannya mengetuk kepala dan menampar pipi. Ha, macam orang tak betul pun ada. Viez terperasankan Irene. Kelakuannya macam laki mati bini tadi terhenti. Mata mereka bertembung sesaat.

"Irene?" ujar Viez perlahan.

Irene berganjak ke belakang kerana terkejut. Dia membuka langkah, baru tiga langkah, Viez telah menghalang jalan. Terus langkahnya terhenti. Mata Viez memandang tepat anak mata berwarna biru. Irene mengemam bibir.

"Kau nak apa?" soal Irene mendatar. Dia melirikan pandangan ke dinding. Terasa menarik pula dinding tu.

"Pandang aku, Irene...."

Gadis itu tidak mengedahkan arahan Viez, sebaliknya dia mengalihkan pandangan ke lantai pula. Viez mengeluh panjang. Dia mahu meraih tangan Irene tetapi gadis itu mengelak.

"Irene.... Tolonglah," Pujuk Viez selembut yang mungkin. Padahal dia sedang menahan geram.

Irene menyilangkan tangan ke dada. Kepala diangkat seraya menjeling sekilas. "Ha, aku sudah pandang kau. Jadi cakaplah apa yang kau nak!" bentak Irene kasar.

"Okay, aku ...." Kedua belah tangan menekup pipi gadis itu, sehingga bibir Irene memuncung. Dia pantas menarik Irene ke depan supaya merapati. Mata Irene terbuntang kerana terkejut!

"A-apa, kau buat ni?" ujar Irene geram. Bersusah payah dia membuka mulut kerana pipinya ditekup. Viez mahu ketawa tetapi dia cuba menahan. Muka serius ditayangkan.

Secara kebetulan Alice mahu keluar dari bilik. Apabila dia terpandangkan Viez dan Irene, dia terus berhenti. Mulutnya melompong luas!

"Eh? kenapa berhenti? cepatlah jalan!" Erina mencucuk-cucuk belakang Alice. Gadis berambut jingga terkejut lantas memusingkan badan. Tangannya menghadang pintu.

"Er ... kejap lagilah, kita turun. Aku rasa makanan mungkin belum siap terhidang. Err... hehe .... " Alice tersengih sumbing. Laju dia menarik Erina masuk ke dalam bilik.

Erina membalas dengan mimik muka curiga. Sebelum Alice menutup pintu dia pantas menolak tubuh Alice ke tepi. Erina menjengahkan kepala dan dia ternampak Irene dan Viez. Tidak sampai beberapa saat, kepalanya ditekan lalu ditarik ke belakang.

"Apa ini!"

"Biarkan, bagi mereka peluang." ujar Alice menutup pintu.

"Aku lapar tahu tak?" rungut Erina.

"Hala, kejap lagi turunlah,"

"Fine! kalau mereka berdua tak berganjak dari situ. Aku redah je. Peduli apa aku, kalau dorang nak bercium sekali pun... aku redah je. Tengoklah,"

"Hamboi, mulut kau! aku koyakan juga nanti!"

Pada masa yang sama, Ryan dan Joshua mahu naik ke bilik juga turut membatalkan niat. Terus mereka berpatah balik menuruni anak tangga. Jauh disudut hati Ryan, terbit rasa cemburu dalam dirinya. Sebab apa? dia ada menaruh perasaan terhadap gadis itu. Tapi sebaliknya Irene? Hmm... langsung tidak menyedari. Dia agak kecewa pada saat ini. Hatinya bagaikan ditikam. Sakit!

Irene menunjal kepala Viez berkali-kali apabila lelaki itu cuba mengucup dahinya. Muka Irene sudah merah-kemerahan menahan rasa! Nafasnya tidak teratur. Dia cuba menahan perasaan. Jantungnya berdetak laju bagai nak pecah! Berani betul Viez ni.

Pap!

Viez tertoleh ke sisi. Kesakitan mula menjalar di mukanya. Perit! kali ini lebih sakit berbanding tadi. Apakah? dua kali dia ditampar? ini kali pertama perempuan buat dia begini. Bondanya dan adiknya pun tak pernah buat tahu? Perlahan dia mengusap pipi.

"Aku benci kau!" kata Irene sebelum berlalu pergi.

Viez hanya mampu memandang gadis itu pergi "Tak apa Viez, kau masih ada peluang," ujarnya perlahan. Viez menghela nafas pendek.



Hi semua! Saya tengah fokuskan cerita ini dan berusaha untuk habiskan cerita ini secepat mungkin. Jadi mohon bersabar ya. Saya akan cuba update cepat2.
Okay tak chapter ni? ^^

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now