:: 48

3K 432 175
                                    

[ EPILOGUE ] BUKA VIDEO KAT ATAS TU DULU TAU!

"jimi buka pintu ni sayang, ada apa-apa berlaku ke? kamu langsung tak keluar bilik sejak balik sekolah tadi." omma jimi mengetuk pintu bilik jimi yang berkunci.

jimi langsung tak menyahut dan membiarkan ommanya memanggil dia banyak kali.

"kalau lapar turunlah makan, omma tahu mesti jimi sedih sebab-"

jimi membuka pintu bilik dan terus memeluk ommanya, muka jimi merah sebab banyak menangis.

"kenapa ni jimi? apa yang jadi? kenapa menangis?" omma jimi risau melihat anak tunggalnya menangis teresak-esak dalam pelukannya.

jimi hanya menangis tanpa menjawab soalan ommanya.

"jimi dah besar pun menangis lagi, haih anak omma ni." omma jimi tepuk lembut belakang jimi.

༺❀༻

𝐉𝐈𝐌𝐈

aku pergi sekolah harini sambil memakai sunglasses sebab mata aku bengkak gila sebab menangis tak berhenti sepanjang malam.

aku malas nak datang sekolah sebenarnya tapi disebabkan omma paksa, aku terpaksa akur.

macam mana aku nak berhadapan dengan jimin? apa aku nak buat sekarang? dia duduk sebelah meja aku je kut.

aku tak kuat nak melangkah masuk ke dalam kelas, aku takut nak pandang muka jimin selepas apa yang berlaku semalam.

lagipun hati aku masih terkesan dengan kata-kata dia.

aku masuk dalam kelas dan menuju ke tempat aku, aku perasan jimin ada di tempatnya.

"eh jimi kenapa pakai cermin mata hitam dalam kelas? buat tebiat ke apa?" tanya saewon dan jimin memandang aku.

"takda papelah saja je pakai." aku tersengih dan duduk di tempat aku lalu mengeluarkan buku dari laci meja.

"peliknya kau ni macam-macam lah." saewon duduk di tempatnya.

tiba-tiba jimin bangun dari tempat duduk dia sambil membawa beg dan keluar dari kelas.

"eh asal jimin blah macam tu je? kejap korang gaduh ke? dah lama aku tak nampak korang bertegur sapa." saewon yang duduk di hadapan aku toleh belakang memandang aku.

aku hanya diam dan tahan dari mengalirkan air mata, benci sangat ke jimin dekat aku sampai tak nak duduk sebelah aku walaupun sesaat?

"jimi kau okay ke ni? apa yang dah jadi?"

aku abaikan soalan saewon dan aku terus keluar dari kelas sebab aku tak mampu kawal diri daripada menangis.

aku rasa nak menangis sepuas-puasnya tanpa sebarang gangguan.

tempat yang aku tuju ialah bilik rawatan sebab bilik sahaja yang kosong tak ada orang.

masuk je aku dalam bilik rawatan terus aku buka sunglasses dan menangis teresak-esak melutut di atas lantai.

hati aku sakit sangat untuk menerima perubahan ini.

exam paper | jimin.Where stories live. Discover now