:: 07

3.1K 472 15
                                    

𝐉𝐀𝐄𝐌𝐘

aku pulang dari sekolah berjalan kaki sahaja selalunya ada driver ambik tapi omma tarik balik perkhidmatan driver sebab aku jatuhkan susu pagi tadi.

macam diberi hukuman.

ni semua gara-gara budak susu tulah!

bila ingat pasal pencuri buku aku lagi sakit hati, dah salah tak nak mintak maaf main lari je ngok betul.

kenapa budak susu tu ekori aku? habis jatuh reputasi aku depan dia. dah ah acah baik, budak kelas belakang tak guna!

aku tercarut kuat depan orang ramai, mereka memandang aku seperti orang gila yang bercakap seorang diri.

"apa?" kata aku sambil memandang mereka tajam yang membisikkan sesuatu tentang aku.

lantak ah sibuk je dengan life orang.

"jaemy dah balik" kata aku sambil berjalan menaiki tangga untuk ke bilik aku sebelum itu omma menahan aku.

"mana blazer jimi?" kata omma yang berada di bawah dan aku berhenti melangkah.

aku telan air liur yang mula kesat.

aku melihat tubuhkan yang tidak memakai blazer, ah sudah mana blazer aku sia?

"jaemy tinggal kat dalam locker tadi lupa plak nak ambik hehe." tipu aku sambil tersengih kepada omma dan omma buat muka seperti curiga terhadap aku.

aku mula berpeluh, omma aku ni nampak je baik. time dia takda mood ya tuhan nak terkuncil aku kena marah.

appa lagilah, nak berunding pun tak boleh! sebab tulah aku pandai kalau result aku turun dorang akan layan aku.

macam anak tiri, ciri-ciri parents toxic.

"esok ambik, omma nak basuh nanti." kata omma lalu pergi ke dapur menyiapkan makan malam.

matilah aku kalau blazer tu hilang.

༺❀༻

buka je pagar rumah aku ternampak budak susu.

"oh pocot kau!" aku melatah melihat jelmaan hitam berada di hadapan aku.

budak susu tergelak kecil melihat aku melatah sampai terundur kebelakang, ye ah mana tak kejut tiba-tiba awal pagi camni ada lembaga hitam berdiri.

nasib tak kena kick dengan aku.

"gelak pe kau, oh susu eh." aku ingin mengetahui apa yang ada dalam kotak tersebut selalunya susu kita akan nampak sebab kotak terbuka, ni berbalut kemas.

"tak ni barang appa kau." kata budak susu dan ingin menyerahkan kotak tu kepada aku.

dia ni tukar kerja ke apa haritu hantar susu kalini hantar barang pulak.

"eh eh apasal bagi aku masuk lah dalam bagi omma aku, aku nak gi sekolah." kata aku dah lalu sebelah dia.

"bapak awal pergi sekolah, baru kul 6 kut." budak susu melihat jam tangannya.

"biasalah aku kan budak pandai mestilah pergi sekolah awal bukan macam--" budak susu tu sudah pun masuk ke dalam rumah aku.

setan punya budak sekurangnya bagilah aku habiskan ayat aku.

oh tak ya harini keputusan addmath keluar! ayo tak shabarnya. kalau aku dapat markah penuh addmath aku tak perlu pergi sekolah jalan kaki lagi!

aku berlari anak dengan riang gembira dan aku terpandang motor budak susu.

wuish lawa gak motor dia, aku pergi mendekati cermin motor budak susu dan membetulkan rambut bangs aku.

"nak tumpang cakap." kata budak susu yang datang secara tiba-tiba dan mengambil helmet di atas motornya.

aku terkejut dan pura-pura tak buat apa-apa tadi.

"tak hingin aku nak naik motor buruk kau tu."

aku jeling dia dan jalan cam biasa.

budak susu tidak membalas apa-apa dan memecut motornya berselisih dengan aku.

"nak naik huhuhu."

"

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.
exam paper | jimin.Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz