:: 09

2.8K 451 24
                                    

𝐉𝐀𝐄𝐌𝐘

selepas balik dari toilet, aku berjalan menuju ke kelas. langkah aku terhenti kerana ada orang memanggil aku dengan cukup kuat.

"jimi!" panggil empunya suara.

aku rasa berapi apabila dipanggil dengan nama yang aku tak suka.

manusia mana yang tak faham bahasa-

aku menoleh ke belakang untuk mencari empunya suara merosakkan telinga aku.

b-budak susu?! berani dia-- jap macam mana dia tahu nama aku jimi? dia stalk aku ke apa?

budak susu melambai aku dengan riang dan berlari ke arah aku.

dia memegang sesuatu benda di tangan, aku tak sure benda apa tu sebab aku ni rabun jauh.

dia semakin menghampiri aku dan nafas dia tercungap-cungap kerana berlari.

"penat aku kejar kau tadi, aku panggil bukan nak pandang."

aku terpandang benda yang ada di tangannya macam blazer pelajar perempuan.

aku tidak bercakap satu patah apa pun bila dia berada di hadapan aku, mata aku sibuk fokus dekat apa yang dia pegang tu.

blazer tu nampak familiar.

"nah blazer kau, semalam kau tertinggal kat bangku tepi bangunan." budak susu menghulurkan blazer itu kepada aku.

dia ambik blazer aku? patutlah macam kenal je.

tanpa teragak-agak aku merampas kasar blazer itu, hari ni mood aku baik jadi aku malas nak bertekak dengan mamat ni.

aku teruskan berjalan tanpa menghiraukan dia tapi dia tetap memanggil aku dengan nama jimi.

aku murka!

"yah nama aku bukan jimi lah!"

barulah aku keluarkan suara nyaring aku dan menjengkil mata dia.

budak susu terkejut dengan jeritan aku dan jenkilan aku.

"bukan nama kau jimi ke? tu park jimi dekat blazer tu." budak susu menyentuh nametag aku di blazer yang sedang aku pakai sekarang.

"yah pervert!" aku menepis tangan budak susu dari menyentuh name tag aku.

"ops maaf tak sengaja tapi pervert tu apa? cam selalu dengar, kat mana eh?" budak susu berfikir sejenak.

aku menaikkan mata ke atas tanda menyampah, boleh pula dia berfikir kat tengah-tengah koridor ni.

"budak susu, baik kau pergi dari pandangan mata aku sekarang!" aku melambai tangan aku ke muka aku tanda tak nak melihat dia.

"budak susu? aku ada namalah ni ha park jimin." dia tunjuk name tag di bajunya.

"ada aku tanya nama kau siapa? dah la jangan tegur aku lagi."

aku mula melangkah tetapi budak susu berbunyi lagi.

"kau nak apa lagi-"

"berat sangat ke?"

"berat apa?"

"berat ke nak ucap terima kasih?"

aku pandang dia dengan muka are you kidding me? kalau aku tak cakap terima kasih memang tak sampai lah aku dekat kelas.

disebabkan aku tak nak gaduh dengan dia aku terpaksa cakap perkataan yang jarang aku cakap sepanjang aku hidup.

"terima kasih budak susu." ucap aku tanpa memandang wajahnya.

"bukan budak susu tapi jimin, ulang sekali lagi."

aku mengetap bibir menahan sabar.

"terima kasih jimin."

aku pura-pura sengih kepadanya sedangkan aku tengah tahan diri aku dari maki dia.

"kau tak nak tegur nama aku ke? nama kita sama lah. kau park jimi, aku park jimin ada jodoh gituh." kata jimin dengan muka yang layak dipijak berjemaah.

"aku park jaemy, j-a-e-m-y bukan park jimi. kau faham tak?"

"tapi dekat senarai pelajar cemerlang ejaan nama kau park jimi."

ada juga kena lempang dengan aku ni kang.

"kau panggil aku dengan nama tu memang aku lempang kau pakai durian, dah la jangan tegur aku! sibuk je!" aku teruskan langkah aku ke kelas.

"bye jimi!" jerit jimin.

ergh serabut lah budak sekor ni tak habis-habis sakitkan hati aku.

tunggu la aku pergi malaysia beli durian. memang muka kau berlekuk nanti aku buat.

 memang muka kau berlekuk nanti aku buat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
exam paper | jimin.Where stories live. Discover now