:: 26

2.6K 411 21
                                    

jaemy masih lagi duduk di atas tanah dan tidak bangun selepas di tolak oleh saewon.

hujan turun rintik-rintik dan lama kelamaan hujan menjadi lebat namun jaemy kekal sahaja disitu menangis berseorangan.

"aku tak k-kuat..." jaemy menutup mulutnya menahan tangisan.

jaemy dibasahi oleh hujan lebat.

"kenapa semua ni jadi kat aku." jaemy menepuk dadanya, menahan rasa sakiti hati dan amarah di dada.

"jaemy!" jerit jimin dan meluru ke arah jaemy yang masih melutut di atas tanah.

jimin membuka blazernya dan membaluti badan jaemy yang tidak memakai blazer dan basah kuyup, jimin menolong jaemy supaya berdiri.

"asal kau duduk tengah hujan ni?!" marah jimin dan jaemy terkejut dengan kehadiran jimin.

"pergilah jangan kacau aku!"

jaemy menolak jimin menjauhinya tapi jimin tetap memegang lengan jaemy untuk tidak bagi dia kemana-mana lagi.

"jaemy kawal diri kau! kau nak pergi mana hujan-hujan ni!?" jimin kuatkan pegangan dia kerana jaemy kuat menolaknya.

"lepaskan aku! aku tak nak duduk dalam neraka tu lagi!" jaemy meronta-ronta untuk dilepaskan.

jimin pun basah lencun disebabkan kedegilan jaemy yang kuat melawan.

"sedarlah jaemy! otak kau tak mampu nak berfikir dengan betul sekarang ni!" jimin mengoncang bahu jaemy.

"lepas!" jaemy cuba melepaskan diri dengan menolak badan jimin.

jimin mengunakan tenaga lelakinya untuk menarik jaemy ke tempat berbumbung.

tiba sahaja di kawasan berbumbung, jaemy menampar jimin.

"a-ku tak tahan...aku geram!" jerit jaemy sekuat hati.

jimin memegang pipinya dan memandang terkejut campur tak percaya dekat jaemy. jelas muka jimin kelihatan marah.

"pukul lah! lepaskan semua geram kau dekat aku! cepat lah pukul!" jimin jerit dekat jaemy balik.

tangan jaemy naik hendak memukul jimin tapi tiba-tiba sahaja dia berhenti dan duduk mencangkung sambil menangis.

"aku tak geram dekat kau lah! aku...aku geram dekat dorang!" jaemy menangis teresak-esak.

"ya menangislah! lepaskan semuanya." kata jimin dan memandang tempat lain.

sebenarnya jimin geram jugak sebab tiba-tiba kena tampar nasib dia sabar.

lama-lama jimin tengok jaemy menangis macam tak ingat dunia, dia berasa kasihan pula.

"hei..dah lah..janganlah nangis. dorang tu memang takda otak, main tuduh je kau yang bijak pandai ni." jimin duduk mencangkung dan mengusap belakang jaemy.

tetapi jaemy tetap menangis dan menangis sampailah hujan berhenti.

selepas jaemy berhenti menangis, jaemy dan jimin duduk di sebuah bangku berdekatan situ.

"haih sebab kedegilan kau habis aku lencun sekali." jimin melihat dirinya basah kuyup.

"siapa suruh kau halang aku." kata jaemy tanpa rasa bersalah.

"kalau aku tak halang kau nanti jadi apa-apa kau jugak yang susah." jimin membebel.

"hantar aku balik guna motor kau." kata jaemy tiba-tiba sambil buat muka poker.

"apa?? kau dah tampar aku cenang-cenang je kau suruh aku hantar kau. ah takde balik guna kaki, dah bye." jimin ingin meninggalkan jaemy.

"hancummm!" jaemy bersin.

tergendala jimin nak pergi dari situ sebab perasaan risau mengusai dirinya.

༺❀༻

"cepatlah naik." kata jimin yang dah siap berhelmet dan memegang handle motor.

jaemy memegang bahu jimin untuk naik di atas motor.

muka jimin macam tak rela je, habis la kalau guru disiplin tahu dorang balik time sekolah belum tamat. mampos dorang nanti jadi penjenayah kena soal dengan detektif.

dah ready nak gerak ada seseorang memanggil jimin.

jimin dan jaemy memandang empunya suara itu dengan muka yang agak hairan.

jimin dan jaemy memandang empunya suara itu dengan muka yang agak hairan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
exam paper | jimin.Where stories live. Discover now