:: 27

2.4K 409 24
                                    

"jimin!" panggil minhee yang datang dari arah sana.

minhee mendekati jimin dan jaemy yang baru je nak bertolak.

jimin yang baru nak pulas handle motor, mematikan enjin dan memandang minhee yang semakin hampir.

"kau nak pergi mana? sekarang waktu sekolah lah." kata minhee dan terpandang jaemy.

"minhee, aku nak hantar jaemy balik rumah. kau rahsiakan dari cikgu boleh?"

"m-mana boleh aku buat macam tu, ni dah langgar peraturan sekolah lah. kalau kantoi macam mana? tak payah la pergi." larang minhee.

jaemy menyentuh bahu jimin dan jaemy mengeleng kepala agar tak makan dengan kata-kata minhee.

"maafkan aku minhee kalini je, tolonglah rahsiakan." kata jimin dan meninggalkan kawasan sekolah bersama jaemy.

"kau fikir jimin tu kuli batak kau ke? tak guna." kata minhee dan mengenggam penumpuk.

༺❀༻

"dah sampai, turunlah."

jaemy turun dari motor dan menyerahkan helmet. tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba sahaja jaemy menangis kembali.

"eh asal nangis ni?" jimin panik.

"a-aku takut nak balik mesti omma appa aku marah aku sebab aku meniru." jaemy meraup mukanya tanda takut.

"hei hei chill lah dorang takkan marah, kau kan anak tunggal kesayangan parents mereka. mesti dorang akan percaya dan back up kau."

"kau tak kenal lagi parents aku sebenarnya macam mana. parents aku akan bunuh aku kalau dia tahu aku meniru, lagi-lagi appa aku yang bulat-bulat je percaya cakap cikgu. aku takut jimin."

"jangan fikir apa-apa lagi, kau slow talk dengan parents kau. bagitahu hal sebenar, aku pasti kau boleh tenangkan parents kau. lagipun kau tak buat semua tu kan."

"kau percaya aku?" jaemy kesat air matanya.

jimin angguk. "ya aku percaya, jangan takut okay?"

jaemy terharu dan tak sangka kata-kata jimin dapat tenangkan keresahan hatinya. jaemy ingin melangkah masuk ke dalam rumahnya.

"jaemy." panggil jimin, jimin turun dari motor dan menyerahkan satu cebisan kertas.

"ni ada no. aku kau call lah bila kau rasa nak luah sesuatu, aku setia dengar semua keluhan kau."

jaemy hanya memandang cebisan kertas itu dengan wajah yang kosong, dalam hati rasa bersalah terharu senanya.

"jangan sedih-sedih tau, bye." jimin kembali ke motornya.

jimin yang baru nak start motor dan jaemy pergi ke arah jimin.

"aku..aku tak pernah cakap perkataan ni dekat orang lain dan memang pelik kalau aku cakap ni...

...sorry sebab tertampar kau dan buat baju kau basah and thanks sebab ada dengan aku." kata jaemy kekok.

jimin agak terkejut sebenarnya, first time jaemy cakap sorry dan thanks dalam nada yang ikhlas.

"selamat tinggal, bawak motor elok-elok." kata jaemy dan berlari masuk ke dalam rumahnya.

jimin memerhatikan muka jaemy berubah merah dan lari sebab malu, jimin tergelak kecil.

"comel."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
exam paper | jimin.Where stories live. Discover now