:: 39

3.5K 477 443
                                    

no minhee no ryujin chapter kalini semua tentang jimin dan jaemy. part ni panjang gila hope tak bosan chap ni :)

𝐉𝐀𝐄𝐌𝐘

jimin membawa aku ke tempat yang aku langsung tak sangka.

iaitu sebuah shopping mall dimana tempat remaja berso'sial dan berjoli sakan.

"k-kau gila ke? aku cuma nak tanya satu soalan je bukan suruh kau bawak aku pergi sini." kata aku tak puas hati.

aku tanya banyak kali kut dalam bas nak pergi mana tapi jimin diam cam patung buddha.

nasib tak aku pelekung kepala dia guna kasut convers keras aku ni.

"bising lah kau ni, apa kata kau lupakan semua masalah kau patu kita bergembira kat sini." kata jimin dan menarik aku masuk ke dalam shopping mall.

masalah? masalah apa?

k aku pun tak faham apa yang jimin cuba sampaikan.

"weh jalanlah perlahan-lahan beg aku beratlah, sakit bahu." aku berhenti berjalan dan membetulkan kedudukan beg galas aku.

dah la harini aku banyak bawak buku teks tak sempat nak tinggal dalam locker.

takkan lah nak round satu shopping mall dengan beg berat mahu patah tulang aku.

"aish kau banyak betul songeh, kau ni betul ke perempuan? kau tak suka ke tempat cam ni?" tanya jimin hairan.

"suka lah tapi aku tak sangka nak pergi sini harini. dah la pakai baju sekolah patu bawak beg berat ni sekali kalau tulang aku bengkok siap kau." ugut aku.

"meh lah beg tu aku bawakkan." jimin terus ambik beg galas aku dan mengalas di bahu kiri.

jimin galas beg aku cam beg aku tu takda isi je.

aku hanya membiarkan jimin membawa beg aku, auch gentlemannya crush haku ni.

"so kau nak pergi mana? shopping? pergi kedai makeup? cari tempat nak ambil gambar?" tanya jimin.

aku mengeleng kepala, sorry kayh aku tak minat semua tu.

aku pandang sekeliling dan mencari kedai favourite aku.

"tu, aku nak pergi sana dulu." aku berjalan ke kedai tu dan jimin membontoti langkah aku.

༺❀༻

"kau biar betul jaemy kenapa dalam banyak-banyak kedai dalam shopping mall ni kau pergi sini gak?" tanya jimin dan sandar kat rak buku.

sebenarnya aku pergi kedai buku hahaha.

"dah ni minat aku, aku nak cari buku study sebab semua buku aku tu dah habis aku buat." kata aku dan membelek buku-buku di situ.

jimin hanya menguap dan memerhatikan aku memilih buku.

"lama lagi ke jaemy? bosanlah kat sini." rungut jimin.

"kau pergilah bahagian komik, aku nak pilih ni jap." kata aku dan leka membelek buku latihan.

"tak nak lah, mood aku sekarang tak nak pegang benda bernama buku walaupun komik sekalipun."

aku abaikan rungutan jimin dan sibuk mencari buku fav aku.

"kau lebih suka buku dari aku ke?" tanya jimin.

aku tak berapa jelas nak dengar sebab leka pilih buku.

"ha? apa kau cakap?" tanya aku hairan yang pasti ayat tadi seakan-akan macam-entah lah.

"dah dah aku bawak kau pergi sini bukan nak jumpa buku." jimin ambil buku dari tangan aku dan letak balik di tempatnya lalu menarik aku keluar dari kedai itu.

exam paper | jimin.Where stories live. Discover now