:: 35

2.9K 497 41
                                    

𝐌𝐈𝐍𝐇𝐄𝐄

aku memerhatikan jimin menyentuh bahu jaemy, mereka kelihatan seperti berbincang tentang sesuatu.

aku selalu intip dorang tak kira kat mana pun, kadang-kadang hati aku sakit tengok dorang rapat.

jimin baru kenal 2 bulan pompuan tu tapi dah rapat macam 10 tahun berkawan. aku yang 7 tahun berkawan dengan jimin pun tak rapat macam tu.

jimin tak nampak ke aku suka dia? 7 tahun aku simpan perasaan ni, aku selalu bagi hint kat dia dan taekook pun dah syak aku suka jimin.

dulu aku pendam dan lebih baik berkawan dahulu sebab bercinta boleh rosakkan hubungan.

tapi tu dulu waktu sekolah rendah sekarang aku dah tahun akhir jadi aku akan serius kan hubungan ni.

aku tak pernah terfikir ada perempuan lain selain aku yang boleh rapat dengan jimin.

tapi aku silap, ada orang lebih dari aku iaitu park jaemy.

perempuan yang menyemak dalam kehidupan aku dan jimin.

mata aku membulat kerana ternampak jimin memeluk jaemy dan menepuk belakang jaemy perlahan.

automatik air mata aku bertakung.

d..dia peluk jimin? berani dia..

aku rasa tu cuma pelukkan pemberi semangat tapi mana lah tahu salah seorang simpan perasaan?

macam aku?

aku takut sangat kalau jimin sukakan jaemy, dah lah jimin tu suka pandang semacam kat jaemy.

aku sebenarnya yang kotorkan nama jaemy, aku yang hantar sticky note tu untuk buat jaemy bencikan jimin dan menjauhi jimin.

sebab apa aku buat macam tu?

aku bencikan perempuan tu, dia tak layak disanjungi sebab kepandaian.

aku perasan muka jaemy memerah dan malu.

jangan cakap dia..? mula sukakan jimin?

tak mungkin!

aku menahan kemarahan aku, aku takkan biarkan perempuan bongkak tu rampas jimin.

aku dah buat keputusan,

aku akan confess perasaan yang aku simpan 7 tahun ni.

tunggulah jaemy aku akan rampas jimin balik dan aku takkan biarkan kau berkawan dengan jimin lagi.

༺❀༻

𝐉𝐀𝐄𝐌𝐘

aku baring di atas katil sambil teringat jimin memeluk aku tadi, automatik aku rasa malu dan blushing.

aku tak pernah rasa macam ni, sekarang aku selalu fikirkan jimin. tak kira masa makan, tengok tv, study dan buang air besar pun!

jangan cakap aku jatuh cinta dengan jimin lepas aku tahu dia mamat berhoodie hitam tu?

andwaee jaemy! dia kawan kau! takkan kau nak suka dia? baru tahun ni kut jumpa.

exam paper | jimin.Donde viven las historias. Descúbrelo ahora