dia memain ke apa? aku mencebik dan menyepak batu di atas tanah.

eh kejap jimin ada suruh hoobae panggil aku ke suruh datang sini?

tiba-tiba aku terdengar suara mengerang kesakitan dari arah bilik stor sukan dan terus aku berlari ke sana.

suara tu makin kuat dan jelas ditelinga aku. aku dah mula rasa takut sebab stor sukan ni agak keras sebenarnya.

aku beranikan diri dan perlahan-lahan tolak pintu stor sukan. mata aku membulat kerana ada lelaki bersandar di dinding dengan wajah yang menahan kesakitan.

"jungkook!" aku pergi dapatkan jungkook yang lemah.

muka jungkook pucat lesu seperti menahan sakit dan memegang perutnya.

"k-kenapa ni jungkook? kau okay tak-"

jungkook dengan tiba-tiba tarik aku ke dalam pelukannya dan aku agak terkejut.

"j-jungkook? apa ni lepaslah." aku gelabah dan cuba tolak jungkook tapi tak berdaya sebab jungkook tak nak lepaskan aku.

jungkook peluk aku semakin erat, dia kelihatan sangat sakit. aku rasa dia peluk aku untuk kurangkan rasa sakit dia.

tak tahu la betul ke tidak, aku tak tolak dah sebab dia nampak macam nak mati je.

"t-tolong a-aku-sakit..." kata-kata terakhir jungkook dan dia pengsan semasa memeluk aku.

okay aku ada dua masalah sekarang jungkook pengsan dan jungkook ni berat macam bapak gajah.

siapa nak angkat dia woi!

"nice jungkook kau memang pandai berlakon, ya teruskan peluk jimi tu dan aku pasti gambar ni akan musnahkan park park couple." kata minhee sambil mengambil gambar jimi dan jungkook berpelukan.

༺❀༻

aku gunakan seluruh tenaga aku papah jungkook pergi bilik rawatan, gila berat sia anak jeon ni makan besi ke apa.

aku membiarkan jungkook baring di atas katil, apa benda lah dia buat kat bilik stor tu sorang-sorang. nasib aku ada tadi kalau tak ha mati kering jungkook kat situ.

oh ya aku terlupa! jimin mesti tengah cari aku sekarang.

aku keluar dari bilik rawatan dan tinggalkan jungkook bersendirian, pepandai lah dia ubati diri sendiri nanti bila bangun.

jungkook bangun perlahan dan memandang pintu bilik rawatan ditutup.

"mianhae jimi-ah aku terpaksa buat macam ni..." kata jungkook dalam nada sedih.

༺❀༻

𝐉𝐈𝐌𝐈𝐍

aku mencari jimi di merata tempat. tiada di kelas, kantin dan sekitar kawasan sekolah.

mana dia ni tadi dah cakap dah nak jumpa kat belakang dewan.

aku berada dalam kelas sebab waktu belajar sendiri dah tamat tapi jimi masih tak masuk kelas lagi.

aku tanya saewon dan classmate lain mana jimi tapi hampa semua geleng kepala, saewon cakap jimi duduk kelas je tadi.

jimi masuk ke dalam kelas dan nafas dia tercungap-cungap macam baru lepas berlari je.

exam paper | jimin.Where stories live. Discover now