Nik mengedip-ngedipkan matanya mendengar syarat-syarat yang dikemukakan oleh Harris. Otaknya ligat berfikir dan menganalisis. Syarat pertama, okey. Syarat kedua pun okey. Syarat ketiga tu Ya Allah beratnya. Nik menelan air liur. Mampu ke dia? Syarat keempat, tiada masalah. Hati dia pun sudah mula menerima qada' dan qadar Allah.

Nik menoleh memandang ke arah Tan Sri Irwan, cuba untuk meminta pendapat. Tanda senyuman dan anggukan daripada Tan Sri Irwan membuatkan Nik lebih yakin dan seterusnya bersetuju untuk menerima syarat-syarat yang dikemukan oleh Harris. Terpaksalah dia terima.

Setelah menandatangani surat perjanjian tersebut, Harris menghulurkan tangannya dan huluran disambut dengan senyuman. In shaa Allah, Nik boleh. Dia yakin yang dia boleh. Allah akan beri sesuatu kepada hambaNya mengikut kemampuan dan bukan melebihi kemampuan hamba-hambaNya.

Nik tersenyum kecil apabila mengimbas kembali kenangan 'manis' dia bersama Harris. Mungkin Harris selaku sepupu yang paling sulung mempunyai alasan dia tersendiri. Mungkin. In shaa Allah, selepas ini hubungan dia dan Harris semakin pulih.

"Sekarang ini, acara memotong kek pula. Dipersilakan para pengantin untuk ke hadapan," sekali lagi, MC bersuara memanggil para pengantin untuk berdiri di hadapan kek pasangan masing-masing. Apabila Harris, Husna, Ilyahani dan Nik sudah berdiri di hadapan kek mereka. "Satu, dua, tiga!" Dengan bacaan bismillah, masing-masing memotong kek diiringi dengan tepukan orang ramai.

Kek bertukar tangan, acara suap-menyuap pula. Masing-masing dengan telatah masing-masing di mana Harris disuap oleh Husna walhal sepatutnya Harris menyuap Husna. Cit mengada. Dah nak jadi ayah orang pun mengada lagi. Nik pula menyuap Ilyahani, mukanya kadang-kadang dikalihkan kerana malu yang teramat. Alololo comelnya diaorang ni haih. Untung Ilyahani em.

Dari sekeping gambar jadi berpuluh malah beratus. Itulah detik-detik manis yang sempat dirakam oleh jurugambar profesional daripada agensi-agensi yang terkemuka. Lagu Bayang dan Luluh daripada Khai Bahar mula memenuhi ruang dewan. Penyanyi jemputan seperti Haqiem Rusli, Aiman Tino dan juga Hael Husaini turut menyanyikan lagu masing-masing.

Anak-anak dara mahupun janda berhisteria di dalam dewan tersebut. Ini belum jemput Mario Maurer dengan Jirayu Tangsrisuk lagi. Kalau jemput, mungkin Husna dan Ilyahani meroyan. Yalah, Husna kan minat lelaki ala-ala Thailand ni, Ilyahani pula lagi minat. Fuh. Mahu berang Harris dibuatnya.

Selepas majlis sandingan berakhir, Harris dan Husna terus ke bilik mereka untuk beristirahat. Sebenarnya Husna yang penat tapi itulah Harris sengaja tumpang sekaki tapi disebabkan Husna ni budi bahasa orangnya, dia suruh Harris pergi bersalaman dengan orang yang hadir sebagai wakil dia dan Harris. Harris turutkan sahaja tapi dengan hadiah yang berupakan ciuman. Cit cit. Menyampah aku.

Nik dan Ilyahani masing-masing bersalaman dengan tetamu yang hadir dan mengucapkan terima kasih. Mereka menerima begitu banyak pujian dan doa agar mereka berbahagia sehingga ke syurga. Aamiin, mereka mengaminkan di dalam hati bersama senyuman yang menghiasi wajah.

Selepas menerima banyak pelawaan untuk berswafoto, akhirnya mereka dapat berehat setelah semua tetamu sudah balik. Mujur sahaja keluarga Ilyahani dan Nik memahami dan menjadi sukarelawan untuk menguruskan dewan. Nik baru sedar bahawa kahwin ni sangat penat. Cukuplah kahwin sekali. Dengan senyuman, dia menoleh ke arah Ilyahani. Ilyahani turut membalas.

Aku jeles.

***

"Assalamualaikum," sapa Nik sebaik sahaja masuk ke dalam bilik mereka berdua. Kopiah berwarna putih diletakkan di atas meja solek, dia baru sahaja selesai duduk berbual-bual di ruang tamu setelah solat Isyak tadi manakala Ilyahani sudah naik ke atas untuk membersihkan diri.

Psycho Of LoveWo Geschichten leben. Entdecke jetzt