#37

70.9K 3.2K 344
                                    

Harris POV

Aku tak tahu nak bermula daripada mana tapi--

"Ha. Awak nak cakap apa sampai heret saya ke sini?" Soal bidadari syurgaku sambil bercekak pinggang. Alolo tomeynya dia. Aku segera mengorak langkah ke arahnya dan pinggang yang masih ramping itu aku tarik. Tarik membawa rapat ke tubuhku. "Hm. Aku nak mengadu ni."

Husna mengangkat kening. Mungkin pelik dengan nada yang aku gunakan seakan-akan merengek dan seperti budak kecil. Namun, dia masih setia memandangku. "Ngadulah. Orang tak halang pun." Katanya lagi. Aku mulai menarik senyuman. Ini semakin sayang ni. Aku segera tarik dia untuk duduk ke atas katil. Okey, buat pengetahuan korang, ini bilik aku. Semua dalam bilik dekat rumah ni, bilik aku kecuali bilik mama dan ayah. Faham?

"Aku nampak lelaki yang kita jumpa kat parking lot haritu. Yang panggil kau taman syurga tu."

"Oh. Saya pun nampak. Jadi?"

Aku memandang wajah Husna lama dengan pandangan yang tajam. Jadi dia kata? Jadi? Fuh. Panaih hati wa ni. "Jadi, aku tak suka kalau kau nanti acah peramah dengan dia." Aku sengaja menekankan suara aku. Biar dia takut sikit. Heh. "Okey," itu sahaja balasan si dia. Dah. Aku tak mampu kata apa-apa dah. Semenjak dia mengandung dia, dia lebih cool daripada aku tau.

Sudah malas layan aku, sudah tak manja-manja atau lembut macam dulu. Semua lain!

Ini memang pembawakan budak atau apa?

Aku sedih tau!

"Kau ni kan.."

"Apa lagi? Ha awak ni. Takkan nak duduk dalam bilik je. Jomlah keluar. Ni kan tahlil arwah opah. Cepatlah," gesa Husna sambil menarik-narik tanganku seperti budak kecil. Aku sengaja menahan badanku supaya tak bergerak walau seinci pun. Sengaja nak manja-manja dengan dia lebih lama lagi.

Di tempat yang sunyi seperti ini.

Hehe.

Tiba-tiba tangan dilepaskan. "Sudahlah. Awak bukan budak kecil lagi yang saya nak heretkan. Dah besar. Dah tua dah pun. Pandai-pandailah awak pergi nanti. Saya nak turun dulu. Apa-apa jangan cari saya, cari sendiri." Seudah dia mengomel, dia teruskan meninggalkan aku yang masih terkebil-kebil. TIDAK! MANA HUSNA AKU YANG DULU?! KEMBALIKAN DIA YANG DULU!

"Oh lupa. Kalau sesiapa tanya, cakaplah isteri awak yang comel ni nak turun dulu. Nak tolong apa patut. Tau tau."

"Hm."

Sejurus itu, pintu ditutup rapat. Heh. Bukan nak pujuk aku. Tak apa tak apa. Kita tengoklah nanti siapa yang pujuk siapa. Muehehe.

***
Apabila Harris keluar daripada biliknya, dia melihat sudah ramai orang yang berkumpul di ruang tamu. Maksudnya, sudah ramai orang yang datang. Harris mendekati beberapa orang yang memakai baju hitam.

"Assalamualaikum." Sapa Harris dengan nada dinginnya. Kedua-dua tangan diletakkan ke belakang. "Waalaikumsalam." Serentak mereka menjawab. Oh. Budak sekolah rupanya. Harris berdehem. Wajah satu satu dipandang. "Korang pakai baju hispter ni nak pergi mana?"

"Em. Nak pergi tahlil lah."

"Haah."

"Kenapa bang? Salah rumah ke?" Tanya salah seorang dengan soalan yan sungguh suci murni.

Harris menggeleng perlahan. "Eh tak adalah. Tak salah rumah cuma em. Maaf, aku sebagai tuan rumah tak begitu berkenan kalau korang pakai baju warna hitam. Kita sebagai umat Islam sepatutnya pakai baju warna putih. Bukan ke masa kita meninggal nanti kita dipakaikan kain kafan ke? Warna kain kafan apa?"

"Putih," jawab mereka serentak secara meleret. Mungkin sedikit menyampah dengan Harris. "Tahu pun. So, aku minta dengan cara baik. Tolong tukar baju? Nanti datang sini balik ya." Setelah itu, Harris terus berlalu. Bukan apa, ini majlis tahlil tau bukan nak pergi mana pun. Harris tak suka dengan adat sekarang. Mengamalkan pakaian serba hitam apabila ada kematian walhal, sebagai umat Islam kita digalakkan memakaian pakaian yang putih.

Psycho Of LoveWhere stories live. Discover now