#24

72.5K 3.4K 195
                                    

Harris melonggarkan tali lehernya yang berwarna biru gelap dan dicampakkan ke tepi. Dia memejamkan matanya sambil menyandarkan kepalanya. Suhu pendingin hawa yang bernombor tiga itu dibiarkan. Dia memang perlukan kedinginan saat ini kerana hatinya panas. Sangat panas.

Apa masalah atuk dan ayahnya sekarang ini? Dia bukannya sakit mental sampai kena jumpa doktor psikologi atau psikatrik. Dia manusia normal. Kalau tak normal, macam mana jawatan Chief Excutive Officer a.k.a CEO boleh disandang oleh dia? Betul tak? Itulah masalah atuk dan ayah yang dia sendiri tidak faham.

"Ergh!" Stereng kereta diketuk dengan kuat. Tiba-tiba telefon pintarnya berdering. Harris menjeling sekilas lalu menutup telefonnya. Panggilan daripada Husna.

***

Husna memandang pelik ke arah telefonnya. Kenapa tak boleh hubungi Harris ni? Nombor Harris didail sekali lagi namun hampa. Beberapa kali nombor Harris cuba dihubungi namun gagal. Husna mengetap bibirnya. Ada apa-apa terjadi dengan Harris ke? Harris masih terasa dengan dia ke? Aduh masalah kalau dapat suami macam ni.

Husna meletakkan telefon pintarnya di atas meja kembali. Dia melihat ke arah jam. Dah hampir pukul 9 malam. Lambat lagi ke Harris balik ni? Haih. Husna baring di atas sofa sambil menonton televisyen. Entah kenapa matanya tiba-tiba menjadi berat dan semuanya gelap.

***

Harris memberhentikan keretanya di salah satu tempat letak kereta. Kot yang tersarung di badan dibuka dan dicampak di seat sebelah. Tali leher dibuka dan dicampakkan di tempat yang sama. Dia melipat lengan baju ke atas dan berlalu keluar.

Satu tempat yang dia tuju untuk buat satu perkara yang dia tak pernah hendak.

***

Husna mengerutkan dahinya apabila dia merasa kesakitan di bahagian belakang. Sekali, dua kali, sakit itu semakin menjalar di bahagiannya. "Awak," ujar Husna lemah. Dia mengetap bibirnya menahan esakan yang keluar dari mulutnya.

"Kau menangis, aku buat lagi teruk." Suara itu mula memberi amaran. Husna hanya mampu mendiamkan diri agar esakan tidak keluar dari mulutnya. Namun, apabila kesakitan yang kali keempat menjengah, terlepas juga esakannya. "Please stop!" Husna mula menangis. Dia sudah tidak tahan. Pukulan yang kena tepat di bahagian belakangnya amat menyakitkan.

Husna cuba melepaskan tangannya daripada gari tersebut namun memang mustahil melainkan ada kunci. "Kau nak lepaskan diri ke ha sayang?" Soal suara itu. Husna menutup mata dengan penuh ketakutan. "Cubalah kau lepaskan diri. Aku nak tengok sejauh mana kau mampu." Kemudian, suara itu ketawa sinis. Semakin lama semakin kuat dan semakin menghampiri Husna.

"Arghh!!!!" Jerit Husna. Dia mula bangun dan memandang sekeliling. Masih di ruang tamu. Dia melihat badannya. Tiada apa-apa. Husna menarik nafas lega. Alhamdulillah, cuma mimpi. Husna terdiam sebentar sambil mengingatkan kembali mimpinya. Pasal apa mimpi dia tu? Kenapa dia mimpi macam tu?

Siapa lelaki yang masuk dalam mimpi dia? Lelaki yang dera dia? Siapa? Jantung Husna berdegup kencang. Dia rasa lelaki itu sangat rapat dengannya tapi siapa? "Harris?" Nama itu terpacul di bibir Husna secara tiba-tiba. Husna senyap lalu menggeleng. "Tak. Tak mungkin." Husna segera memadam prasangka buruknya terhadap Harris.

"Harris." Apabila mengingati Harris, Husna segera bangkit dari situ dan mencapai telefonnya. Nombor Harris didail.

Tuut.. tuut..

Tuut..tuut..

Tuut..tuut..

Husna mematikan panggilan. Mana Harris ni? Dah nak pukul 11 pun tak balik lagi. Husna mengeluh perlahan. Dia hanya mampu memandang ke luar tingkap. Dari jauh dia melihat ada lampu kereta. Apabila kereta itu semakin dekat, Husna tahu. Tu Harris! Cepat-cepat dia membuka pintu dan pagar.

Psycho Of LoveWhere stories live. Discover now