#2

150K 6.4K 1.1K
                                    

Bunyi interkom mematikan perbuatanku. Aku terus menekan punat hijau. "Ya?"

"Weh, ada mamat hensem cari kau do! Muka macam lelaki Thailand ah!"

Huh? Thailand? Orang asing sesat mana ni?

"Hm. Okey. Suruh dia tunggu kejap," jawabku sambil melepaskan punat. Aku terus mengangkat punggungku dari kerusi. Banyak lagi benda belum buat. Laporan minggu lepas dengan minggu ni belum siap! Ah, tidak!

Aku terus ke ruang menunggu. Ada seorang lelaki lengkap berpakaian kot membawa sejambak bunga membelakangiku. Okey, artis mana pula ni? Fattah Amin ke Charlie Puth? Please, jangan perasan.

"Encik?" tegurku. Lelaki di hadapanku berpusing 180°. Oh, tidak! Harris betul-betul mengotakan janji!

Cuma, dia dah berubah. Penampilan dia berubah. Cermin mata dia berwarna hitam dibuka. Memang bergaya. Boleh buat iklan ni.

Dia memberikan aku senyuman. Senyuman yang terlampau manis. "Hai sayang"

Aku hanya tersenyum biasa. Dia memberiku sejambak bunga. Aku menyambutnya. "Thanks Harris," ucapku. Dia mengangguk.

"So, how I am today? Looking good?"

"Looking so good," pujiku ikhlas. Betul apa. Dia dah jadi lelaki Thailand. Tapi, kalau jadi Mario Maurer pun best juga kan?

Apa kau merepek ni Husna? Nak kena ke dengan Harris?

Relaxlah. Aku gurau sorang-sorang je kot.

"Husna, jom keluar jalan-jalan nak?"

"Hm. Bukan tak nak Harris tapi Husna banyak kerja. Laporan minggu lepas dengan minggu ni belum siap. Hari ni dateline. Sorry sangat-sangat Harris," ujarku sambil membuat muka simpati. Harap-harap dia bagi.

Rasa macam dia pula suami aku kan?

Atau aku ni terlalu melayan dia?

Hm. Entahlah.

"Kerja? Tak habis-habis dengan kerja!" dia mula menengking. Ya Allah, janganlah dia buat perangai kat sini.

"Harris..bukan macam tu..Husna--"

"Don't called yourself Husna!"

"Harris, tolong saya kali ni. Tolong fahami saya. Saya betul-betul tak ada masa. Lepas kerja siap, kita jalan-jalan okey?"

Aku cuba memujuk dia. Kalau tak berhasil, entahlah. Dia senyap. Dia memandang wajahku dingin. Akhirnya, dia mengangguk.

"Okey. Aku jemput kau pukul 6 petang nanti. Kau tak ada kat bawah, siap kau," dia terus berlalu pergi. Aku hanya diam.

Aku berlalu ke ruanganku dan terus menyiapkan kerja.

"Weh siapa tu?" soal rakan sekerjaku, Elly.

"Kawan," jawabku acuh tak acuh. Tangan masih ligat merangka laporan minggu ini. Nanti tinggal taip sahaja.

Elly mengangguk. "Hensem gila kan kawan kau tu. Dia kacukan ke?"

"Tak," balasku ringkas.

"Kenalkan aku dengan dia weh"

Aku berhenti menulis. Dahi dikerutkan. "Kau minat kat dia ke?"

Elly mengangguk laju lantas tersenyum.

"Boleh. Aku boleh kenalkan kau dekat dia. Tapi first sekali, sila tinggalkan aku sendirian sekarang ni sebab aku nak buat kerja dan kau, tolong siapkan kerja kau. Pukul 6 nanti kita turun sama-sama. Jumpa dia. Okey?"

Psycho Of LoveWhere stories live. Discover now