Cho Rong memutuskan panggilan dan mendail nombor Seok Jin.

Di rumah Kim Seok Jin...

Mereka masih sibuk menyiapkan kek untuk parti nanti. Nam Joo dan Eun Ji ada juga untuk menolong mereka. Loceng rumah berbunyi.

Mereka berempat terdiam seketika. " Nam Joo-ah, tengok siapa yang datang. ", arah Seok Jin. Nam Joo hanya patuh dan menuju ke tingkap depan untuk melihat siapa.

Hup! Dia bergegas semula ke dapur. " Tae Hyung datang! Macam mana ni? ", soal Nam Joo dengan suara perlahan. Semua mula gelabah apabila mendapat tahu Tae Hyung datang.

Tae Hyung di luar masih menekan loceng rumah hyungnya. Masih tiada yang menyahut. Dia lihat kereta Seok Jin tersadai di porch. Pagar pula dikunci dan dimangga. Mungkin tiada orang.

Akhirnya, dia mengalah. Dia kembali ke keretanya. Ahli Bangtan yang lain juga ditelefon tapi tiada siapa yang jawab. Dia membuat keputusan untuk pulang ke rumah saja. Mungkin Cho Rong sudah pulang ke rumah.

Dia menghidupkan enjin dan mula pergi dari situ. Nam Joo yang sedang mengintai Tae Hyung kembali ke dapur semula.

" Dia dah pergi.", ujar Nam Joo lega. " Baik kita siap cepat. Ho Seok, guna kereta kau. Cepat! ", arah Eun Ji.

Seok Jin siap membungkus kek itu ke dalam kotak. Dia mengambil pisau khas. Mereka kunci pintu dan mula pergi dari rumah Seok Jin.

Bo Mi yang sarat mengandung masih sibuk memilih busana untuk kawan-kawannya. Nam Joon pula sudah selesai memilih untuk ahlinya. Apabila siap membayar, mereka masuk ke dalam kereta dan menuju ke kawasan rahsia.

Semua telah berkumpul di kawasan tadi. " Perempuan boleh tukar baju dulu. Kitorang uruskan tempat ni dulu. ", arah Yoon Gi. Dia telah siap membuat dekorasi khas untuk rumah itu.

" Ji Min-ah, telefon Chan Yeol oppa untuk datang sini. Ajak semua datang. Oh ya. Suruh Tae Hyung pakai tuxedo yang Cho Rong dah letak dekat almari. ", ujar Bo Mi sebelum menyalin pakaiannya.

Chan Yeol mula bersiap-siap dan membetulkan sedikit rambutnya. Tae Hyung yang baru pulang terbau minyak wangi Chan Yeol. Dia segera naik ke bilik Chan Yeol.

" Hyung nak ke mana? ", soal Tae Hyung. Melihat Chan Yeol yang sudah berpakaian segak, mesti mahu ke sebuah majlis. " Memandangkan kau dah balik, pergi mandi lepas tu, panggil aku. Nanti aku cakap. Pergi! ", arah Chan Yeol.

Dia dihalau menuju ke biliknya. Tae Hyung sudah selesai mandi. Tiba-tiba dia ternampak Tuxedo hitam kebiruan tergantung di almari dan beberapa aksesori lain.

Dia pelik. Mana datang tuxedo itu? Chan Yeol hyung punya ke? Dia hanya memakai dan bersiap. Tae Hyung keluar dari bilik. Dia melihat Chan Hee dan Min Ra juga sudah siap dengan dress hitam dan putih. Da Woo juga memakai dress yang comel berwarna pink pastel.

Chan Yeol baru habis berbual dari telefonnya. Mungkin kawan. " Jom kita pergi. ", ajak Chan Hee.

Tae Hyung ditarik Chan Hee dan masuk ke dalam perut kereta. Chan Yeol hanya memandu dalam keadaan senyap. Min Ra sibuk dengan Da Woo manakala Chan Hee sibuk dengan telefon.

When Kingka and Queenka Married [K.T.H]✔Where stories live. Discover now