41. Loving You

607 33 1
                                    

First at all, i'm not remembered the storyline but i'll try my best.

Chan Yeol berulang-alik menunggu ketibaan adiknya serta kawan-kawannya. Tiba-tiba matanya tertancap kearah seseorang yang berpakaian serba hitam yang tidak jauh dari tempatnya.

Dia mendail nombor seseorang.

" Annyeonghaseyo. Ni aku, Chan Yeol. Aku perlukan bantuan kau. Ya. Sekarang. Dekat Incheon Airport. Ya. Aku tunggu. Okey thank you. "

Setelah menamatkan panggilan, dia memerhatikan orang tersebut. 'Pakai serba hitam ni dah kenapa? Ni buat aku naik musykil ni. Tak boleh jadi.', gumam Chan Yeol.

Dia menaip sesuatu pada papan kekunci telefonnya lalu ditekan SEND kepada seseorang.

Cho Rong yang sudah tiba di lapangan terbang Incheon segera melihat telefon bimbitnya. Dia menerima mesej ringkas dari Chan Yeol. Dia faham lalu menyimpan semula telefon kedalam beg.

" Korang, apa kata kita rehat dekat cafe sekejap? Abang aku kata dia lambat sikit. Jom? ", ajak Cho Rong. Dia terpaksa menipu untuk mengalihkan perhatiannya. Yang lain hanya turuti permintaannya.

Lagipun, ia mengambil beberapa jam dari Australia ke Korea Selatan.

Cho Rong, ajak kawan-kawan pergi cafe sekejap. Ada orang lain tengah tunggu korang. Yang pasti, dia bukan ahli keluarga dari kawan2.

———–––––––––––––

Hee Yeon kembali diikat pada kerusi. Yi Fan mengeluarkan telefonnya dan ditujukan kepada Hee Yeon.

"Apa?", soal Hee Yeon pelik. "Bagitahu nombor telefon dia.", ujar Yi Fan terus. Hee Yeon terpaksa memberitahu telefon Hyung Sik kepada Yi Fan kalau mahu hidup.

Hyung Sik melihat skrin telefonnya yang berbunyi. Nombor private? Segera dileret ketepi lalu dijawab.

Hyung Sik!

Yes? Who are you?

Ni aku, Hee Yeon. Kau dekat mana?

Aku dekat Aussie lagi. Tersekat sebab flight tangguh esok. Why? Kau dekat mana?

Aku... Aku masih je dekat sini. Jaga Chan Hee.

Bagus. Aku nak kau jaga dia sampai aku datang. Dia satu-satunya harapan untuk hancurkan Cho Rong dan Tae Hyung. Aku nak letak ni. Okey bye.

Hyung Sik terus matikan panggilan tanpa ragu-ragu. Yi Fan yang telah merekod panggilannya dengan Hyung Sik segera matikan panggilan.

"Aku dah buat apa yang kau nak, kan? Lepaskan lah aku. ", rayu Hee Yeon. Yi Fan memandang ke arah Hee Yeon tanpa perasaan.

" Okey. Aku lepaskan kau. Tapi lepas kawan kau balik sini, baru aku lepaskan kau dwkat pihak polis. Aku nak keadilan. Kau akan dituduh bersubahat untuk membunuh dan kes mendiang Jessica Jung. Kau jangan ingat lepas apa kau dah buat, aku lepaskan kau macam tu je. ", ujar Yi Fan dengan nada geram.

Hee Yeon menelan air liurnya kesat. Apa? Polis? Bersubahat? Kes Jessica? Macam mana ni? " Yi Fan, please aku merayu dekat kau. Jangan laporkan aku dekat polis. ", rayu Hee Yeon bersungguh-sungguh.

Rekoder telefon dihidupkan.

" Jadi bagitahu aku kenapa kau bunuh mendiang Jessica dulu dan kenapa kau nak sangat dekat Kim Tae Hyung sampai sanggup mencuba membunuh? ", soal Yi Fan.

When Kingka and Queenka Married [K.T.H]✔Where stories live. Discover now