Special Part

730 45 3
                                    


Assalamualaikum! Annyeong yeorobun-deul! Macam mana ending? Tak best? Tergantung kan? Haa! Sempena birthday our Tae Tae, jom layan special part

W H E N K I N G K A A N D
Q U E E N K A M A R R I E D 🌸

--------------

Cho Rong memandang lesu anak sulungnya yang sibuk bermain anak patung dihadapannya. Tae Hyung hampir putus asa memujuk isterinya untuk mengalas perut.

" Chagiya, kenapa ni? Dah sebulan macam ni. Kurus keding je. Tak kesian ke anak tengok mak jadi tengkorak hidup? ", Tae Hyung cuba membuat lawak. Tapi, hambar.

Sudah sebulan Cho Rong berkelakuan sebegitu. Selalunya, dia ceria dan suka menggila walaupun sudah melahirkan Kim Da Woo. Tapi, sejak menjak ini dia selalu lesu, suka marah dan tidak mahu makan.

Chan Yeol juga pening memikirkan cara untuk memberi dia makan. " Chagi, marilah makan. Sikit pun jadilah. ", pujuk Tae Hyung.

Cho Rong memandang Tae Hyung tajam. " Jangan sentuh akulah! ", jerkah Cho Rong. Dia bangun dan mengambil kunci kereta kemudian pergi dari situ.

Chan Yeol dan Tae Hyung memandang sesama sendiri. Chan Hee dan Min Ra turun dari bilik setelah mendengar suara kakaknya yang menjerit tadi. Mereka mendekati Da Woo yang bermain sendirian di laman.

" Kau buat apa sampai eonnie marah macam tu? ", soal Chan Hee. Min Ra mendukung Da Woo. " Tak pernah-pernah dia melenting macam tu. Ni mesti ada sesuatu kau buat sampai dia marah. ", ujar Min Ra.

Tae Hyung mula berfikir. Dia pernah melakukan sesuatu ke sampai isterinya sebegitu? Dia mahu meminta tolong pada Chan Yeol tapi dia sudah pergi.

Mahu minta dengan 2 beradik ni, lagilah.

----------

Cho Rong memberhentikan kereta di kawasan yang terpencil. Nombor Ji Min dicari.

Hello? Ji Min-ah! Dah siap ke?

Belum lagi. Aku dengan Jung Kook je ada sekarang dekat sini. Na Eun dengan Ha Young kata nak ke pasaraya. Beli barang untuk parti nanti.

Oh. Kejap lagi aku sampai. Aku nak pergi tempat lain lagi ni. Okey bye.

Cho Rong memutuskan panggilannya. Dia keluar semula dari kawasan itu dan menuju ke suatu tempat. Dia perlu rancang semua agar berjalan lancar.

Sampai saja di hadapan sebuah kedai hiasan, dia mula memakai topeng hitam dan topi hitam untuk mengelakkan dirinya di cam.

Dia keluar dan menutup pintu. Cho Rong melangkah masuk ke dalam. Dia memilih 'barang' yang penting saja. Matanya tertancap ke arah 7 anak patung yang memeluk antara satu sama lain. Tanpa berfikir, dia mengambil anak patung itu dan mula membayar.

Telefonnya berdering. Nombor Chan Yeol tertera di skrin. Dia mula memakai earphone dan mengangkat panggilan.

Yes oppa? Ada apa-apa ke?

Yes. Kita ada masalah. Tae Hyung keluar dan pergi rumah Seok Jin. Bukan Seok Jin dengan Ho Seok dekat situ ke?

Haahlah! Kenapa oppa tak halang dia? Aduh!

Eh? Salah kita pulak. Kira bagus tau oppa tak bagitahu kenapa kau jadi macam tadi.

Hisy! Kejap. Cho telefon Seok Jin. Okey. bye!

When Kingka and Queenka Married [K.T.H]✔Where stories live. Discover now