Setelah lama kami menunggu kepulangannya, akhirnya dia kembali tetapi bukan keseorangan. Dia membawa seorang gadis yang tidak ketahui asal-usul bersama iaitu ibu kamu. Makcik lihat perangai ayah kamu sudah berubah seperti dahulu.

Dia kembali tersenyum setelah berjumpa dengan ibu kamu. Kehadiran ibu kamu itu bagaikan cahaya yang menerangi kegelapan dalam dirinya.

Raja Sillviant pada awalnya tidak membenarkan ibu kamu tinggal di sini. Setelah puas dipujuk oleh ayah kamu dan makcik, akhirnya dia mengalah. Hari demi hari mereka berdua semakin rapat dan perasaan cinta mula bercambah. Sehinggalah mereka menyuarakan hasrat untuk berkahwin. Raja Sillviant menentang sekeras-kerasnya kerana ibu kamu bukan berasal dari dimensi ini. Ibu kamu dari dunia lain.

Namun begitu, ayah kamu tetap dengan pendiriannya. Dia tegas mahu berkahwin juga. Mereka mula bertengkar dan ayah kamu telah dihalau oleh Raja Sillviant. Mereka pergi membawa diri."

Sophea berhenti setelah bercerita dengan panjang lebar. Dia tersenyum seraya mengusap lembut rambut hitam milik, Irene.

"Makcik kenapa berhenti?" soal Irene pelik. Tengah syok mendengar tiba-tiba je berhenti? Pergh! mana boleh. Dia menayangkan muka tidak puas hati.

"Hehehe ... kita sambung. Raja Sillviant, berasa sangat kesal dengan tidakannya. Kemudian dia jatuh sakit sehinggalah hembusan nafas yang terakhir. Makcik terasa sangat pilu kerana satu persatu orang yang aunty sayang telah pergi. Makcik tinggal keseorangan dan mengambil alih pemerintahan negara.

Setelah lima tahun berlalu, mereka kembali ke sini secara tiba-tiba dengan membawa kamu. Tetapi itu hanya sementara, selepas tiga hari di sini mereka tergesa-gesa keluar dari sini. Katanya ada urusan yang hendak diselesaikan dan sampai sekarang makcik  tak dapat sebarang berita tentang mereka.

Itulah kali pertama dan kali terakhir aunty berjumpa dengan kamu.Tiba-tiba saja hari ini kamu muncul dan aunty macam tidak percaya."

Sophea memalingkan muka. Tangannya laju mengelap air mata yang hampir tumpah. Irene mula terasa serba salah. Dia menagis?

"Maaf makcik." ucapnya perlahan. Sophea mengangguk seraya tersenyum manis tetapi senyuman itu nampak hambar di mata, Irene.

"Jadi ... mana mereka?" rambut coklat disisir ke belakang. Irene mengemam bibir.

"Saya ... tak tahu ke mana mereka pergi, makcik."

"Habis itu?"

"Saya tidak tahu, yang pasti saya tinggal dengan seorang nenek di Willard. Dia menjaga saya seperti saya ini cucu kandung. Semasa saya berumur 15 tahun, dia pergi kerana sakit tenat. Selepas itu, saya tinggal sebatang kara." beritahu Irene dengan perlahan.

"Mana mereka?"

"Tak tahu," Irene menunduk ke bawah. Belakang tangan mengosok laju matanya. Damn ... mata! jangan menagis!

"Hm ... tak apalah, makcik faham."

"Terima kasih,"

Sophea membalas dengan senyuman lalu memgusap perlahan rambut Irene. Pada masa yang sama dahinya berkerut, baru dia terperasankan sesuatu.

"Bukan ke rambut kamu warna merah?" Irene mendongak, dan membuat muka hairan.

"Merah? setahu saya dari dulu lagi rambut ini warna hitam." Anak rambut ditarik turun ke bawah, menutupi  bahagian dahi.

Sophea menarik rambut Irene seraya berkata "Rambut kamu memang warna merah masa tu." ujarnya pelik.

Iyelah, pelik bagi dia tapi bagi Irene tak ada yang pelik pun. Apa makcik ni merepek? sepanjang aku hidup rambutnya memang hitam! makcik ni buta warna ke? hitam dikata merah.

"Makcik salah tengok rasanya." Irene menafikan kata-kata Sophea.

Wanita itu mengenggam kedua belah tangan lalu jari telunjuk dikeluarkan. "Ini coklat hazel." Kedua jari dicantumkan rapat.  "Dan ini warna merah. Eh? tak akanlah jadi hitam? pelik nau." omelnya perlahan.

Irene memandang pelik bila melihat kelakuan Sophea yang seperti budak kecil. Eh? apa kena makcik ni? main jari pula. Huh, ingat comel ke?

Tanpa teragak-agak Irene menarik tangan Sophea lalu didekatkan ke mukanya."Makcik, tengok apa?" ujar Irene seraya memicit jari telunjuk Sophea macam orang jakun!

Sophea menarik laju tangannya. "Eerr ... Tak ada apa-apalah. Sekarang dah lewat. Lebih baik kamu masuk tidur. Makcik sudah mengantuk ni,"

"Okay. Selamat malam ,"

Sophea membalas dengan senyuman manis sebelum beredar dari bilik mesyuarat. Irene menghela nafas. Dia menunduk ke bawah. Drycon masih lagi masih tidur. Irene tersenyum sinis. Ekor biru dipegang dan dia mengangkat dekat ke mukanya.

"Pergh ... binatang ini tidur mati ke apa? Aku dah angkat dan terbalikkan macam ni pun, tak bangun lagi ke?" ujarnya seraya menunjal kepala Drycon. Irene mengeleng kepala sebelum bangkit dari tempat duduk. Dia mengatur langkah menuju ke biliknya.

Sesampai sahaja di bilik, dia menutup pintu. Irene merapati katil sambil memandang Drycon yang masih tidur. Dengan selamba badak Irene membaling Drycon ke atas katil. Si Naga melantun dan berguling-guling sebelum jatuh dari katil.

"Aduh!"

"Hahahaha! bangun juga kau," Irene mengekek ketawa. Tubuh dihempaskan ke atas tilam yang empuk.

"Sakit bongok!Apa kau nak!"  marah Drycon sambil merengus kuat. Ia terbang ke atas katil lalu mendarat disebelah Irene yang sedang tersengih sumbing.

"Saja ... sudahlah, aku nak tidur. Hahaha! Kalau nak bergaduh esok-esok jelah."

Irene mencapai batal dan mendakap erat. Ah, best dapat peluk bantal! Dia berguling-guling di atas katil. Apa yang dia rasa adalah lapang kerana salah satu persoalan yang selalu bermain difikiran telah terjawab. Dan sekarang, dia merancang mahu mencari ibu bapanya.

Yeah update juga👏 😄 ingatkn nk buat double update ke an ...tpi wattpad buat hal hari tu.Asal save je hilang.Hilang bukannya sekali tpi berkali-kali pula tu.

Okay ini merupakan chapter terakhir untuk tahun 2017.Thanks semua support saya sampai ke tahap ni.Muah cikit😚hehehe😄

InshaAllah,2018 ni saya hbiskan cerita ni cepat2 dan rancang nak hasilkan satu cerita yang lain dari yang lain.Yeah itu masih dlm perancangan😂Tgh mngkaji.haha!

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now