Ibu.
Datangnya dari syurga,
kembalinya juga ke syurga.
Meninggalkan anak-anaknya,
bergelimpangan di atas dunia.Berlari-lari ke sana sini,
mencari sebuah makna diri
yang sukar tuk difahami
dalam usia sebegini.Damai saja, ibu.
Yakinlah kami akan baik-baik saja.
Biar tersungkur, dihambat rasa sengsara,
kami tetap menjadi anak-anak ibu.
Walau tidak lagi bersama seperti dahulu.Berbaringlah dengan tenang di alam sana.
Puas kau mengerah keringat di atas dunia,
demi menjaga kami sehingga dewasa.
Tanpa pertolongan seorang bapa.Terima kasih ibu,
buat semua kenangan
yang telah kau titipkan,
buat bekalan menuju hari pengakhiran.
![](https://img.wattpad.com/cover/133046693-288-k646135.jpg)
YOU ARE READING
Puisi 2017
PoetryKumpulan puisi bermula dari April 2017 sehingga Disember 2017. Puisi-puisi tentang cinta, keluarga, sahabat, kehilangan, melawan, depresi dan kesakitan.