Dinding Kaca

24 1 0
                                    

Di balik dinding kaca,
tersembunyi wajah bermuram durja.
Jiwa-jiwa dirundung duka,
musnah diragut dunia.

Kehadirannya dipersia,
perginya disorak gembira.
Munculnya dipandang hina,
hilangnya dirai semua.

Jika tidak kerana iman,
pasti sudah lama berpergian.
Menuju negara idaman,
meraih segala kedamaian.

Puisi 2017Where stories live. Discover now