Hilang

15 1 0
                                    

Mungkin malam ini
malam yang terakhir kali,
sebelum berangkat pergi
meninggalkan segalanya di sini.

Tiada apa lagi yang diperlukan
setelah segalanya berantakan.
Bintang-bintang tidak lagi berkelipan,
hilang semua diragut kegelapan.

Gelap,
kabur segala pandangan.
Ke mana lagi arah jalan
yang mahu ditujukan?

Tubuh semakin menggigil,
kematian mulai memanggil,
memujuk diri ke tempat terpencil,
maka, bertemu lah bersama Azazil.

Kecundang di tengah jalan,
separuh nyawa sudah melayang,
untuk apa kehidupan,
jika hanya tinggal harapan?

Mungkin sudah ditakdirkan begini,
perlu apa ditunggukan lagi?
Terserah mahu menggantungkan diri
atau mengelar urat nadi.

Manusia-manusia begini,
hidupnya sepi, di keji, di caci maki.

Benarlah apa yang mereka kata,
manusia begini patut dipandang hina.
berbuat apa saja pasti ada yang tidak kena,
langsung dihumbannya ke dalam neraka.

Apa yang pasti,
dalam fikirannya kini,
hanyalah mati.

Mati,
tinggalkan dunia ini,
menuju ke negara abadi.

Tidak dapat tertahankan lagi,
akalnya seakan tidak berfungsi.
Jiwanya kosong, terlalu kosong.
Rasa sakit yang tidak tertanggung.

Sukar untuk membuat keputusan,
Samada mahu kekal dengan kehidupan,
atau bersemadi bersama kematian.
Bantulah aku, Tuhan.

Rasa cinta yang telah lama hilang,
baru saja ditemukan,
keluarga juga masih kuperlukan,
ditambah pula rakan-rakan.

Buntu,
aku buntu.
Mana lagi arah tuju?

Puisi 2017Where stories live. Discover now