Possession | 5

103K 4.3K 173
                                    

TYA sedar dari lenanya, tubuh diregangkan namun terasa tidak puas apabila pergerakannya terasa amat terhad. Mata dia buka dan yang pertama dia lihat adalah wajah sipemunya tangan yang membelit kuat tubuhnya.

"Harith!" Tya menolak kuat lengan lelaki itu dan bangun dari katil. Api kemarahannya mula menggelegak memikirkan lelaki yang selamba sahaja tidur sekatil dengannya. Kejadian dahulu bukan bermakna lelaki itu boleh buat apa sahaja pada dia!

Itu semua satu kesilapan besar!

"Apa ni Tya." dengus Tengku Harith apabila sedang enak diulit mimpi ditolak wanita itu. Tubuh dibangunkan dan mata dikesat. Sempat dia meneliti jam dinding sebelum mata dialih ke arah Tya. - 3:55 pagi? Sudahlah dia pantang jika tidurnya diganggu.

"Kenapa saya ada dekat sini? Dekat katil awak!" marah Tya lagi. Semakin sakit hatinya melihat wajah selamba lelaki itu.

"Apa? I betul-betul perlukan tidur I sekarang. Come here" arah Tengku Harith sambil menghulur tangan kepada Tya.

Tya menggeleng, senang benar lelaki itu ingin mengarah dia. Siapa lelaki itu mahu Tya ikut apa yang dia katakan? "Saya tanya awak kenapa saya ada dekat sini? Rumah ni, bilik ni, katil ni!?" rambutnya diramas, bagaimana dia mahu lepaskan apa yang terbuku di hatinya kini dia tidak tahu caranya.

"I yang bawa you datang sini, rumah ni, bilik ni dan atas katil ni. Why?" soal Tengku Harith selamba seakan tiada apa yang perlu dirumitkan. Semakin terbakar Tya dibuatnya. Wajah Tengku Harith diperhati.

"Tya, jom tidur" panggil lembut Tengku Harith menyedarkan Tya.
"Awak ni gila ke? Awak sedar tak apa yang awak dah buat sekarang ni? Awak sedar tak yang awak dah culik saya dan awa..."

"Siapa kisah?" pintas Tengku Harith tidak mahu dengar bebelan Tya dipagi buta.

"Saya kisah! Apa awak nak sampai awak buat saya macam ni ha? Apa yang awak nak dari saya, Harith? Sejak semalam awak tak berhenti kacau saya! Awak ingat saya ni apa? Pelacur? Sampai awak rasa awak boleh sesuka hati bawa saya naik atas katil awak?" wajah Tya dipandang lama.

"2 minggu lepas, you tak kisah pun pasal semua ni. Tak payahlah sekarang baru you nak rasa marah..." soal Tengku Harith. Betul kan apa yang dia cakap? Sebelum ini, Tya yang dengan rela hati sekatil dengannya jadi bukan salah dia jika dia berani bawa Tya ke katilnya.

"2 minggu lepas adalah perkara yang paling bodoh saya pernah buat dalam hidup saya. Saya menyesal sebab tak fikir dengan apa yang saya buat sebelum saya tak sedar diri dan malam bersama awak adalah perkara yang paling saya kesal sekali walaupun dalam masa saya tak sedar apa yang saya dah buat malam tu, kalau saya dapat putarkan masa... serahkan diri sendiri pada awak adalah perkara paling terakhir sekali, Harith" Tengku Harith terasa bagai ada pukulan padu pada dirinya. Sakit sekali kata-kata itu didengari.

Kenapa dia rasa sakit sedangkan wanita ini bukannya apa-apa pada dia?

Tya mengetap gigi dan bangkit dari katil. Baru langkahnya igin dibuka lengannya ditahan satu cengkaman. "Menyesal? Tak guna nak menyesal sekarang Tya. Kita dah terlanjur dan I tak akan lepaskan you. You have no choice but to be with me. Your life is depends on me now. You tak akan mampu hidup dekat sendiri lepas ni melainkan you nak balik kampung dan hadap keluarga tiri you" mata Tya terbuntang dan bulu romanya mula meremang. Matanya terus memanah mata milik lelaki itu.

Bagaimana lelaki itu tahu tentang keluarganya?

"Saya tak kisah kalau kena berhadapan dengan diorang asalkan bukan dengan awak!"

"Stay with me or I will do something you don't want to your family. Terutama sekali ayah you, Darman bin Yusoff?" semakin tidak percaya Tya dibuatnya. Nafasnya terasa tersangkut. Apa semua ni? Bagaimana lelaki ini tahu tentang bapanya dan...

Ah! Tya tidak mampu berfikir waras. Dia terkaku seketika, renungan lelki itu dibalas. Ingin mencari kepastian dalam kata-kata yang baru dilontar tadi. "Awak tak akan buat macam tu..." bisik Tya perlahan sambil masih merenung dalam anak mata Tengku Harith yang juga membalas renungannya dengan riak yang Tya tidak dapat agak.

"Try me, Tya Irena" Tya dapat rasakan matanya mula kabur. Empangan di tubir matanya akan pecah bila-bila masa sahaja. Hatinya terasa hancur. Satu sahaja yang ada di fikiran - Tya tak akan terlepas kecuali jika lelaki itu sendiri yang ingin melepaskan dia kerana Darma bin Yusoff, abahnya adalah segala-galanyabuat Tya.

Tuhan saja tahu betapa pentingnya abah buat dia. Satu-satunya keluarga yang dia ada di muka bumi ini dan apa yang diugut Tengku Harith beberapa saat lalu benar-benar dapat menyentap jantungnya.

"Choose."

Air mata Tya mengalir. Mata dipejam dan kepala digeleng perlahan. Dia tidak mahu kedua-duanya. Linangan air mata yang membuktikan betapa lemahnya dia namun hanya mampu dibiarkan kerana tangan yang masih dalam cengkaman lelaki itu juga masih belum mampu dia rungkaikan.

"I'm not a patient man." beritahu Tengku Harith tanda masih menunggu.

Mata Tya kembali buka, "Jangan sekali pun awak ganggu ayah saya." Tengku Harith tersenyum senang akhirnya. Suasana sunyi seketika sebelum Tya sedar yang dia sudah ditinggalkan sendirian didalam bilik yang separa gelap itu. Air mata Tya semakin lebat keluar.

Jika Tengku Harith boleh mendapatkan info mengenai keluarganya tidak mustahil dia boleh mengotakan apa yang dia kata, walaupun lelaki itu bersama Tya kini namun apa-apa sahaja boleh berlaku kepada abahnya yang berada jauh di kampung. Tya tak kenal siapa sebenarnya Tengku Harith jadi merisikokan abah demi dirinya itu bukan pilihan Tya.

Bagaimana Tya mahu melalui hari-harinya selepas ini bersama lelaki yang langsung dia tak kenal dan tiada hubungan dengannya? Apa yang mereka lakukan ini adalah salah. Siapa Tya sebenarnya disini dan apa tujuannya?

Dan yang paling utama, sampai bila agaknya semua ini?

tbc

Love, Rose

Possession √Where stories live. Discover now