Perasaan dendam rindu tersimpan di lubuk hati kembali naik ke permukaan. Dia tidak menyangka cucu yang selama ini dicari masih hidup selepas kecelakaan beberapa tahun dahulu. Mereka sekeluarga tidak menyangka salah seorang arkitek yang bekerjasama dengan Clara bakal membawa Aurora kembali ke sini setelah lama menghilang.

Semuanya bermula dengan kesilapan Lady Belladonna dan Lord Stefan belasan tahun dahulu. Mereka berdua fikir, dengan menentukan jalan hidup anak-anak akan membawa kepada kebahagiaan. Allesia merupakan anak sulung. Gadis itu bersemangat besar dan sentiasa patuh akan segala keputusan mahupun peraturan yang ditetapkan sehingga lah dipertemukan dengan seorang pelukis jalanan iaitu Daniel Alfian. Awalnya, mereka tidak tahu hal berkenaan. Tetapi hubungan itu terbongkar selepas ahli karporat suaminya, Anchilles melihat sandiwara mesra Allesia dan Daniel di tempat awam.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Lord Stefan turut menyusun rancangan untuk memadankan Allesia dengan anak lelaki teman perniagaannya, Angelo. Berita itu sampai ke telinga Allesia dan gadis itu membangkang perkahwinan aturan keluarga kerana sudah mempunyai seseorang di dalam hati. Definisi keluarga bahagia tidak lagi tercatit dalam kamus selepas Allesia melarikan diri dari rumah untuk mengahwini Daniel secara sembunyi.

Akibat terlampau kecewa dan malu, Lord Stefan tekad untuk menyekat limpahan kemewahan untuk memprovok gadis itu meninggalkan Daniel. Mereka sangka Allesia akan terkesan, tapi anak gadisnya itu sanggup melepaskan semuanya semata-mata untuk bersama dengan Daniel.

Tidak cukup dengan itu, mereka tergamak pula membuang Allesia dari senarai pendaftaran keluarga kerana tidak lagi mengakui ikatan darah. Tiga bulan berlalu pantas, Allesia dan Daniel kembali semula ke Milan dengan perut membusung untuk memohon kemaafan dan restu. Anak yang dikandung gadis itu membuatkan keadaan lebih jerih. Ego yang menggunung lebih mendahului segalanya.

Allesia dan Daniel dihalau secara hina dan tiada lagi khabar berita mengenai pasangan itu selepas enam tahun berlalu. Sepucuk surat tintaan Allesia banyak menceritakan madu dan racun kehidupan. Namun semuanya berubah selepas hadirnya Aurora Lucrezia atau Putri Darleesa sebagai cahaya dalam mengemudi bahtera perkahwinan.

Dia tidak pernah ketemu Aurora apatah lagi memeluk tubuh kecil itu. Hanya memandang dari jauh sudah cukup meleburkan kebekuan dibenak. Waima begitu, hati ibu mana yang tidak sayangkan anak? Lady Belladonna cuba memujuk Lord Stefan untuk menerima Allesia dan Daniel ke dalam keluarga mereka tetapi hati suaminya sekeras-keras batu. Dia cuba mengikut perkembangan anaknya dengan mengupah seorang penyiasat.

Kali terakhir berita menyayat hati dari Dominico adalah tentang kematian Allesia akibat kecelakaan. Dia cuba meminta Dominico untuk menjejak Aurora setelah mendapat khabar sahih bahawa cucunya itu masih hidup. Pergerakan mereka terbatas kerana polisi di Malaysia agak ketat. Sehingga ke hari ini, Tuhan masih mahu memberi peluang untuk menebus segala khilaf dimasa lalu.

"You looks like her." Ucapnya pilu. Air mata bergenang. "Tu cresci e diventi sempre più bella. Proprio come il tuo nome, Aurora." (Awak membesar dengan wajah yang sangat cantik. Selaras dengan nama awak, Aurora).

Lord Stefan menambah. "Non ha idea, mami. Non sa nemmeno chi siamo noi." (Dia tak tahu, mami. Dia pun tak tahu siapa kita.)

Darleesa membeku apabila Lady Belladonna terus menariknya ke dalam dakapan. Rasa perih secara tiba-tiba menyelit, bagaikan ada tarikan aneh apabila tubuh mereka bersatu. Perlahan-lahan tangan kakunya turut melingkar di tubuh wanita itu meskipun dia masih belum jelas dengan keadaan sekeliling. Clara dan Beatrice yang menjadi pemerhati hanya tersenyum nipis. Satu-satunya permata yang ditunggu Lady Belladonna selama ini akhirnya kembali.

"I'm sorry but it's so confusing."

Pelukan dirungkai. Akhirnya soalan itu meluncur juga dari bibir Darleesa selepas bermatian-matian dia menyangkal satu jawapan di minda. Kepalanya ditoleh pula ke sisi, mencari mata Khairul untuk memohon penjelasan. Dia mahu menangis. Perasaan lain menjelajah keluar dari kepompong yang dikunci selama ini. Dia terasa begitu dekat. Begitu dekat dengan mama.

[C] Jika Harus BegituTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon