"Ah! malaslah nak fikir lagi! baik aku tidur lagi bagus,"

Mata dipejam rapat cuba untuk tidur. Fuh, tilam ni empuk bak gula-gula kapas! sangat lembut. Tidak lama kemudian, dia tertidur lena kerana keletihan.

Bang!

Seorang lelaki mengedong seorang kanak-kanak perempuan. Di sisinya pula seorang wanita. Mereka berlari meredahi hutan pada waktu malam. Segala halangan dirempuh tanpa berfikir panjang. Bunyi das tembakan bergema kuat.

"Awak pegang anak kita ni. Jaga dia! saya akan hapuskan mereka. Pergi cari tempat selamat!"

Wanita itu menganguk perlahan. Tubuh kecil didakap erat seperti takut kehilangan.

"Hati-hati!"

"Jangan risau, bawa anak kita ke tempat selamat. Sekarang!"

Tanpa berlengah, wanita itu berlari meredahi hutan. Dia tidak pasti itu hutan apa. Kerana itu tak penting langsung! Janji anaknya selamat.

Anak kecil ini di buru oleh beberapa pihak. Sebagai ibu bapa, dia berusaha sedaya upaya untuk melindungi anak mereka. Walau apa cara sekali pun, dia tidak membenarkan sesiapa merampas atau membawa anaknya ini pergi!

Untuk apa mereka mahukan budak kecil ini? Dia sendiri pun tidak tahu. Yang pasti mereka mempunyai niat jahat!

Bunyi letupan kuat kedengaran. Wanita itu menghentikan langkah. Keadaan hutan disinari bulan terang. Tempat ini seperti selamat. Tetapi pada masa yang sama wanita itu berasa tidak senang hati.


Krak!



Krak!




Bunyi ranting kayu yang patah telah menyentakkan wanita itu. Dia mula berjaga-jaga. Anaknya dipeluk erat. Mujurlah budak itu tidur dan tidak meragam.

"Wargh ... budak tu!"

Suara garau dan parau kedengaran jelas ditelinganya. Kemudian, telinganya mendengar benda sedang menyusup di sebalik semak-samun. Mengikut firasatnya dia tahu apa bendanya itu.

"Gotham ... aku tak akan benarkan kau dekati anak aku!"

Beberapa ekor gotham munculkan diri. Tangan wanita itu mengeluarkan elektrik bervoltan tinggi lalu dipancarkan kepada gotham. Tidak cukup dengan itu petir turun dari langit menyambar saki-baki gotham yang tinggal. Habis rentung!

Dia bersandar pada sebatang pokok besar. Nafas di tarik dalam. Dia cuba menengkan diri. Semua pihak mahukan anak dia! Mereka sentiasa diburu!

"Awak?"

Dia menyoal apabila terdengarkan seseorang sedang berjalan. Derapan tapak kasut itu berjalan menghampiri. Tiada jawapan dari soalannya, itu bermakna bukan suaminya sebaliknya orang lain!

Anak kecil dipeluk erat. Wanita itu diam membantu. Dia dapat rasa satu aura yang pelik.

"Aku tahu, kau dan budak itu berada di sini. Kau nak lari ke mana ...."

Wanita itu mendiamkan diri. Dia memeluk erat tubuh anaknya. Di bawah pancaran cahaya bulan, seorang lelaki berpakaian jubah hitam sedang berjalan.

"Cukup-cukuplah ... lebih baik kau serahkan kepada aku. Senang...."

Wanita itu menekup mulut. Air mata sudah bergenang dikesat perlahan. Anaknya masih lagi tidur nyenyak seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"Aku cuma nak budak itu. Janganlah risau, aku akan jaga dia dengan baik."

Derapan tapak kasut berhenti di sisinya. Dia tersentak namun dia cuba mengawal perasaan supaya tidak mengeluarkan sebarang suara. Nak jaga? sejujurnya dia tidak percaya dengan orang yang macam ni. Entah apalah mereka akan buat nanti.

"Aku mahukan budak ni!"

Terasa lengannya ditarik kasar. Wanita itu terdorong ke hadapan. Anak kecil yang berada dalam dakapan merengek kerana lelaki itu mencengkam tangan anak kecil tersebut.

"Hey! jangan sentuh anak aku!"

Sebijik bebola ais menghentam tubuh lelaki berpakaian hitam. Bebola ais itu meletup dan lelaki itu mengeras seperti ais. Tetapi itu hanya sementara, ais memecah menjadi serpihan seperti kaca. Lelaki itu berjaya melepaskan diri.

Lelaki berpakaian hitam itu mengeluarkan dua bilah pisau belati. Kedua belah tangan memutar laju pisau tersebut. Dia tersenyum sinis.

"Surez ... serahkan anak kau,"

"Aku tak akan benarkan!"

Telapak tangan memancarkan cahaya biru keputihan. Dia membuat garis panjang di udara membentuk sebilah pedang. Lantas dia memegang erat. Tanpa membuang masa dia meluru laju untuk menyerang.

"Aku akan jaga dia dengan baik. Kau tak perlu risau, Surez." Pisau belati menghiris bahu. Darah merecik keluar.

"Ergh! Aku tak percaya yang orang seperti kau akan jaga anak aku! Aku sanggup lindungi dia walaupun terpaksa mengadaikan nyawa!"

Pedang di tusuk ke dalam perut lelaki, berjubah hitam mengerang sakit. Darah merah pekat memancut-mancut keluar. Tubuh lelaki berpakaian hitam ditendang kuat.

"Awak tak apa-apa ke?" soal wanita itu dengan cemas apabila suaminya mendekati.

"Saya okay, cuma luka sikit je. Mari kita pergi dari sini!" Wanita itu mengangguk perlahan. Mereka kembali meneruskan perjalanan meredahi hutan.

Dan ... di sebalik pokok, gadis bermata biru sedang berdiri tercegat. Dia hanya menonton tayangan itu sejak awal lagi. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia menolong. Akan tetapi, dia tidak boleh kerana kewujudan dia di situ, seperti cahaya lutsinar. Dia tidak boleh menyentuh apa-apa dan hanya mampu melihat sahaja.

Perkara ni terjadi lagi? Ini bukan mimpi? tapi dia dalam keadaan sedar! Ini situasi kedua yang pernah dia alami. Ini ke sambungan yang dari yang lepas? Jauh di sudut hatinya, dia tersentuh bila melihat situasi pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa buat anaknya. Nyawa mereka terancam! tetapi mereka tabah mengharungi bersama.

Mata Irene mula bergenang. Bibir dikemam perlahan dan hidungnya sudah berair. Cecair jernih jatuh menitis menuruni pipi.

"Mak? Ayah?"


......................................................................

Jadi okay tak chapter ni? best?😄

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now