[ SEQUEL IS UP! ]

Comincia dall'inizio
                                    

Semuanya bermula.

Saat lelaki itu kembali mencari mereka yang menjatuhkannya dan sekaligus membuatnya terkurung di dalam 'pagar besi' selama bertahun-tahun.

Tapi,

Apa yang akan berlaku bila dia terpandangkan Carla Liliana Pia untuk pertama kalinya. Dan untuk pertama kali juga, dia tertarik dengan gadis itu.

Tanpa dia sedar, Carla Liliana Pia adalah salah seorang yang turut berkaitan dengan tujuannya yang ingin membalas dendam ke atas mereka yang merampas kebahagiaannya itu. Mungkin cinta, tapi bagaimana pula dengan dendamnya?

Devil doesn't always come to you with his red face and horns. Sometimes, they do disguise in well tailored suits.

▣▣▣▣

WHEN HE WANTS YOU.

Carla Liliana Pia menggenggam erat tangannya membentuk penumbuk. Matanya hanya tertumpu ke atas lantai simen itu tanpa sedikitpun memandang wajah lelaki tersebut yang berada dihadapannya. Walaupun ketakutan tetapi riak wajahnya dikawal sebaik mungkin.

"W-what do you want?" soalnya tegas dengan nada perlahan tanpa memandang wajah lelaki itu.

"You."

Tubuh disandarkan pada kerusi kayu dengan sebelah tangan bermain dengan pistol miliknya. Diputar kekiri dan kekanan sebelum dia merenung wajah gadis itu yang cuba disembunyikan riak ketakutannya.

Dia tahu gadis itu tak berani menatap wajahnya, ingin diuji sejauh mana tahap keberanian gadis itu.

Carla Liliana Pia mengetap rapat bibirnya. Dia kenal lelaki itu, lelaki yang cuba dielak olehnya malah begitu juga dengan orang ramai tetapi nasib tak menyebelahinya apabila dia kini berada dalam tahanan lelaki itu.

Dan, dia tak pasti apa yang lelaki tersebut inginkan darinya. Nafas ditarik dalam, walaupun dia pemalu tapi dia tak akan sesekali membiarkan lelaki itu menguasai dirinya.

"Maybe you think I'm quiet. When you talk to me, you wish I was quiet but no. You and I, we are nothing and I will never let you own me!"

Balas Carla Liliana Pia keras dan sedikit berbisik dengan mata tajam merenung wajah bengis lelaki tersebut.

Terus tersungging senyuman sinis dihujung bibirnya sebaik melihat gadis itu yang sedang menahan marahnya dan ini yang dia ingin lihat, seorang yang akan mempertahankan dirinya walau bagaimana pun sikap sebenarnya.

Gadis yang sebenarnya pemalu dapat mengubah dirinya yang sebenar apabila kemarahan menguasai diri dan untuk kali pertamanya dia melihat gadis tersebut meninggikan suaranya, itu makin membuatnya tertarik pada Carla Liliana Pia.

Lantas dia merapatkan wajahnya pada telinga gadis itu, tangan diletakkan ke atas meja yang berada di tengah-tengah antara mereka berdua. Jelas mata gadis tersebut terbuka luas melihatnya tetapi tak dihiraukan.

"The only thing that I was cautious of; never depend on looks. They could be a monster just in a seconds. Just like you now, amore." bisiknya perlahan dengan suara serak basahnya.

SOMEONE WHO TRYING TO PROTECT YOU.

Leher Carla Luna Mia dicengkamnya kuat dengan sebelah tangan manakala sebelah tangan lagi melekapkan muncung pistol ditepi kepala gadis itu. Wajahnya yang bengis turut membuatkan Carla Luna Mia sedikit gerun dengannya.

"Try one more thing , just one more thing and I won't hesitate to torture you to the point you beg me to kill you!" ujarnya dengan suara dicelah gigi.

Lalu cengkaman di leher gadis itu dikepas kasar seraya menolak kuat tubuh gadis tersebut membuatkan Carla Luna Mia terundur beberapa tapak ke belakang.

Tercungap-cungap seketika gadis itu mencuri nafas sambil terbatuk kecil. Carla Luna Mia tergelak sinis seraya menentang pandangan membunuh lelaki tersebut.

Lelaki itu memang menakutkan tetapi dia tak akan biarkan lelaki tersebut mengganggu keluarga dan menjauhkan adiknya; Carla Liliana Pia daripada mereka atau lebih tepat lagi menjadikan adiknya milik Ketua Mafia paling berbahaya itu.

"Unless you are important to me I'll give two fucks, so your threats mean little to me. You're just a pathetic drugs lord or known as The dangerous Italian Mafia Leader! And I will never let you get my sister!"

Serentak itu pistol miliknya yang terselit di belakang pinggang dikeluarkan lalu dihalakan ke arah lelaki itu yang hanya merenungnya dengan pandangan tajam dan juga wajah yang tak beriak malah lelaki itu hanya tersenyum sinis.

Malangnya, Carla Luna Mia tak dapat mengagak dengan ketangkasan lelaki tersebut apabial kini muncung pistol berada tepat didahinya. Dia terkedu seketika. Dia rela dibunuh asalkan adiknya terlepas daripada genggaman lelaki itu.

"That's what you asked me for. Girls like this type of shit! You want me to rough, right? Have a wonderful day."

BANG!

THEN, THE NIGHTMARE BEGIN.

Carla Liliana Pia tersentak apabila lelaki itu melempar kasar sebuah fail nipis ke atas meja dihadapannya. Lantas fail tersebut diambilnya perlahan.

Jantung Carla lliliana Pia berdegup kencang dan diperhati dengan teliti isi kandungan tersebut. Seketika, wajah Carla Liliana Pia berubah pucat.

"Why? What are you going to do with them?!" soalnya ingin tahu dengan nada tegas tetapi perlahan.

"They're will pay for what they had done!"

Lantas dia menghampiri Carla Liliana Pia lalu rahang gadis itu dicengkamnya perlahan berhadapan dengannya.

Tajam anak matanya menikam wajah pucat gadis itu, jelas terpancar kesedihan dan kemarahan yang bercampur menjadi satu dalam anak mata gadis tersebut.

"Well, simple, they die and you will be mine. Mine to please, mine to hurt. You're going to live with me until my death, whether you like it or not, sweetheart."

Rahang gadis itu dilepaskan lalu pipi kiri gadis tersebut ditepuk lembut sebelum fail yang berada ditangan Carla Liliana Pia dirampas kasar sebelum keluar daripada bilik tersebut.

Bilik yang menjadi tempat kurungan gadis itu dan cepat atau lambat, dia akan pastikan Carla Liliana Pia menjadi miliknya sama ada dengan menggunakan cara halus atau kasar.

Carla Liliana Pia jelas tergamam. Sesaat, airmata yang ditahan selama berada dalam tahanan lelaki itu akhirnya tumpah jua menyembah bumi memikirkan apa yang dikatakan lelaki itu.

Ingin melepaskan diri, dia sudah lelah kerana setiap kali dia cuba melarikan diri tiap kali itu juga dia tertangkap. Lelaki itu licik!

Malangnya, dia tak mampu berbuat apa-apa. Kini, hidupnya terseksa di dalam penjara lelaki itu, tetapi dia tak akan menyerah kalah dengan apa yang bakal dihadapinya selepas ini dengan lelaki itu.

Mungkin dia bakal terlepas atau sebaliknya.

▣▣▣▣

Mereka bertemu tanpa dijangka. Dua individu yang juga berlainan agama dan personaliti yang berbeza. Tiba waktunya, segalanya terbongkar dan kebenaran bakal terungkap.

Cinta? Itu pasti. Tapi, bagaimana pula dengan dendamnya? Mungkin lupakan tentang perasaannya atau mungkin juga hapuskan dendam kesumatnya.

BUT, DON'T YOU KNOW, THE DEVIL WAS ONCE AN ANGEL?

Yes. It's him.

- THE ITALIAN'S MAFIA AMORE -

Mr Killer's Girl  |✔|Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora