56.Siapa Secarlet?

Magsimula sa umpisa
                                    

"Diam!"

Satu tamparan hinggap di pipi wanita itu. Wanita itu terus tidak sedarkan diri dan dia dibawa pergi dari situ.

"Tch! tak guna! "

"Maafkan kami kerana tidak bertindak ...."

"Tak mengapa, Wayne ... aku faham" ujarnya perlahan. Hatinya menjadi sayu kerana isterinya dibawa pergi dari situ. Sudahlah dia terpisah dengan anaknya pada ketika dahulu. Sekarang isterinya pula?

Hatinya mula gelisah tidak tentu arah. Dia risau akan isterinya yang dibawa pergi sebentar tadi. Entah ke manalah mereka bawa! Wayne, Sera dan Alfron diselubungi dengan perasaan serba salah.

DIA pantas mengelak ke sisi, mata birunya tajam memerhatikan setiap gerakkan orang tua kepala botak. Sekarang dia sudah faham cara Horz macam mana. Horz menggunakan kepantasaan dan pada masa yang sama dia menggunakan kuasa angin. Ah, patutlah laju sahaja. Licik juga dia ni.

Irene berpaling ke belakang di saat Horz mahu memukul belakangnya. Lengan Horz pantas di siku dari bawah. Tongkat terlepas, lantas Irene menyambut sebelum Horz bertindak.

"Akhirnya!" Jerit Irene sambil menjulang tongkat kepunyaan Horz. Dia tersenyum puas.

"Huh? Nampaknya ada kemajuan ...."

Horz tersenyum seraya mengambil tongkat yang di hulur. Baginya gadis itu bijak! Cuma itulah ... bengap sikit. Heheh.

"Tok, Vion mana?"

Irene menunggu jawapan Horz. Semalam Vion ada datang tengok itu pun hanya sekejap sahaja, lepas itu lesap tak tahu ke mana.

"Katanya mahu ke sini ... tapi batang hidung dia pun Tok tak nampak."

"Tok, saya mahu tanya sesuatu boleh?" soalnya seraya menggaru pipi.

"Tanya apa?"

"Erk ... jom ke tasik Bruel, sana redup sikit"

Irene mengatur langkah, diikuti oleh Horz. Tasik Bruel bersinar dek terkena panahan cahaya matahari. Ikan-ikan yang berenang bebas mula mengerumuni apabila Irene mendekati. Setiap kali dia ada di situ pasti ikan-ikan akan berkumpul seolah-olah menanti kedatangan Irene.

Langkah dihentikan sebaik sahaja tiba di bawah pokok yang terdapat di tasik Bruel. Dia menarik nafas panjang sebelum berkata.

"Siapa Secarlet?"

"Secarlet?" Horz menyoal balik.

"Saya tahu Tok kenal,"

Balas Irene, matanya memandang tasik Bruel yang jernih. Ikan-ikan masih lagi berkumpul. Tipulah kalau Horz tidak kenal, bukankah dia sudah hidup lama? Horz hanya diam membantu. Lama.

"Tolong cerita ...."

Irene mendesak supaya Horz membuka mulut.nDia perlu tahu siapa Secarlet. Nama itu seringkali menggangunya. Mana tidaknya, Vion pernah sebut .... Permaisuri Ellie dan Permaisuri Rose juga ada sebut kalau tak silaplah.

Setiap kali dia mahu menanyakan Permaisuri Ellie tentang hal ini,pasti tidak berpeluang.nSeolah-olah Permaisuri Ellie mengelakkan diri darinya. Pelik betul! Sekarang ni dia tidak kira, dia mesti tahu juga. Dia mesti cungkil rahsia dari Horz juga!

"Kamu nak tahu?"

Horz mengusap janggut putihnya. Wajah Irene dipandang. Nampaknya gadis itu betul-betul nak tahu. Dia nampak macam terdesak pun ada.

"Secarlet ialah seorang Raja Eicland yang tersohor pada ketika dahulu. Dia digeruni, dan dikagumi dalam enam buah negara. Semasa zaman pemerintahan Secarlet, perang telah tercetus. Raja Zlon iaitu pemerintah tentera Gotham telah melancarkan serangan mengejut pada keenam-enam buah negara. White Guardians termasuklah Secarlet telah bersatu hati menentang tentera Gotham yang semakin mara.

Berhari-hari perperangan itu berlangsung tiada henti. Tentera yang dipimpin Guardian semakin berkurangan. Pertahanan pada setiap negara semakin lemah. Akhirnya mereka berjuang dengan White Beast. Mereka bertarung hingga habis-habisan sampai tidak ada satu pun yang tinggal. Dan selepas sehari berperang, Secarlet berjaya membunuh Raja Zlon, ketika itu kewujudan pewaris takhta Raja Zlon tidak di ketahui langsung oleh sesiapa. Jadi mereka beranggapan bahawa keturunan Raja Zlon telah berakhir.

Setelah berperang, Guardian telah membuat keputusan agar pemerintahan diambil alih oleh Secarlet. Jadi Secarlet telah menjadi ketua dalam sistem pemerintahan di setiap negara."

Irene terdiam setelah mendengar cerita dari mulut Horz. Boleh percaya ke? Mungkin ya ... Dia patut percayakan Horz kerana Horz sudah hidup lama.

Akan tetapi mengapa dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan cerita Horz tadi? Cerita itu seolah-olah tidak habis. Ya, cerita itu tidak lengkap! ada yang kurang...

.....................................................................

White Guardians ( Editing)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon