Bab 47

1.5K 101 2
                                    


Penuh file dan kertas yang bersepah di atas mejanya. Pen di telinganya diambil lalu dia menulis sesuatu pada sehelai kertas. Dia tidak ubah seperti seorang kerani di sebuah pejabat. Sibuk menghadap komputer dua puluh empat jam. Itu lah Zero.

Deringan telefon pintar miliknya menyentakkan perbuatannya tadi. Nombor yang tidak dikenali ini ditenung lama. Mungkin Farid. Sebab Farid suka tukar nombornya. Zero pun sudah penat asyik meminta nombor baru daripada Farid.

"Hello? Weh Farid berapa juta kali kau nak tukar nombor ni hah?! Ada apa kau call aku ni?" Sepi. Tiada sesiapa yang membalas panggilan daripada Zero. Berkerut dahi Zero lalu terus mematikan panggilannya.

"Siap kau Farid. Main main pula time aku tengah buat kerja". Bebel Zero sendiri. Telefon pintarnya berbunyi tanda terdapat mesej masuk lantas Zero membuka aplikasi whatsapp. Terdapat satu video yang dia terima daripada Farid. Zero membuka lalu memainkan video itu.

Terbuntang luas mata Zero apabila melihat video yang mengerikan itu. Video itu menayangkan cara Farid dibunuh dan dibakar dengan begitu kejam.

"Aris dah mulakan step dia". Zero segera membawa telefon pintarnya bersama ke bilik Uncle Bear. Dia tiada di biliknya lantas Zero turun ke bawah. Kelihatan Uncle Bear sedang bermain dengan Afiq. Amboi sejak ada 'anak' baru ni, bukan main lagi dia.

"Bos. Boleh saya cakap dengan bos sekejap". Uncle Bear mengangguk akur lalu meninggalkan Afiq yang sedang bermain dengan pisau di tangannya. Uncle Bear menapak menghampiri Zero lalu Zero menghulurkan telefon pintar kepada Uncle Bear. Terbeliak mata Uncle Bear apabila melihat video itu berkenaan anak buahnya iaitu Farid yang dibunuh dan dibakar dengan kejam.

"Aris dah main kasar nampaknya. Bila-bila masa sahaja dia akan datang ke sini". Zero terpinga pinga. Macam mana Aris nak datang ke sini sedangkan dia tidak tahu di mana rumah ini tersorok?

"Aris datang sini? Macam mana dia tahu rumah ni dekat mana?"

"Kau ni pun. Aris tu nampak sahaja seperti tidak pernah ke sekolah tapi otak dia tu persis otak ayah dia. Dia boleh buat apa sahaja yang dia mampu untuk dapatkan alamat rumah ni".

"So kita kena pindah lagi?"

"Tak. Kita tunggu sahaja dia datang. Pergi bawa vaksin ke sini". Zero akur.

*****

Aris menghela nafas berat. Setelah empat jam dia berkurung di dalam makmalnya itu, dapat juga dia tahu alamat rumah Uncle Bear. Aris tidak mempunyai sebarang perancangan kerana dia tahu setiap perancangannya nanti akan gagal kalau dia mengikut satu per satu. Jadi, dia akan bertindak mengikut kehendak hatinya sahaja.

Perutnya sudah berbunyi. Lapar. Kunci kereta dirembat lalu dia menapak turun ke bawah. Enjin kereta dihidupkan lalu terus memecut ke restoran di bandar. Hujan lebat membasahi bumi sejak pagi tadi. Keadaan lalu lintas agak sesak. Setelah memesan makanan, Aris termenung seketika.

Dia mula terfikirkan keadaan Afiq. Risau kalau dia dicederakan oleh orang Uncle Bear. Kalau dia dapat tahu ada sedikit calar pada tubuh Afiq, Aris akan pastikan orang itu akan masuk kubur dengan segera. As soon as possible. Makanan terhidang di atas mejanya beserta air.

Matanya melilau melihat sekeliling dan tertumpu pada sesusuk tubuh seorang perempuan yang menapak masuk ke dalam restoran itu. Tiba-tiba sahaja tubuh perempuan itu rebah ke atas lantai. Orang ramai mula berkerumun pada tubuh gadis itu. Aris tersentak dari lamunannya apabila kedengaran orang ramai bersuara menyuruh menelefon ambulans dengan segera.

Aris meninggalkan makanannya itu lantas berlari mendapatkan tubuh perempuan itu. Dengan tubuhnya yang tinggi dan kurus, Aris berjaya mencelah dalam keadaan orang ramai tadi.

"Irsa?! Irsa bangun". Aris mula gelisah. Again. Dia terlupa untuk menjaga Irsa. Dia terlupa yang dalam badan Irsa terdapat virus yang boleh mengancam nyawa Irsa. Ah teruknya kau Aris.

Tubuh Irsa dicempung lalu dibawa masuk ke dalam keretanya. Orang ramai hendak menghalang tetapi seakan akan faham dengan renungan tajam daripada mata Aris. Enjin kereta dihidupkan lalu dibawa ke klinik.

Kenapa klinik? Kenapa bukan hospital? Aris tidak mahu bertembung dengan Dato' Hanafi di hospital. Nanti banyak pula soalan yang akan diajukan kepadanya nanti.

"Dia tidak apa-apa ke doktor?"soal Aris sejurus doktor perempuan itu memeriksa keadaan Irsa.

"Dia hanya pengsan sekejap. Tiada apa apa kecederaan yang serius". Aris menghela nafas lega lalu menapak keluar klinik. Lengannya dirangkul seseorang. Aris tersentak sedikit lalu melirikkan matanya pada wajah manusia tersebut.

"Aris. Jangan tinggalkan saya lagi,please". Tangan Irsa ditepis perlahan. Aris menapak ke arah keretanya dengan selamba. Irsa masih tercegat di depan klinik itu. Dia ditinggalkan lagi.

"Cepat la! Hujan ni! Kau nak tunggu siapa lagi dekat situ?!"jerit Aris dalam keadaan hujan lebat. Irsa tersenyum kelat lalu mendapatkan Aris.

THE END (4)Where stories live. Discover now