Bab 5

2.8K 173 3
                                    


Angin malam yang sejuk menyebabkan aku terjaga dari tidur. Aku menoleh ke belakang. Ah aku lupa nak tutup tingkap malam tadi. Patut lah sejuk semacam. Selimut ditolak ke tepi. Tubuhku turun dari katil dan menuju ke tingkap lalu ditutup tingkap itu.

Sempat aku menilik jam di atas meja. Pukul 2:45 pagi. Sekarang aku tak boleh tidur. Aku memandang sekeliling bilikku. Mataku terhenti pada sebuah almari yang besar di sudut bilikku. Aku mengatur langkah ke almari itu.

Lantas aku membuka satu per satu pintu almari tersebut. Kosong. Tanganku terhenti apabila terpandang sehelai baju putih tergantung di dalam almari. Baju itu ditilik.

Ianya baju hoodie kepunyaan aku.

Baju ni telah membawa banyak kisah hitam dalam diri aku. Masih bersih seperti baru. Baju ini hadiah daripada arwah ibu.

"Happy birthday anak ibu!" Ibu tersenyum kegembiraan saat menyambut hari kelahiran aku. Aku melompat-lompat gembira apabila melihat sebiji kek di atas meja. Abah turut serta bersama kami.

"Ibu..abah.. Mana hadiah Aris?" Aku tersenyum menampakkan sebaris gigiku yang putih bersih.

"Hadiah? Kejap ya". Ibu membawa keluar sekotak hadiah yang dibalut dengan pembalut kartun. Ibu menghulurkan hadiah itu kepadaku.

Dengan pantas aku terus membuka hadiah itu. Terdapat sepasang baju hoodie berwarna putih. Saiznya agak besar daripada tubuhku.

"Kenapa besar sangat baju ni ibu?"  Ibu menapak ke arahku bersama abah. Tubuhku dirangkul erat.

"Nanti bila dah besar Aris boleh pakai baju ni. Aris kan selalu cepat demam dan rasa sejuk. Anytime you can wear it. Kalau ibu dah tak ada nanti.... Aris simpan baju ni. Jangan buang sebab kalau Aris buang maknanya Aris buang ibu. Faham?"

Aku mengangguk laju walaupun aku tak faham langsung apa yang ibu katakan. Air mata ibu mengalir deras. Abah merangkul erat kami berdua. Aku masih tersenyum gembira melihat baju yang ibu hadiahkan.

Sekarang aku dah besar. Aku dah faham dan dah hadam apa yang ibu katakan dulu.

"Maafkan Aris ibu. Aris gunakan baju ni untuk membunuh... Bukan untuk melindungi Aris ketika sejuk atau demam".

Sekali lagi air mataku deras mengalir membasahi pipi. Ruang bilikku hanya kedengaran suara tangisanku. Aku tiada sesiapa.

******

Irsa POV

Air teh yang panas dituang ke dalam cawan. Tangkal cawan dipegang. Aku mengelamun jauh. Tiba-tiba sahaja cawan itu terlepas dari peganganku. Habis berderai kaca di atas lantai. Aku tersentak dengan perbuatanku.

"Irsa! Irsa! Apa yang pecah tu?!" Mama terjerit-jerit dari ruang tamu. Aku mencangkung mengutip kaca yang pecah itu.

"Astaghfirullahalazim!!" Mama tersentak lalu berlari anak ke arahku.

"Kenapa ni Irsa? Macam mana boleh pecah ni? Dah dah jangan kutip. Biarkan je. Nanti luka pula". Mama menarik tanganku daripada mengutip kaca yang bersepah itu. Wajahku diraup.

"Irsa kenapa ni? Ada masalah ke? Mama tengok Irsa ni masam je. Makan tak, tidur tak... Rayqal ade buat masalah ke dengan Irsa? Gaduh? Cakap dengan mama". Mama memegang pipiku. Laju air mataku mengalir.

"Kenapa hidup Irsa macam ni mama? Mana dia ma? Irsa rindu dia. Irsa tak boleh nak paksa hati Irsa suka pada Rayqal. Irsa dah cuba. Tapi sakit sangat ma. Sakit".

Mama merangkul erat tubuhku. Belakang badanku digosok perlahan. Ubun ubunku dicium lama. Mama menarik nafas panjang lalu menghela.

"Ianya takdir Irsa. Irsa tak boleh salahkan takdir. Mama tahu Irsa sayang sangat pada dia. Tapi Irsa jangan terus jadi macam ni. Irsa kena kuat untuk mama. Kalau dia sayang Irsa pasti dia datang cari Irsa. Jangan menunggu yang belum pasti tiba".

Aku mengangguk mendengar kata kata mama. Apa yang mama katakan itu semua betul. Kalau dia sayangkan aku pasti dia akan datang cari aku. Tapi mana dia? Hilang tanpa khabar berita. Ghaib.

THE END (4)Where stories live. Discover now