Bab 35

1.5K 108 15
                                    


Kaki Aris yang panjang itu dihayunkan pada wajah Rayqal. Tubuh Rayqal terdorong ke belakang. Hidungnya sudah berdarah dan mungkin patah. Rayqal masih tidak mahu mengalah. Dia akan pastikan Irsa menjadi miliknya.

"Kau memang tak layak untuk Irsa. Dasar pembunuh psiko. Tak ada hati dan perasaan. Berapa ratus orang dah kau bunuh hah? Dan sekarang aku akan jadi salah seorang daripada mereka? Bunuh la! Bunuh aku!" Rayqal mendepakan tangannya.

Aris sudah bengang dengan kata kata Rayqal. Urat ditangannya jelas kelihatan. Aris menumbuk wajah Rayqal beberapa kali hingga dia puas. Irsa sudah beberapa kali menghalang Aris tetapi Aris menolak Irsa hingga Irsa terjatuh. Tubuh Rayqal sudah lemah dan rebah ke atas tanah.

"Jangan cari pasal dengan aku kalau diri kau lemah". Aris menapak meninggalkan mereka berdua di situ. Irsa mendapatkan Rayqal. Walaupun dia masih marah pada Rayqal tapi Rayqal dalam keadaan parah sekarang. Irsa membawa Rayqal ke hospital. Kereta Rayqal dibawa selaju yang boleh.

"Aris awak memang kejam. Awak masih tak berubah".

Rayqal dibawa ke hospital dan ditahan di wad biasa. Hanya beberapa lebam pada anggota badannya dan hidungnya patah. Itu sahaja yang dia alami. Nasib baik Aris tak pukul teruk sangat. Kau patut bersyukur Rayqal sebab masih hidup. Kalau tidak, kubur lah rumah baru kau nanti.

Irsa melabuhkan punggung di bangku hadapan wad Rayqal. Dia tak sanggup nak masuk. Perasaan takut masih ada dalam diri dia. Rayqal sudah berubah. Hampir sahaja tadi Rayqal ingin merogolnya di semak. Irsa melentokkan kepalanya ke dinding. Dia mula terlelap.

Langkah terhenti. Aris memandang tubuh Irsa di bangku. Lena dia tidur. Jaket Aris ditanggalkan lalu dijadikan selimut untuk Irsa. Mujur Irsa tidak sedar masa itu. Kantoi habis dia nanti. Kepala Irsa yang ditutup sempurna dengan shawl itu diusap perlahan.

"Goodnight princess Irsa Amani". Aris menapak pergi meninggalkan Irsa. Dalam masa yang sama, Aris menguntum senyuman psiko apabila memandang wad Rayqal.

*****

"Cik? Cik? Bangun cik?" Irsa tersedar. Tudungnya sudah hancur. Dia perbetulkan tudungnya dahulu sebelum memandang manusia yang mengejutnya bangun tidur tadi.

"Cik sakit ke? Dari semalam saya nampak cik tidur dekat sini". Irsa menguntum senyuman kecil. Irsa menggeleng. Jururawat itu tersenyum lalu beredar. Irsa masih di hospital. Dia terpandang jaket pada tubuhnya.

Siapa punya? Irsa membelek jaket hitam itu. Kosong. Tiada sebarang nama atau gambar. Irsa mencium bau jaket itu lantas senyumannya terukir.

"Aris". Irsa kenal bau perfume Aris. Dia tak pernah menukar jenama perfumenya. Hanya setia pada yang satu. Cehh.. Irsa memakai jaket itu pada tubuhnya dan menapak ke surau untuk menunaikan solat fardu subuh.

Usai solat Irsa pulang ke rumah dengan teksi. Puan Sarah menyambut kepulangan anaknya itu. Irsa menarik senyuman nipis lalu merebahkan tubuhnya di sofa. Puan Sarah pelik melihat perangai anaknya itu. Ada masalah ke?

"Irsa kenapa ni?"soal Puan Sarah lembut. Irsa memandang wajah mamanya lalu memeluk tubuh wanita itu. Tangisan Irsa didengari. Puan Sarah mengusap lembut belakang Irsa.

"Kenapa ni sayang? Cerita dengan mama. Rayqal marah Irsa lagi ke? Ada orang buat Irsa ke?" Irsa melepaskan pelukannya. Perlahan lahan Irsa menanggalkan cincin pertunangannya dan menghulurkannya pada Puan Sarah.

"Mama Irsa tak nak kahwin dengan Rayqal ma". Puan Sarah tersentak dengan keputusan Rayqal secara tiba tiba.

"Irsa jangan macam ni. Kahwin ni bukan main main. Kenapa dengan Rayqal?" Puan Sarah cuba memujuk Irsa supaya tidak membatalkan perkahwinan mereka. Malu nanti. Apa nak jawab dengan Dato' Hafiz dan Datin Qamila.

"Dia cuba sentuh Irsa ma.. Irsa takut dengan dia. Irsa tak tipu ma.. Irsa jujur". Air matanya jatuh lagi dan lagi. Puan Sarah terkejut mendengarnya.

"Irsa betul ke? Jangan menuduh Irsa. Mama tak suka kalau Irsa beri alasan macam ni untuk batalkan perkahwinan Irsa". Puan Sarah masih tidak percayakan Irsa.

"Irsa berani sumpah ma. Rayqal cuba nak sentuh Irsa. Irsa tak nak". Tubuh wanita itu dirangkul erat.

Puan Sarah kenal dengan anaknya itu. Irsa tak akan berani tipunya kalau pasal bab macam ni. Puan Sarah menahan marah. Dia memujuk Irsa.

"Dah jangan nangis. Nanti mama uruskan".


Sorry late update....😭😭

Aris nak promote story.. Read them okay?

Najmi dalam hati and 123, Cinta!

Dua dua cerita tu by this author nabillansr

Happy ending or sad ending? Hahaha just leave your commentsss.. Nak hero hidup or heroin hidup or macam mana? Ending cerita ni yeahh lambat lagi but Aris nak pendapat dari korang semua🙆

THE END (4)Where stories live. Discover now