Bab 45

1.6K 94 2
                                    


Bunyi kucing bergaduh di laman belakang menyentakkan Aris daripada tidurnya. Dia merengus geram lalu melirikkan matanya pada jam loceng di atas meja. 12:45 pagi. Dia pasti akan terjaga pada waktu begini. Hoodie putih disarungkan ke tubuhnya beserta mask di wajahnya. Dia menapak turun ke bawah.

Kebetulan Iqbal yang terjaga melihat figura abang tirinya turun ke ruang tamu. Gelas diletakkan di atas meja lalu Iqbal mendapatkan Aris. Lengan Aris dipegang lantas Aris melirikkan matanya ke arah wajah Iqbal. Mukanya pucat tatkala melihat Aris memandangnya seperti serigala yang lapar.

"Abang Aris nak pergi mana? Kan malam ni". Iqbal cuba beranikan dirinya untuk melontarkan persoalan itu.

"Keluar". Iqbal melepaskan lengan Aris lalu Aris berlalu keluar rumah. Iqbal membiarkan sahaja Aris pergi. Mungkin Aris nak lepaskan tekanan yang dia alami. Ya. Itu yang Iqbal fikirkan.

Pak Din meronda sekitar halaman rumah lalu menyuluhkan lampunya pada tubuh Aris. Mata Aris dikecilkan dek kerana silauan cahaya lampu suluh milik Pak Din.

"Tuan muda nak ke mana?" Pak Din merapati tubuh Aris yang kaku apabila disuluh Pak Din.

"Lawat abah". Pak Din mengangguk lalu memberi laluan kepada Aris. Aris menapak keluar dari halaman rumah dan berjalan sendirian di dalam gelap. Pak Din memandang hairan dengan sikap Aris.

"Jalan kaki je? Lantak kau lah". Pak Din meneruskan kerjanya yang tergendala tadi. Dia meronda di bahagian belakang rumah banglo itu.

Aris bersiul sambil berjalan sendirian di bahu jalan. Dia menghentikan langkahnya apabila tiba di destinasi yang ingin dituju tadi. Aris menapak masuk ke dalam rumah itu seperti rumah sendiri. Kunci pendua dibawa keluar dari dalam poketnya lalu dia membuka pintu rumah itu dengan mudah.

Macam mana Aris ada kunci pendua? Pemilik rumah ini yang memberikannya kepada Aris. Makin senang lah kerjanya sekarang.

Matanya melilau di sekeliling rumah itu. Dia menapak naik ke tingkat atas. Rumah ini besar seperti tinggal sepuluh orang tetapi hakikatnya rumah ini hanya didiami dua orang perempuan. Salah seorang daripadanya pulang ke kampung halaman.

Sebuah bilik dituju lalu pintu dikuak dengan perlahan. Pintu dibiarkan terbuka seluas alam itu. Aris menapak menghampiri katil lalu menampar perlahan pipi Risya. Risya terjaga tatkala terasa tamparan Aris tadi.

"Daniel? Sayang? Awak ke tu?" Tanpa rasa segan silu Risya terus memeluk tubuh Aris. Tangisannya didengari di segenap ruang di dalam bilik itu. Aris membelai rambut Risya dengan lembut.

"Awak pergi mana? Saya rindu awak tau. Kenapa awak tinggalkan saya? Awak dah tak sayangkan saya ke Daniel?"

Aris menarik senyuman nipis. Daripada belaian manja tadi bertukar manjadi cengkaman yang sangat kuat. Aris mengangkat wajah Risya dengan kasar.

"Rindu aku? Sayangkan aku? Hey perempuan. Dah la berlakon baik depan aku. Kau memang tak layak jadi isteri aku la tahu tak?!" Tubuh Risya ditolak kasar di atas katil. Aris sekadar memandang wajah Risya yang sudah banjir dengan air matanya.

"Apa awak cakap ni Daniel? Apa yang saya dah buat dekat awak?" Risya bangun lalu berdiri di hadapan Aris. Aris menjeling sekilas wajah Risya lalu dia tergelak sinis.

"Hebat betul lakonan kau. Depan aku macam malaikat. Pijak semut pun tak mati. Tapi belakang perangai kalah syaitan. Tak hormat orang langsung". Kata kata Aris tadi membuatkan Risya terdiam seketika. Aris sudah tahu semua perkara yang terjadi. Risya, kau dah tak boleh menipu lagi.

"Daniel,awak tahu kan yang saya sayang sangat dekat awak. Saya bukan sengaja tolak abah sampai pengsan tadi. Biasa la kalau marah kan tak dapat kawal emosi kita". Risya merapatkan tubuhnya dengan Aris lalu pantas tangannya melingkar pada pinggang Aris. Wajahnya dibaringkan ke dada bidang Aris.

"Heh tak sengaja? Kalau abah aku mati tadi kau still cakap yang kau tak sengaja?!" Tubuh Risya ditolak kasar keluar dari bilik. Aris menapak keluar bilik dan memandang wajah Risya dengan bengang.

"Kau tahu tak perbuatan kau tu dah melampau?! Aku sebagai anak dia pun tak pernah langsung jentik dia. Ini pula kau orang luar?! Aku benci perempuan macam kau! Orang macam kau patut mati". Aris merapatkan wajahnya ke telinga Risya lalu dia tergelak sinis.

"Daniel, maafkan saya. Memang saya tak sengaja. Maafkan saya". Risya memeluk kaki Aris sambil teresak esak menangis. Aris tidak pedulikan pujukan Risya lalu menyepak Risya jauh dari kakinya.

Aris menggumpalkan buku limanya lalu dihayunkan kepada wajah Risya beberapa kali. Darah dari hidung dan mulutnya mula mengalir. Tubuh Risya disepak persis Aris menyepak bola sepak. Suka hati dia sepak dekat mana mana sehingga lah tubuh Risya jatuh tergolek pada tangga.

Risya tidak sedarkan dirinya. Aris menarik senyuman psikonya. Puas dapat balas apa yang Risya dah buat pada abahnya. Dia menapak ke arah Risya lalu membisikkan sesuatu kepadanya.

"Saya tak sengaja tau. Macam yang sayang cakap tadi, bila marah kita tak dapat kawal emosi kita kan. Sorry sayang". Pipi Risya ditampar perlahan lalu Aris menapak keluar rumah lalu pintu dikunci semula.

Pandangan Risya mula gelap.

THE END (4)Where stories live. Discover now