SPECIAL CHAPTER : HANS & DAMIA

Začít od začátku
                                    

Carl Hans Mikael yang ingin bersuara tersebut terus terbantut malah bibirnya ternganga kecil, jelas riak wajahnya terkejut tika ini.

Permintaan Damia memang buatnya terkesima, wajah diraup kasar.

"Damia. What the f- "

"Jangan mencarut abang! Nanti baby ikut!"

Damia menjeling tajam Carl Hans Mikael yang jelas terkesima itu, suaminya sekarang mudah benar dan cepat saja mencarut jika dia meminta lelaki itu lakukan perkara yang tak pernah dilakukan suaminya.

Tapi itu bayi dalam perutnya yang inginkan, dia cuma turutkan saja.

"Kau tengok muka aku, ada nampak pernah pergi dapur tak? Ada nampak macam chef yang selalu pegang senduk ke apa benda entah! Ada tak?"

Carl Hans Mikael mengangkat sebelah keningnya pada Damia dengan wajah seriusnya.

Seumur hidup dia tak pernah ke dapur nak lagi untuk memasak. Mustahil dia nak buatkan spaghetti untuk Damia.

"Tak pernah.. Kenapa abang tanya macam tu?" ujar Damia dengan dahi yang berkerut hairan.

Carl Hans Mikael menutup kelopak matanya dengan bibir yang diketap rapat.

Dalam diam dia mencuba untuk menyabarkan dirinya daripada terlepas kata yang tak sepatutnya pada isterinya itu.

"Damia Aisyah, listen! Selama 22 tahun aku hidup, aku tak pernah masak dan aku tak tahu cara memasak! Faham? So, macam mana aku nak buatkan spaghetti yang kau mintak tu? Kau nak dapur ni terbakar ke macam mana?"

Damia terdiam, sesaat esakan halus keluar dari bibirnya. Airmata laju mengalir membasahi pipinya, dia menangis kerana inginkan masakan dari suaminya.

"Mia cuma nak makanan dari air tangan abang je.. Salah ke? Tak boleh ke? Mia mintak spaghetti je pun! Abang tahu nak marah je! Mia tak nak tidur dengan abang kalau abang tak buatkan untuk Mia! Mia nak tidur rumah mama!"

"Fine! Okay, aku masak spaghetti yang kau nak tu! Kalau rumah ni terbakar, jangan salahkan aku! And, kalau spaghetti kau hancur jahanam, aku tak nak tanggung! Okay?"

Pantas Damia mengangguk dengan wajah yang berubah ceria lalu pipi suaminya dikucup pantas.

Carl Hans Mikael mengeluh halus seraya mengesat sisa airmata isterinya itu sebelum bangun dari duduknya.

"Kau duduk dekat sini, aku nak pergi dapur. Dah siap masakbaku panggil kau. Faham?"

Setelah mendapat anggukan dari isterinya, dia melangkah ke arah dapur dengan sebelah tangan sibuk menaip cara-cara untuk membuat spaghetti seperti yang Damia inginkan.

Untuk kali ke sepuluh, keluhan halus keluar dari bibirnya. Harap dapurnya selamat tanpa sebarang kebakaran.

Setengah jam berlalu, Carl Hans Mikael sibuk dengan tugas memasaknya di dapur.

Dan semestinya dapur tersebut bersepah dengan segala jenis bahan dan juga seangkatan dengannya. Wajah lelaki itu juga serius melihat hasil masakannya.

"Kalau Que tengok, memang 44 hari dia gelakkan aku! Mia, Mia, aku harap tahun ni last kau pregnant. Sumpah serik!"

Carl Hans Mikael menggumam perlahan dan sekaligus makanan yang telah siap dimasaknya itu diletakkan ke dalam pinggan tak lupa dicapai sudu dan juga garfu sebelum melangkah ke arah ruang tamu dimana Damia berada.

Dan paling nembanggakannya, dia berjaya membuat spaghetti tanpa sebarang masalah.

Mungkin Zara Nafisa juga turut bangga kerana setelah 22 tahun dia hidup, pertama kali dia berjaya untuk memasak.

Mr Killer's Girl  |✔|Kde žijí příběhy. Začni objevovat