"Hati-hati." pesan Nur Husna seraya tersenyum hambar.

Sempat dilambai tangannya pada Nur Husna sekilas, jelas terpancar wajah sayu Nur Husna tapi dia perlu pulang ke Itali. Bagasinya yang terletak di tepi pintu bilik diambil dan kaki melangkah ke arah pintu lif.

"Bye, sunshine." gumamnya perlahan.

Setelah berada di tingkat bawah, dia tersenyum pada ahli keluarga Carl Ayden yang sedang menunggunya di ruang tamu itu.

Salah seorang anak buah Carl Que Alexander mengambil bagasi Aressa untuk dimasukkan ke dalam kereta.

Aressa memeluk Carl Que Alexander erat sebelum mengucup pipi lelaki itu sekilas. Beralih ke arah Zara Nafisa, turut dilakukan perkara yang sama.

Perempuan yang dianggap seperti ibunya sendiri itu begitu juga dengan Damia yang tersenyum manis padanya.

"You're so adorable Damia. I know why Mike love you really much. Be a good girl and wife, soon." bisiknya dengan nada mengusik.

Tubuh kecil Damia dipeluknya kemas lalu dahi gadis itu diciumnya sesaat. Anak mata diarahkan pada Carl Hans Mikael lalu mereka berjabat tangan seketika.

Nafas ditarik dalam, berat hatinya untuk meninggalkan keluarga itu. Satu-persatu wajah mereka dipandangnya.

Cuba untuk mengingati setiap wajah tersebut. Belum tentu dia akan kembali ke Malaysia dalam masa yang terdekat.

"I love all of you guys. Terima kasih sebab layan I sebahagian dari keluarga you all. I hargai sangat."

Serentak itu, dia memandang untuk kali terakhir wajah mereka sebelum melangkah pergi.

Pemandu yang diarah untuk membawa Aressa ke lapangan terbang telah sedia menunggu di halaman rumah.

Zara Nafisa melambai ke arah Aressa yang sudah masuk ke dalam perut kereta itu sebelum kereta tersebut bergerak meninggalkan perkarangan rumah agam milik Carl Ayden.

*

*

*

Black memerhati susuk tubuh Aressa yang berjalan untuk masuk ke dalam kapal terbang itu, isyarat tangan diberikan pada sekumpulan anak buahnya lalu mereka mula menghampiri Aressa.

"Berhenti!" Bob mengacukan pistol dibelakang badan Aressa.

Terus tubuh Aressa mengeras saat terasa muncung pistol terlekap dibelakang badannya. Air liur ditelan kasar. Tanpa berfikir panjang, terus dia cuba untuk menyiku perut lelaki itu tapi tak mengena.

Tangan yang diangkat untuk menumbuk wajah Bob terus terhenti sebaik lelaki tersebut menahan tangannya sekaligus mengunci pergerakannya. Nampak gaya lelaki itu lebih tangkas darinya.

"Shit. What the hell?!" jerkahnya kuat dengan wajah merah padam.

Bob tersengih nakal dan tanpa menjawab pertanyaan Aressa yang jelas dalam keadaan marah itu, tubuh gadis tersebut ditolak perlahan masuk ke dalam kapal terbang tersebut diikuti yang lain.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now