Jimin menjerit kesakitan. "ARA!"

Terketar ketar tanganku ketika aku cuba mengunci pintu pagar kecil semula. Sebaik sahaja dikunci, aku mengundur setapak ke belakang sambil memegang dada kiriku.

Aku takut.

"Ara! Ara!"

Dia memanggilku sambil memukul mukul pintu pagar.

"Yah! Bukak pintu pagar ni!"

Aku pejam mata rapat-ii.

Kepala kugeleng dengan perlahan sebelum aku berlari masuk ke dalam rumah.

----------

"SAYANG.." aku membuka mata perlahan pahan apabila terdengar satu suara memanggilku

Terus aku bangun dari sofa. Pandang dihala ke arah Taehyung yang sedang menghampiriku. Dia meletakkan briefcafe di tepi sofa sebelum melabuhkan punggung di sebelahku.

"Mian. Saya tak sedar pon awak dah balik"

Taehyung merenung wajahku untuk beberapa saat sebelum tapak tangan kanannya mendarat di pipiku. Sebelah lagi mencapai tanganku.

"Gwenchana?"

Aku cuma kerut dahi. Pelik bila dia tanya soalan macam tu. Apa muka aku ni nampak macam orang sakit ke?

"Tae—"

"Awak menangis ke tadi?" potongnya.

Aku terdiam lalu menunduk.

Mungkin mata aku masih kelihatan merah dan sembab. Entah kenapa aku rasa sedih bila memikirkan kata-ii Jimin tentang suamiku tadi. Aku tak mahu memikirkan hal itu lagi. Aku nak lupakan semuanya. Mungkin sahaja lelaki itu cuma nak menakutkan aku.

"Hey.."

Taehyung mencapai daguku lalu mengangkat wajahku semula. Aku menggigit bibir apabila anak matanya berlari ke serata wajahku.

"Tell me what's wrong. Ada sesuatu yang mengganggu awak ke?" soalnya sambil mengusap lembut belakang tanganku.

Aku cepat-ii menggeleng.

"Takde pape. Saya kan baru bangun. That's why mata saya nampak letih" bohongku. Aku tersenyum kecil.

"Sayang.."

"Dahlah. Awak nak makan tak? Saya masak kejap"

Baru sahaja aku nak bangun, Taehyung menarik aku duduk semula. Aku melihat wajah suamiku berubah serius "Tell me the truth"

"Apa awak ni? Saya okay jelah. Takde apa pon"

"Ara. Saya kenal awak macam mana. Awak tak pandai berbohong" kening Taehyung naik sebelah.

"Kenapa dengan awak ni?"

"Saya tahu ada benda tak kena"

"Taehyung—

"Awak ada sorok sesuatu dari saya kan?"

"Saya cakap takde pape. Saya okay"

"Just tell me the truth, Ara. Susah sangat ke nak bagitau apa masalah awak?" Taehyung tiba-ii meninggikan suaranya

Aku terdiam

Kami sama-ii mendiamkan diri. Wajah Taehyung aku pandang untuk beberapa saat sebelum aku berpaling ke tempat lain. Mataku mula terasa panas dan berair. Entah kenapa aku ni mudah sangat menangis. Hati tisu betul lah aku ni!

"Kan saya dah cakap yang saya tak pape. Saya okey je. Tak payahlah nak marah-ii. Saya memang takde masalah apa pon. Awak je yang melebih lebih. " aku tahan nangis. Suara tergelam timbul macam budak kecil menangis tak dapat jajan.

[OG] Stay With Me + TaehyungWhere stories live. Discover now