◾ Part 11 ◾

4.7K 507 99
                                    

ARA membuka mata semula. Mengelap air mata di pipi apabila pintu biliknya diketuk beberapa kali. Berselang seli dengan bunyi tombol pintu yang dipulas kasar. Cepat-ii dia turun dari katil dan meluru ke arah pintu.

"Kau pekak ke apa? Bukak pintu pon lambat!"

"Kau nak apa? Masih tak puas dengan apa yang kau dah buat kat aku semalam?" Ara menyoal sambil melempar pandangan kosong ke arah Sujin.

Sujin pula cuma ketawa sinis. Tangan Ara direntap kasar sehingga membuatkan gadis itu terjerit kecil.

"Memang! Memang aku tak puas. Padanlah dengan muka kau. Kau ni..memang tak layak hidup senang!" Bidas Sujin.

"Oh ya..macam mana rasa sup yang kau telan semalam? Sedap? Hahaha. Kau kira bernasib baik sebab aku tak tambah racun sekali dalam tu. Kalau tak, mesti kau dah lama mampus kat situ."

Ara mengangkat pandangan. Nafas ditarik dalam-ii, cuba menenangkan hati semula. Ingin sekali dia menampar wajah Sujin sekuat hati. Sudah dia agak yang itu semua kerja kakaknya. Tapi.. tak guna juga dia membalas. Puan Yoo juga takkan percaya cakap dia kalau dia bagitau hal sebenar.

"Sampai hati kau kan.."

"Dah dah! Aku tak nak cakap pasal ni lagi. Takde masa aku nak membebel dengan kau. Sekarang, kau ikut aku" Sujin mengheret Ara keluar dari bilik.

"Ishh. Lepaslah..sakit. Kau nak bawak aku pergi mana ni?"

Sujin cuma diam. Ini peluang keemasan baginya memandangkan ibunya tiada di rumah sekarang. Rancangannya akan berjalan dengan lancar malam ni.

"Weh..Cepat tolong aku" arah Sujin pada dua orang temannya. Seketika kemudian, tubuh Ara ditolak kasar ke dalam perut kereta. Dia menjerit kuat. Tangan cuba membuka pintu kereta tetapi sempat dihalang oleh mereka bertiga.

"Sujin! Apa kau cuba buat ni?"

"Bisinglah kau ni. Kalau kau tak nak kitaorang campak kau kat tepi hutan, lebih baik kau senyap!" ugut Sujin.

Ara terdiam. Perlahan lahan dia menjatuhkan tangan semula. Pandangan dialih ke luar tingkap kereta. Menghadap lampu-lampu jalan sebaik sahaja kereta mula bergerak. Nafas ditarik dan dihembus dengan perlahan.

Dia sendiri pon tak tau ke mana Sujin mahu membawanya. Sekali lagi air matanya jatuh. Dia takut. Takut yang Sujin akan buat sesuatu di luar jangkaannya. Dia hanya mampu berdiam diri. Berharap tidak ada perkara buruk berlaku pada dirinya nanti.

Kenapa Sujin sanggup buat dia macam ni? Apa salah dia? Ara mengelap air mata yang jatuh dari pelupuk matanya.

Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata sedang memerhati gerak geri mereka dari jauh.

Yoongi.

Cepat-ii lelaki itu mengekori kereta di hadapannya dari jarak jauh. Tangan sebelah mengeluarkan telefon pintar dari poket seluarnya.

----------

"SUJIN..aku tak nak. Tolong bawak aku keluar dari tempat ni.."

Ara memaut lengan Sujin. Dia jadi takut melihat keadaan sekelilingnya. Alunan muziknya terlalu membingitkan telinga. Tak pernah sekali pon dia menjejakkan kaki ke tempat macam ni dalam hidupnya.

"Kau ikut je cakap aku. Jangan buat hal" bisik Sujin

"Sujin, jangan buat aku macam ni. Aku tak nak. Tolonglah. Aku nak balik!"

Sujin pekakkan telinga. Tangisan gadis itu langsung tidak dihiraukan. Dia membawa Ara ke arah meja yang terletak di sudut kelab itu. Dari jauh, kelihatan seorang lelaki yang sibuk memandang ke arah lantai tarian sambil meneguk segelas air.

Sebaik dahaja mereka tiba di situ, lelaki itu terus mengangkat muka. Sebelah kening dinaikkan. Bibir perlahan lahan menyenget sinis. Mata tak lepas daripada memandang wajah gadis di sebelah Sujin.

"Kau memang seorang yang menepati janji.."

"Of course lah. Haha. Kenalkan, perempuan yang aku cakap kat kau hari tu. Ara..adik aku."

Ara menarik hujung bajunya. Memeluk tubuhnya sendiri apabila melihat renungan mata lelaki yang sedang menilik tubuh kecilnya atas bawah. Hujung telinganya sempat menangkap tawa halus lelaki itu.

"Mulai sekarang, dia milik kau. Kau boleh buat apa je yang kau nak. Aku tak kisah. Pastu, pandai pandailah kau hantar dia balik" kata Sujin

Mata Ara membuntang luas. Dia tak salah dengar kan? Sampai hati Sujin buat dia macam ni. Ingat dia ni perempuan jenis apa?

"Apa yang kau cakap ni, Sujin? Kau sedar tak apa yang kau dah buat?!"

"Dah jelas kan apa yang kau dengar tadi? Masih tak faham lagi ke?" Sujin menepis tangan Ara.

Ara kembali memaut lengan Sujin. Pandangan dibawa ke arah lelaki itu semula. Sempat dia menangkap senyuman nakal lelaki bernama Jimin itu. Dia sudah mula menggigil ketakutan.

"Aku nak balik, Su.. Tolonglah. Aku nak balik.."

"Kau jangan buat hal eh, Ara! Kau layan jelah. Susah sangat ke?!"

"Su.. Aku— Ahh!"

Sujin mengguling biji mata. Tubuh Ara ditolak kuat sehingga gadis itu jatuh terduduk di atas sofa. Ara bangkit semula. Tangan cuba mencapai tangan Sujin tetapi gadis itu pantas mengelak darinya.

Sudah bosan melihat drama depan mata, Jimin terus menarik Ara ke dalam pelukan. Tubuh gadis itu ditarik rapat dengannya. Tangan merangkul kuat pinggang gadis itu lalu menolaknya ke sofa. Separuh tubuh gadis itu ditindih kasar. Ara menangis sekuat hati.

"Boleh tahan degil jugak adik kau ni kan.."

"Lepaslah!" Ara meronta. Kedua dua belah tangannya sudah ditindih."Sujin.. Tolonglah. Aku merayu. Jangan buat aku macam ni.."

Sujin tayang muka kosong. Esakan gadis itu langsung dia tak peduli. Menangis dengan air mata darah sekali pon, takkan ada perasaan simpati pada adiknya itu. Malah, dia lagi suka melihat gadis itu menderita.

"Sujin..hiks..aku merayu sangat..hiks"

"Ara.. Jangan risau, okay? Lama-lama kau mesti suka. Nanti bila dah puas, kau boleh balik. Ye? Just be a good girl for him" Sujin mengusap pipi Ara. Menyeka air mata yang tak henti-ii mengalir. Seketika kemudian, dia tersenyum sinis. Kaki mula melangkah pergi meninggalkan mereka berdua.

Ara cuba bangkit semula. "Sujin!"

"Kau nak ke mana? Hmm? Kau ingat kau boleh pergi macam tu je?"

"Lepaslah! Tolong!" Ara menjerit sekuat hati. Tapi tiada seorang pon yang peduli. Masing-ii dengan dunianya sendiri. Bagi mereka itu sudah menjadi satu kebiasaan bila berada di sebuah kelab.

"Kau ni boleh tahan jugak kan?" bisik Jimin. Wajah tampannya didekatkan pada wajah Ara. Semakin dia mendekat, semakin kuat tangisan gadis itu.

"Tolong..hiks..tolong jangan apa apakan saya..hiks"

Jimin ketawa halus. Tangannya mula mengelus wajah cantik milik Ara. "Betul cakap kakak kau. Kau memang cantik"

Ara mengatup mata, hanya mampu menangis dan terus menangis. Dia tak kuat lagi. Dibiarkan sahaja lelaki itu menyentuhnya.

pap!

Jimin terpaku. Kepala berpaling sebaik sahaja bahunya ditepuk dari belakang. Mata terbuntang luas. Perlahan, dia melepaskan pegangan pada gadis itu.

.

.

.

.

.

"She's mine!"


-TBC-

[OG] Stay With Me + TaehyungWhere stories live. Discover now