◾ PART 21 ◾

5.5K 543 74
                                    

"TSK! Kim Taehyung.."

Jimin melihat pantulan dirinya di cermin. Tangan menolak kasar rambutnya yang masih basah ke belakang.

Teringat kembali waktu dia bersama dengan Ara semalam. Masih terbayang lagi sentuhan tangan Ara pada kulitnya. Sangat menghayalkan. Ikutkan, boleh sahaja dia teruskan untuk memuaskan dirinya. Tapi, semuanya musnah disebabkan Kim Taehyung!

"Ahh~ dia tak layak untuk kau, Ara" Jimin meraup wajahnya. Ada senyuman sinis beraja di bibir lelaki itu. Entah kenapa setiap kali dia memikirkan Ara, pasti jiwanya tak tenang.

"Ye. Ni baru permulaan. I'll make her mine, soon"

----------

"PERLAHAN-LAHAN.." Taehyung membantu Ara turun dari katil.

Pagi ni, Ara dah boleh pulang ke rumah selepas menerima rawatan daripada pihak hospital. Sejak kejadian semalam, gadis itu langsung tak bercakap. Banyak mendiamkan diri walaupun Taehyung cuba untuk bercakap dengannya. Wajahnya tetap sama. Kosong tanpa senyuman.

Setiap kali dia cuba mendekat, pasti gadis itu cuba mengelak. Mungkin masih trauma dengan kejadian semalam.

Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, Taehyung terus menghidupkan enjin. Sepanjang perjalanan mereka cuma mendiamkan diri. Hanya alunan muzik di radio sahaja yang berkumandang menemani mereka berdua. Akhirnya, mereka tiba di destinasi yang dituju. Taehyung terus memarkir keretanya di dalam garaj. Setelah itu, dia membolos keluar dari perut kereta.

"Come"

Ara mendongak. Memandang Taehyung apabila lelaki itu membukakan pintu untuknya. Perlahan lahan gadis itu menapak keluar dari kereta. Dia berpaling menghadap Taehyung semula. Dahi berkerut seribu. "Kenapa..tak terus balik apartment awak je?"

"Buat masa sekarang ni, awak tinggal kat sini dulu. Terlalu bahaya kalau nak biarkan awak tinggal sana sendirian" Taehyung senyum kecil.

"Tapi—

"Awak jangan risau, saya dah suruh orang tolong uruskan apartment tu. Bersihkan apa yang patut. Sempat jugak saya singgah sana untuk amik pakaian-ii awak pagi tadi"

Ara senyum sipi. Terus dia membuntuti Taehyung apabila lelaki itu sudah melangkah menuju ke arah pintu rumah. Kali kedua dia menjejakkan kaki ke rumah ni.

"Mak Cik Choi, tolong bawak Ara ke bilik boleh?" pinta Taehyung sebaik sahaja melihat mak cik Choi yang sudah menunggu kepulangan mereka di ruang tamu.

Mak cik Choi mengangguk. "Baik, encik"

Tanpa membuang masa, wanita itu terus membawa Ara ke tingkat atas. Sempat gadis itu menoleh ke belakang untuk melihat Taehyung. Lelaki itu cuma tersenyum ke arahnya. Cepat-ii Ara berpaling ke depan semula. Entah kenapa jantungnya tiba-ii sahaja berdegup laju apabila melihat senyuman manis lelaki itu.

Malu pon ada. Tapi, dia cuba buang perasaan tu jauh-ii. Dia segan. Segan apabila Taehyung sentiasa ada untuknya. Lelaki itu dah banyak tolong dia selama ni. Sampai dia sendiri pon tak tahu macam mana nak membalas semua tu.

----------

"MAK cik nak saya tolong?"

Mak cik Choi berpaling ke belakang. Dadanya diurut perlahan apabila melihat Ara memasuki ruang dapur. Terkejut dia dibuatnya tadi

"Eh, takpelah. Cik Ara rehat je kat bilik dulu. Nanti dah siap masak, mak cik panggil Cik Ara makan ye" balas Mak cik Choi bersama senyuman

"Takpe. Biar Ara tolong ye. Sikit pon jadilah"

[OG] Stay With Me + TaehyungWhere stories live. Discover now