◾ PART 42 ◾

4.2K 422 109
                                    

----------

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


----------

SEMINGGU aku kat sini. Masa berlalu dengan pantas. Hari ni kami akan pulang korea semula. Sejujurnya aku masih belum puas lagi tinggal kat sini. Aku suka dengan tempat ni. Tenang, cantik, nyaman je rasa bila menikmati udara segar tepi pantai pada waktu pagi

"Ara?" omma menghampiriku yang sedang membaca majalah di ruang tamu

Aku mendongak untuk memandang wajah omma. "Eh, omma.."

"Kamu dah siap kemas barang ke?"

"Dah, omma. Ara cuma tengah tunggu Taehyung habis mandi je ni. Lama sangat. Dari tadi tak turun-ii"

"Tak payah tunggu. Dia tu, mahu setengah jam duduk kat dalam bilik air. Entah apa dia buat pon tak taulah. Perangai masih tak ubah dari dulu" kata omma sambil melabuhkan punggung di sebelahku

Aku cuma ketawa kecil. Memang betul pon apa yang omma cakapkan tu. Suami aku ni kalo mandi, dia punya lama..kalah perempuan!

"Flight kamu pukul berapa?"

"Pukul 5 petang ni" jawabku. Lantas aku menutup majalah sebelum meletakkannya di atas meja

Omma kerling jam di dinding yang baru je menunjukkan pukul 1:30 petang. "Masih ada masa lagi"

Aku cuma mengangguk

"Macam cepat je masa berlalu sekarang ni kan. Rasa macam baru je kita berjumpa semalam. Tak sempat omma nak bawak kamu tengok butik-ii omma"

Aku cuma tersenyum nipis

"Dah lama ke omma bukak butik tu?" soalku

Omma cuma mengangguk. "Dah dua tahun dah. Omma sebenarnya dah lama nak bukak butik pakaian tidur wanita ni. Tapi tulah. Masa tak mengizinkan. Omma terlalu busy dengan urusan syarikat"

"Tapi Ara tengok bisness omma semakin maju sekarang. Banyak butik omma dah bukak kat sini" ujarku sambil tersenyum

"Hmm. Tapi tulah. Omma masih mencari pekerja baru untuk uruskan butik omma yang baru ni"

Aku cuma mengangguk

"Ouh ya. Omma ada sesuatu nak bagi kat kamu" Omma mencapai beg kertas hitam di tepi sofa lalu memberikannya padaku

"Apa ni, omma?"

"Kamu tengoklah. Omma harap kamu suka"

Aku mengukirkan senyuman sebelum melihat isi dalam beg kertas itu. Mataku membulat. Wajahku terus membahang apabila aku keluarkan salah satu isi dari dalam beg itu. Cepat-ii aku masukkan ke dalam semula

"Kenapa? Kamu tak suka ke?"

"Eh taklah. Su..suka sangat. Terima kasih, omma. Buat susah-ii je"

"Tak susah pon. Eh, bukan senang tau nak dapat kain yang elok dan berkualiti tinggi macam ni. Kamu trylah pakai nanti. Mana tau Taehyung suka" balas omma sambil tangannya menampar perlahan tanganku

[OG] Stay With Me + TaehyungWhere stories live. Discover now