◾ PART 27 ◾

4.9K 497 64
                                    

"LONG time no see, sweetie"

Jimin menarik senyuman sinis. Anak matanya berlari ke serata wajah gadis di depannya itu.

Terkejut Ara apabila melihat lelaki di depannya itu. Jantungnya berdegup kencang. Nafasnya seolah olah berhenti secara mendadak.

"Macam mana awak.."

"Terkejut?" Jimin berdecit. Dia melihat sekeliling sebelum matanya tertumpu pada Ara semula. "Mata aku ada di mana-ii sahaja, Ara. Setiap gerak geri kau aku perhati"

"Awak nak apa lagi dari saya?!"

"Kau tahu apa yang aku nak kan..?"

Ara ketap bibir. Turun naik nafasnya menahan marah. Benci melihat wajah lelaki di depannya itu. "Pergi! Jangan ganggu saya lagi atau saya—"

"Atau apa? Nak jerit? Go on, dear. Kau akan tahu akibatnya nanti"

"Awak memang–auch! Lepaslah!"

"Hmm..Kau ni..degil jugak kan? Bukan ke aku dah pernah pesan sebelum ni? Jangan dekat dengan lelaki tu lagi?"

"Lepaskan saya! Sakit!" rintih Ara. Lengannya terasa sakit ditarik kuat oleh lelaki itu.

"Kau jangan ingat kau boleh terlepas macam tu je eh. Aku diam, tak semestinya kau selamat!"

Ara menjerit. Terasa seperti mahu menangis. Badan lelaki itu cuba ditolak berkali kali.

"Kenapa awak buat saya macam ni? Apa salah saya?"

"Kau tak salah apa. Cuma..aku rasa rugi kalau aku lepaskan perempuan secantik kau ni" Jimin ketawa. Mata merenung Ara atas bawah.

"Tolonglah jangan buat saya macam ni. Tak puas ke dengan apa yang awak dah buat kat saya dulu?"

Jimin angkat kening. Kepalanya digeleng perlahan. "Puas? Haha. Aku tak pernah puas dengan kau, Ara. Kau sepatutnya jadi milik aku. Aku takkan biarkan kau bersama dengan lelaki lain!"

"Dasar lelaki gila!" Ara mengangkat tangan. Pipi lelaki itu ditamparnya sekuat hati.

Secara automatik pegangan Jimin pada tangannya terlepas. Lelaki itu kelihatan terkejut.

"Kau..Kau sedar tak apa yang kau dah buat?"Jimin megetap bibir. Sejurus itu, tangan Ara direntapnya kasar. Belum pernah ada lagi perempuan yang berani menamparnya sebelum ni.

"Auch! Sakitlah!"

"Kau memang nak—

Bbushh!!

Ara menekup mulut. Terkejut dia melihat Jimin yang sudah terbaring di atas lantai. Ada cecair pekat mengalir dari hidung lelaki itu.

"Kau memang tak serik-ii kan? Berani kau tunjuk muka depan isteri aku lagi!"

Jimin berdecit sinis. Dia mula bangun. Lalu pakaiannya ditepuk tepuk sambil anak matanya merenung tajam ke arah Taehyung.

"Isteri? Tsk! Gelaran tu hanya untuk sementara aje, Kim Taehyung" Jimin mula mendekati Taehyung. Sempat dia menghadiahkan senyuman sinis buat Ara. "Sebab perempuan ni akan jadi milik aku tak lama lagi. Haha"

Taehyung mendengus. Terus kolar baju Jimin direntapnya kasar. "Kau takde hak nak rampas dia dari aku!"

Jimin menggeleng berkali kali. Bibirnya menyenget sinis. "Sanggup kan..kau kahwin dengan perempuan yang dah jadi bekas aku ni?"

Ara memandang Jimin. Lelaki itu juga turut memandang ke arahnya.

"Apa maksud kau?" soal Taehyung.

[OG] Stay With Me + TaehyungWhere stories live. Discover now