Melihatkan sasarannya kali ini berjaya, kaki kirinya menendang lutut kanan Chris sekuat hati.

BUK!

Tangan yang dipegang Chris terlepas dan kesempatan itu diambil dengan menendang tepat pada perut Chris hingga lelaki itu terdorong ke belakang dan tersandar pada dinding bilik.

Nur Husna mengetap kuat giginya.

Bunyi tembakan yang bergema diluar bilik itu menarik perhatian Nur Husna, dapat diagak mereka diluar sedang berbalas tembakan dan juga bunyi bising suara seseorang yang dikenalinya- Carl Hans Mikael.

"Tolong cepat. Tolong.." bisiknya perlahan.

Untuk menarik perhatian mereka yang berada diluar, Nur Husna mengetuk kuat pintu bilik tersebut tanpa menghiraukan rasa sakit ditangannya.

Sedang dia cemas dan juga berharap suaminya segera sampai, peluang itu diambil oleh Chris yang sedang dalam keadaan berang itu.

Perempuan itu betul-betul menaikkan amarahnya.

Rambut Nur Husna direntapnya kasar daripada belakang dan sebelah tangannya pula mengeluarkan sebilah pisau kecil yang berada dalam poket seluarnya lalu ditekapkan pada leher Nur Husna.

Nur Husna memegang tangan Chris yang merentap rambutnya itu, mata terpejam rapat dengan wajah berkerut sakit.

Airmata makin laju mengalir dihujung matanya. Kaki cuba menendang lelaki itu tetapi tak mengena.

"You bitch!"

Dengan tangan yang mencengkam kuat rambut Nur Husna, dia mengheret perempuan itu ke arah katil dengan kasar.

Jeritan kesakitan Nur Husna tak dipedulikan. Dia sudah habis bersabar dengan perempuan itu sebelum ini yang terus-terusan melawannya.

Nur Husna tetap meronta kuat sambil cuba merungkaikan jari-jemari Chris pada rambutnya.

Malah, dia terpaksa menahan jeritan kesakitan bila lelaki itu menguatkan lagi cengkaman di rambutnya

"Le-paslah!"

Tubuh kecil Nur Husna ditolaknya kasar ke atas katil dan laci meja kecil disebelah katil dibuka dan gari besi diambilnya.

Serentak itu juga Nur Husna cuba turun daripada katil tersebut tetapi dia mengerang sakit apabila Chris menumbuk kuat perutnya.

Chris tersengih sinis melihat Nur Husna yang seakan tak mendapat udara yang cukup dengan sebelah tangan menekan-nekan perutnya.

Lalu, dia mendekati Nur Husna dan kedua belah tangan perempuan itu digenggamnya kuat dengan sebelah tangan lalu digarinya.

Nur Husna tak dapat melakukan apa-apa buat seketika bila terasa udara pernafasannya tersekat dikerongkong. Tumbukan dari lelaki itu buatnya terasa mahu pitak saja.

"Lepas! Lepas lah!"

Nur Husna meronta-ronta, cuba untuk mengelak daripada digari dan tetap tak berjaya.

Kakinya juga menendang-menendang Chris sekuat hati dan lelaki itu hanya beriak biasa seakan tak terkesan dengan tendangannya.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now