Bab 13

1.5K 102 28
                                    

SEPANJANG perjalanan Mia rasa awkward. Rasa pelik sebab tumpang kereta orang dan tak reti nak cakap apa dengan tuan punya kereta. Tapi sebab dia dah tahap terdesak terpaksalah kena tahan rasa.

Hezrique pula dari tadi asyik fikirkan orang di sebelah. Bukan senang dia boleh duduk berdua dengan Cik Ais Batu macam ni. Tapi bila dah dapat peluang dia pula rasa macam kelu nak bersuara. Padahal kalau nak ikutkan macam-macam soalan dia nak tanya.

Masuk je kawasan Sungai Buloh, kereta mula bergerak perlahan diikuti dengan hujan lebat turun. Kalau macam nilah gayanya mahu lepas Maghrib baru sampai rumah. Mia dah mula tak senang duduk bila tengok situasi sekarang.

"Ehem...rumah you area mana?"

"Ampang."

Urgh! Am I doing a stupid mistake? Mia mula tak sedap hati bila dah terlepas cakap. Kalau dah namanya menumpang kereta Encik Bos, mestilah Encik Bos akan tahu dia duduk di mana nanti. Bila dah tahu rumah dia, bocorlah rahsia macam ni. Dalam diam, Mia dah gelisah sendiri.

"You tak tinggal dengan parents you sekali ke?"

Hezrique pandang Mia sekilas. Saja dia tanya nak pancing orang sebelah bersuara. Kalau dia diam, sampai ke sudah Mia pun diam membisu seribu bahasa.

"Taklah. I duduk sendiri."

Mulut menjawab tapi kepala tengah ligat cari jalan supaya Hezrique tak tahu lokasi sebenar rumah dia. Bukan apa, kalau Encik Bos sebelah ni tahu dia tinggal di mana, mahu terkejut bos ni nanti.

Sekejapan masing-masing senyap. Mia mula rimas bila kereta yang dipandu Hezrique bergerak tak sampai 40km/j pun. Kalau macam ni gayanya, lambatlah dia akan sampai rumah. Nasib baik dia dah minta tolong mama hantarkan Hans balik ke rumah. Kalau nak tunggu dia jemput Hans dari rumah mama, alamatnya malam nanti baru dia ambil Hans balik.

"If you don't mind, boleh I nak tanya soalan personal sikit?" Hezrique dah tak mampu nak kunci mulut lagi. Dah alang-alang dapat peluang keemasan macam ni baik dia terus tanya soalan yang terbuku ni.

Mia pula terus curi pandang Hezrique yang tengah memandu. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba tanya macam tu. Tak banyak sikit hati dia mula rasa ragu-ragu. Nak cakap tak, macam tak patut, tapi kalau cakap ya macam menjerat tengkuk. Sudahnya dia angguk dan jawab ya dalam terpaksa.

"Sure. Nak tanya apa?"

"Dah berapa lama you single?" Hezrique terus tanya sebaik Mia bagi lampu hijau. Tak ada tempoh menunggu lagi dah.

Mia yang tak dapat agak soalan apa yang akan ditanya terus tersentak. Tapi cepat-cepat dia cover reaksi balik. Terus dia tayang muka cool walaupun dalam hati dah berkocak dengan soalan luar alam tu.

"Sejak Hans umur 4 bulan."

What?! Sikit lagi Hezrique nak tertekan brek. Serius dia macam tak percaya statement yang baru masuk telinga dia.

"He left you?" soal Hezrique lagi bila dapat suara balik.

Mia tarik senyum segaris. Soalan Hezrique mengingatkan dia semula tetang kisah lalu yang dia dah lama lupakan.

"Nope. I left him." Selamba Mia cakap gaya macam orang tak ada perasaan.

Tapi Hezrique di sebelah dah terjungkit kening dengan muka terkejut.

"Why? He cheated on you?" Spontan Hezrique bertanya. Hanya itu je yang terlintas dalam kepala dia. Perempuan kalau tinggalkan lelaki biasanya hanya satu saja alasannya. Curang!

Sincerely, M.EOn viuen les histories. Descobreix ara