Bab 4

1.4K 84 6
                                    

MIA pandang muka Yaya dan Yaya pandang dia balik. Entah belah mana yang Yaya tak faham pun dia tak pasti. Bukan dia cakap bahasa Jerman pun tadi. Mungkin Yaya masih jetlag kot. Itu je alasan yang boleh diguna pakai setakat ni.

"Kejap! Kau cakap kau jumpa balik mamat yang kau siram hari tu?" Yaya tayang muka tak percaya.

Mia tarik nafas berat sambil julingkan mata ke atas. Penat rasanya nak ulang suara ni. Elok tadi dia rakam je suara dia. Biar Yaya ulang balik kalau nak dengar statement dia tadi.

"Ya, Cik Yaya. I met him again."

Yaya terus bulatkan mata dan tutup mulut dengan tapak tangan. Nampaknya ayat dia baru daftar masuk ke kepala Yaya.

"OMG! You're so dead Mia."

Mia cebik. Dead la sangat! Alhamdulillah...setakat ni dia elok je hidup bernafas macam biasa. Yaya je yang exaggerate.

"You're talking about Mia E. Spencer, Miss Maria. Tak payah nak exaggerate sangat."

"Oh c'mon, Mia. Don't you think he's kinda hot and smexy?" Yaya terus cebik. Walaupun dia tahu Mia kental, tapi kalau dah namanya perempuan tu perempuan juga.

Mia julingkan mata ke atas. Kalau bercakap dengan Yaya tak pernah tak keluar perkataan hot, smexy, handsome, yada...yada. Tapi...itulah yang buat dia terhibur bila keluar dengan Yaya. Ada je ayat-ayat pelik yang akan keluar dari mulut Yaya.

"Yeah. He's hot..." Nak tak nak je Mia jawab. Padahal dalam hati dia mengaku Hezrique memang tergolong dalam kategori tall, fair and handsome. Kalau dia pencari bakat untuk penghias muka depan majalah, confirm dia pun akan ambil Hezrique untuk uji bakat.

"Wow! Ini pertama kali kau setuju dengan aku bab ni kan?" Yaya senyum lebar pandang si teman.

Mia terus tarik senyum nipis. Sorry to burst your bubble, Yaya.

"Aku tak habis cakap pun lagi."

Senyuman Yaya terus mati bila Mia cakap macam tu.

"Apa yang aku nak cakap tadi dia hot-tempered, Cik Yaya. Bukan 'hot' yang kau maksudkan tu."

Yaya terus tarik muka.

Mia yang memandang hanya mampu tarik senyum nipis. Kalau dah macam tu gaya Cik Maria sahih ada orang juga yang sentap kejap lagi.

"Aku rasa mata kau tu ada problem la Mia. Baik kau pergi check."

Mia julingkan mata. Saja nak kenakan Yaya sebenarnya. Sekali-sekala dapat keluar dengan cik pramugari yang selalu 'terbang' ke sana sini buat dia rasa ringan kepala kejap.

Siapa sangka disaat dia rasa 'hilang' semua kawan, Yaya muncul dan hulurkan tangan untuk jadi sahabat. Walaupun penampilan dia sekarang dan Yaya ibarat langit dan kerak bumi bezanya, tapi Yaya jelah satu-satunya orang yang boleh dia panggil sahabat setakat ni.

"Please, suggest me the best opto in town. Nanti aku pergi."

Yaya cebik.

"Cakap dengan kau tak pernah nak kalah kan?"

Mia senyum sebelum sambung balik jamah hidangan fish & chips yang dah suam. Kalau layan Yaya sampai restoran tutup pun tak habis.

Sincerely, M.EWhere stories live. Discover now