Bab 12

1.1K 96 24
                                    

All the single ladies (all the single ladies)

All the single ladies (all the single ladies)

All the single ladies

Now put your hands up...

Semua mata yang ada dalam bilik mesyuarat terus pandang ke arah Mia yang masih tayang muka kosong. Hezrique yang duduk di kepala meja dah tersandar dekat kerusi sambil main pusing-pusing pen di celah jari. Saja tunggu reaksi Cik Ice-Queen yang masih tayang muka selamba gaya macam bukan punca mesyuarat mereka terhenti.

"Psst...Mia. Your phone."

Mia jungkit kening pandang Nancy di sebelah. Phone? Ringtone phone dia bukan macam tu. Sekejapan bilik mesyuarat jadi senyap sunyi sebelum bunyi yang sama bergema satu bilik lagi.

Satu saat, dua saat berlalu...

Gosh! Baru dia tersedar handphone yang dia letak dalam clutch bag. Cepat-cepat Mia capai beg di sebelah dan reject call Yaya. Lepas tu laju tangan dia matikan terus telefon. Saat Mia angkat kepala pandang orang di sekeliling, saat tu juga dia rasa macam nak sorok muka bawah meja.

Ada yang tunduk senyum, ada yang tengah cuba tahan gelak. Oh no! Screw you, Yaya. Mia dah menyumpah dalam hati. Patutlah semalam Yaya belek handphone dia lama. Rupa-rupanya inilah kerjanya.

"Sorry."

Mia tundukkan sikit kepala. Tebal berinci-inci rasanya muka dia sekarang ni.

Hezrique yang tengah duduk bersandar di kepala kerusi dah kulum senyum tengok gelagat Cik Ice-Queen yang tengah panas muka. Pertama kali dia tengok Mia yang selalunya tayang muka kosong menggelabah tiba-tiba. Her reaction was priceless!

"A single mother? Are you sure, ma?" Soal Hezrique dengan muka bercahaya. Serius dia rasa macam baru dapat ambil nafas balik lepas gagal apungkan diri ke permukaan.

"Ya. Aunty Azreen yang bagitahu mama."

"So, Mia bukan menantu Aunty Azreen la?"

"No. Tapi Mia still anak saudara Aunty Azreen. Mummy Mia kakak Aunty Azreen."

Hurm...so that's how the story goes. Interesting!

"Bos!"

Terus Hezrique pandang muka Kamarul, si pengurus projek yang duduk di kerusi sebelah. Terbang semua perbualan dia dengan mama hari tu bila Kamarul seru tiba-tiba.

Bila dia pandang ke depan, berpasang-pasang mata tengah tengok dia sekarang ni. Hezrique cepat-cepat betulkan duduk sebelum bersuara.

"So, all the single ladies..."

Eh?! Shit! Hezrique dah menyumpah dalam hati.

"I mean ladies and gentlemen, where were we?"

Bukan niat dia nak kenakan Cik Ice-Queen tapi mulut dia yang menderhaka dulu. Jadi, terpaksalah Hezrique cover dengan tayang muka serius sambil pandang staf yang tengah tahan senyum gaya macam nak buang angin tapi tak lepas.

Dalam masa yang sama, Mia yang tengah memerhati Encik Bos dengan pandangan laser dah rasa macam nak lastik mulut Encik Bos dengan biji getah. Biar Encik Bos tahu langit tu tinggi ke rendah.

SELESAI meeting dan site visit, Mia terus call Yaya. Perhitungan harus dibuat. Tak pasal-pasal hari ni dia dapat malu gara-gara ringtone handphone. Serius dia tak tahu nak letak muka kat mana sekarang ni bila ahli mesyuarat semua pakat-pakat pandang dia sambil senyum.

Sincerely, M.EWhere stories live. Discover now