Bab 11

1.1K 78 6
                                    

DARI pagi lagi Mia dah serabut alam. Tiba-tiba ada adhoc meeting dengan project manager pasal supplier yang delay hantar barang. Dari pagi dia berkampung dalam bilik mesyuarat sampai la ke tengah hari.

Nasib baik meeting selesai sebelum lunch hour. Kalau masuk waktu lunch meeting masih tak habis mahu masing-masing tayang muka blur tak boleh fikir.

"Mia."

Terbang terus lamunan Mia. Dia angkat muka pandang Zarief dengan muka kosong. Nampak sangat otak dia dah ke laut sejak tadi.

"Are you with me or somewhere over the rainbow?"

Huh! Ayat Zarief kalau tak menyindir dia tak sah. Ada je benda nak menyakitkan hati. Mia tarik nafas sambil kuis-kuis fish and chips di pinggan.

"Hal penting apa yang you nak cakap dengan I?"

Mia terus tanya soalan yang sebenar. Malas nak menjawab panjang-panjang. Nanti dia yang lebih sakit hati.

Zarief yang duduk berdepan dengan Mia mula tarik senyum bila tengok reaksi kejung Mia.

"Mama. You tahu kan dia nak 'kita'. Not 'you' and 'me' anymore."

Mia tarik nafas berat sebelum sedut Ice Peach Tea. Dia dah agak dah satu hari nanti Zarief akan suarakan juga hal ni. Dah banyak kali mama bagi hint benda yang sama. Cuma dia je yang selalu ambil mudah gaya macam tak ada hal.

"Us sounds impossible, Zarief. You pun tahu kan?"

Terhenti separuh jalan tangan Zarief nak suap nasi bila dengar jawapan Mia. Terus dia letak sudu dan garfu ke pinggan balik.

"It doesn't sound impossible to me."

"Seriously Zarief?"

Mia kecilkan mata pandang Zarief. Macam percaya tak percaya Zarief akan jawab macam tu.

"Kenapa? You serik?" Zarief jungkit kening dengan senyuman nipis terukir.

I know your game, Zarief. Mia yang memandang dah faham senyuman Zarief. Gaya nak mencabar dia la tu.

"We are not on very good terms, Zarief. Macam mana you boleh terfikir nak wujudkan perkataan 'kita'?"

Zarief terus jungkit kening dengar soalan Mia. Sekejapan masing-masing senyap sambil berpandangan sebelum Zarief bersuara.

"Just because we're not on very good terms, it doesn't mean we can't share an umbrella on a rainy day, Mia."

Mia tarik nafas berat. Susah rupanya nak bercakap dengan Zarief hal yang satu ni. Selalunya masing-masing akan buat tak tahu gaya macam tak ada apa-apa. Tapi bila mama mula masuk mode mendesak, baik dia mahupun Zarief dah mula rasa panas telinga.

"I dah happy dengan kehidupan I sekarang, Zarief. Hans dah cukup untuk membahagiakan hidup I." Tegas Mia. Sungguh dia tak ada hati untuk bina hidup dengan mana-mana lelaki. Cukuplah apa yang dia ada sekarang ni.

Zarief pula tarik nafas berat. Berdepan dengan Mia sekarang dengan Mia yang dulu memang jauh sangat bezanya. Bagai langit dengan kerak bumi.

"Itu kata you? Kata Hans?" Provok Zarief.

"Zarief..."

"Don't be selfish, Mia. Hans perlukan family yang sempurna."

Mia terus merengus kasar. Serius dia tak suka bila Zarief bangkitkan hal ni. Selama ni dia boleh je hidup sempurna tanpa kehadiran seorang lelaki bernama suami di sisi. Kenapa semua orang nak bangkitkan isu ni sekarang sedangkan dah lama dia macam ni?

Sincerely, M.ETempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang