:: 01

8.6K 739 40
                                    

jimin membawa motosikal sepantas yang boleh untuk menghantar susu ke rumah pelanggan tepat pada masanya.

rutin harian jimin memang begini terpaksa bekerja sebagai penghantar susu untuk menambah duit poket dan menyara diri.

ting! ting! ketingtong!

jimin menekan loceng sambil memegang bakul yang dipenuhi dengan susu kotak berperisa asli.

sekali seminggu dia akan membuat penghantaran ke rumah pelanggannya.

"lambatnya, cepatlah buka pagar."

jimin menilik jam tangan dan berasa gelisah, takut kalau tak sempat hantar semua susu ni sebelum masuk sekolah.

༺❀༻

"jimi! pergi tengok siapa kat luar omma tengah masak ni!"

jerit omma jimi yang sibuk memasak di dapur.

"jaemy omma not jimi! dah berjuta kali jaemy cakap, jaemy tak suka orang panggil jimi."

jaemy yang memakai hoodie berwarna pink dan shortpants berjalan menuju ke arah peti sejuk.

dia membuka pintu peti sejuk lalu mencapai sekotak susu dan meneguknya rakus.

"omma dah bagi nama sedap-sedap dia tukar pulak, suka hati omma lah nak panggil jimi apa."

"omma ni! nama tu cam orang tua la!"

"aish kamu ni pepagi dah bising! pergi jenguk kat luar tu entah budak penghantar susu datang."

"kenapa jaemy lak kena jeguk, omma lah jaemy nak study ni."

jaemy mengelap saki baki susu dibibir lalu membuang sekotak susu kosong di dalam tong sampah.

"pergi lah jap omma sibuk ni, nanti masak lambat jimi juga-"

"okay okay stop talking, i'm going right now."

jaemy mengetatkan ikatan rambut yang longgar lalu menarik hoodie menutup kepalanya.

"pagi-pagi buta jugak lah budak susu tu nak datang kacau mood betul lah..!"

jaemy dengan rasa tak rela hati dan malas berjalan keluar rumah lalu membuka pagar.

terpampanglah budak penghantar susu sambil memegang bakul berisi susu kotak.

"bak susu tu."

jaemy membuat gaya tangan kemari dan wajahnya jelas tiada mood.

"ha? aaa nah."

jimin menyerahkan bakul susu kepada jaemy. malangnya jaemy tidak menyambutnya dengan betul.

sehingga kesemua susu itu jatuh ke tanah dan percikan susu itu terkena kaki jaemy dan seluar jimin.

"yah! apa kau buat ni pahal tak pegang betul-betul!"

jaemy bengang melihat kaki dan betis mulusnya terkena susu.

jimin terkesima melihat kesemua susu itu jatuh di atas tanah hanya sekelip mata sahaja?

exam paper | jimin.Where stories live. Discover now